3

1.4K 51 6
                                    

Sedar tidak sedar sudah 3 tahun Daeng Khalid menjadi anggota rasmi pasukan KD Panglima Hitam. Jika pada awal kemasukannya dahulu dia sering dibuli senior dan terpaksa menjalani latihan ekstrem hampir setiap hari sehingga tidak cukup tidur.

Kini dia hanya perlu menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu sahaja untuk mengekalkan prestasi. Dan sekali sekala dia juga tidak melepaskan peluang membuli junior-junior baru yang direkrut. Semua itu adalah lumrah dalam tradisi ketenteraan.

"Jap lagi ada junior baru nak lapor diri. Abang dah tashabar shabar hehehe." Daeng Parani senyum meringai. Jelas nadanya seakan teruja mahu menyambut ketibaan junior baru nanti.

"Hmm. Kau nak buat apa kau buatlah. Aku dah boring. Tiap-tiap hari buat benda sama. Aku pergi gim lagi bagus." Ujar Daeng Khalid malas.

"Ala sapa lagi yang nak renjat telor junior-junior tu dengan current kalau bukan kau." Daeng Parani mengeluh kecewa.

Daeng Khalid tersengih seketika. Dalam ramai-ramai senior yang berada di kuarters tersebut hanya dia seorng sahaja yang mengamalkan kaedah tradisional ketika membuli para junior.

Caranya Daeng Khalid akan menyuruh juniornya membuka seluar supaya bogel. Kemudian dia akan meletakkan peranti yang mengeluarkan arus elektrik di bahagian celah kangkang junior tadi.

Biasanya junior tersebut akan menggeletek terbaring akibat kesan renjatan peranti itu. Dan seperti biasa dia hanya ketawa berdekah-dekah kerana terhibur. Namun sejak kebelakangan ini dia sudah kurang membuli juniornya kerana sibuk.

Agenda Daeng Parani itu langsung tidak menarik perhatian dirinya. Manakan tidak tiap-tiap tahun itu sahaja rutin yang dilakukan mereka terhadap para junior sebagai sesi perkenalan. Bila sudah kerap dilakukan lama-lama menjadi bosan.

Dan kini boleh dikatakan Daeng Khalid adalah satu-satunya senior yang tidak pernah mengambil urusan dalam sesi perkenalan dengan junior.

Banyak perkembangan yang berjaya dicapai Daeng Khalid dalam tempoh 3 tahun menjadi seorang tentera. Bersama sahabatnya Daeng Parani, Daeng Khalid telah banyak menyertai latihan dan kursus ketenteraan bersama pasukan tentera dari luar.

Antaranya latihan bersama pasukan komando Indonesia KOPASKA (Komando Pasukan Katak) dan juga pasukan komando elit British SBS (Special Boat Service). Biasanya mereka akan menjalani latihan simulasi peperangan selama beberapa bulan.

Di samping itu, Daeng Khalid dan Daeng Parani juga antara anggota terpilih yang berpeluang menyertai latihan pasukan tentera laut elit Amerika Syarikat iaitu US Navy Seals.

Ini sekali gus membolehkan mereka berdua mengetahui serba sedikit taktikal peperangan pasukan itu di samping mengintip kekuatan dalaman angkatan perang negara kuasa besar dunia itu.

Sejajar dengan impiannya sejak kecil untuk menjadi seorang Rambo, Daeng Khalid tidak henti-henti mengikuti pelbagai kursus dan latihan ketenteraan supaya dia menjadi seorang anggota komando yang serba boleh.

Antaranya mengambil ujian tembakan sniper, kepakaran matikan bom dan mencipta letupan, ujian bertempur di dalam hutan dan paya serta menyertai latihan bersama pasukan komando 11 RGK (Rejimen Gerak Khas) Kor Grup Gerak Khas.

Selain itu dia juga mengambil kursus asas penerbangan helikopter dan lesen pemanduan pelbagai jenis pengangkutan lojistik tentera seperti lori, bot laju, hoverkraf, kereta perisai dan kereta kebal.
Bahkan dia juga turut mengambil ujian payung terjun bersama rejimen 10 Bridged PARA Trooper, Kor pasukan elit tentera darat.

Untuk memantapkan lagi skil pertempuran Daeng Khalid turut mempelajari pelbagai jenis seni pertahanan diri yang lain seperti seni buah pukul Lian yang dipelajari daripada Daeng Parani, seni silat Gayong Pusaka yang menggunakan senjata tradisional seperti keris, pedang dan tombak daripada seorang mahaguru silat di sebuah kampung di sekitar Manjung serta seni pertahanan diri moden Mixed Martial Arts daripada seorang atlet profesional MMA.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now