5

1.1K 55 10
                                    

Pada hari Jumaat bapa Daeng Parani, Daeng Jumali telah berkunjung ke Lumut untuk menziarahi puteranya. Ziarah itu sekadar selingan sahaja.

Matlamat sebenar adalah untuk menurunkan sesuatu yang menjadi rahsia pusaka keturunannya yang diwarisi secara turun temurun.

"Pak cik datang ke sini atas permintaan Parani sendiri. Sekarang ni pun pak cik dah tua. Bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa pak cik. Sebelum pak cik pergi ada baiknya pak cik turunkan semua ilmu yang pak cik ada kepada kamu. Lagipun kita ada pertalian keluarga. Keturunan pak cik pun keturunan Khalid juga cuma nasab kita je yang berbeza. Rugi kalau pak cik tak turunkan kat kamu. Khalid kena ingat kita ni bersuku Bugis. Keturunan kita terkenal dengan sifat kepahlawanan yang tinggi. Sebab tu zaman dulu suku kita amat digeruni ramai bangsa asing terutamanya di lautan. Kita adalah bangsa LANUN. Itu adalah hakikat."

Daeng Khalid mendengar amanat yang disampaikan oleh Daeng Jumali dengan penuh khusyuk. Setiap patah kata yang dituturkan ibarat mutiara yang tersembunyi di dalam tiram. Kata-kata itulah yang bakal menjadi pedoman hidupnya selepas ini.

"Pak cik tak tau apa dah jadi dengan negara ni. Juhura sudah keluar dari Malaipura. Nak masuk Juhura pun mesti tunjuk IC negara Juhura takpun passport kalau tiada tak boleh masuk. Dah macam nak masuk ke Singura. Pak cik sedih sebab ramai saudara mara pak cik yang duduk di Fahang, Wilayah Sembilan."

Daeng Jumali jeda seketika sebelum meneruskan kembali kata-katanya.

"Dengan perhimpunan haram sana sini, pergaduhan antara kaum pak cik yakin tak lama nanti negara kita pasti ditimpa darurat sama macam yang nenek moyang pak cik pernah cerita dahulu. Zaman pak cik sudah pun berlalu nak. Pak cik dan kawan-kawan seangkatan semua dah tua. Sekarang masa depan negara ini terletak pada bahu generasi kamu semua wahai anak-anak muda. Kalau generasi kamu tidak kuat, tidak ambil peduli pada negara dan saling bertelagah sesama sendiri percayalah cakap pak cik masa depan negara kita ini pasti hancur."

Daeng Khalid dan Daeng Parani mendengar tutur kata Daeng Jumali yang mulai sebak. Dalam diam Daeng Khalid telah menitiskan air mata kerana terkesan dan dalam masa yang sama takut sekiranya hal tersebut benar-benar terjadi.

"Sebelum tu pak cik nak ajarkan beberapa rahsia ilmu hikmat dan ilmu pertempuran milik bangsa kita. Ilmu ni sudah kurang diamalkan orang Melayu zaman sekarang. Kamu dah ajarkan dia ayat-ayat pendinding diri yang ayah pesan haritu Parani?"

"Dah ayah."

"Kamu ada amalkan tak Khalid?"

"Ada pak cik. Saya baca setiap kali selesai solat."

"Bagus. Hari ini pak cik nak ajarkan Khalid dan Parani satu ilmu persilatan yang sudah tidak wujud lagi dalam masyarakat Melayu zaman sekarang." Kata Daeng Jumali sambil tersenyum. Kini tiba saatnya untuk dia membuka bicara dan rahsia.

"Kamu berdua pernah dengar Nasrul Haq?" Kedua-dua jejaka itu menggelengkan kepala. Daeng Jumali mengangguk senyum.

"Nasrul Haq ni satu seni tempur bayangan. Di mana kita boleh tumbangkan musuh tanpa membuat sebarang pergerakan dan dalam masa yang sama ia juga boleh berfungsi sebagai pelindung diri atau erti kata lain ilmu kebal."

Daeng Khalid dan Daeng Parani mengangguk faham.

"Pernah dengar lagenda parang terbang?"

"Pernah." Jawab mereka berdua serentak.

"Tapi bukan ke tu lagenda je ke ayah?" Soal Daeng Parani.

"Anakku. Parang terbang itu benar-benar wujud. Ia bukannya sebilah parang yang betul-betul terbang sendiri seperti yang kamu bayangkan. Tapi lebih kepada bayangan dan jelmaan sahaja. Musuh akan nampak banyak bilah parang yang terbang menuju ke arah mereka namun hakikatnya parang itu tidak wujud pun bahkan kita sendiri pun tidak nampak sebenarnya kewujudan parang itu. Itulah rahsia parang terbang."

Sekali lagi Daeng Parani dan Daeng Khalid menganggukkan kepala mereka tanda faham.

"Sebelum negara kita merdeka pada sekitar tahun 1945 kira-kira 12 tahun sebelum merdeka berlaku sedikit rusuhan antara kaum selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Masa tu Jepun telah menyerah kalah. Sebelum British ambil alih Malaya telah berlakunya peristiwa 14 hari di mana ramai orang Melayu yang pro tentera Jepun mati dibunuh anggota komunis."

"Kebanyakan anggota komunis ni adalah orang Cina. Jadi diorang selalu kacau orang-orang Melayu yang tinggal di kawasan kampung. Jadi berlaku lah sedikit rusuhan antara orang Melayu dan orang Cina masa tu. Di Batu Pahat, Johor Kiai Haji Salleh telah mengetuai orang Melayu menentang pengganas komunis. Mereka dikenali sebagai Tentera Sabil. Dari situ lah tersebarnya cerita tentang lagenda parang terbang. Kononnya pihak komunis nampak beribu-ribu bilah parang yang terbang ke dalam hutan sehingga ramai yang mati."

"Selepas itu pada tahun 1969 pula berlaku peristiwa berdarah yang dipanggil tragedi 13 Mei. Ramai orang Melayu dan orang Cina yang terkorban akibat pergaduhan besar antara dua kaum ini. Masa tu ada pasukan Selempang Merah yang bersuku Banjar dari Sungai Manik, Teluk Intan datang beri bantuan kepada orang Melayu di Kuala Lumpur. Mereka ini pun terkenal dengan ilmu parang terbang."

Penjelasan panjang lebar Daeng Jumali mengenai lagenda parang terbang benar-benar menarik perhatian mereka berdua yang selama ini hanya mendengar dari mulut orang sahaja.

Setelah tamat mendengar penerangan Daeng Parani membawa mereka menuju ke rumah homestay ayahnya. Di rumah homestay itu terdapat laman yang cukup luas di bahagian tepi memandangkan rumah itu adalah rumah corner lot.

Sebelum memulakan latihan dua pemuda berhati waja itu menyarung sepersalinan baju silat berwarna hitam serta memakai tanjak di atas kepala. Selepas itu mereka membaca beberapa potongan ayat-ayat surah daripada al-Quran dan beberapa zikir ringkas sebagai pemanas badan.

Tamat sahaja sesi pemanas badan tanpa membuang masa Daeng Jumali segera mengajarkan beberapa pergerakan asas silat Nasrul Haq serta beberapa kalimah mantera dan potongan ayat al-Quran yang perlu dihafal dan diamalkan selalu. Tujuannya supaya ia sebati di dalam diri sekali gus menguatkan rohani dan fungsi tenaga dalaman.

"Aku tak akan berdiam diri Parani. Kita kena buat sesuatu untuk negara kita. Aku akan belajar bersungguh-sungguh dengan ayah kau selama beberapa hari ini." Daeng Khalid mendabik dada dengan genggaman penumbuknya.

"Insya-Allah moga-moga niat kita diberkati Allah dan Rasul. Kau tak akan bersendirian saudaraku." Balas Daeng Parani dengan senyuman ikhlas.

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

P/S : Kisah lagenda parang terbang tentera Selempang Merah orang Melayu Banjar boleh baca di link bawah ini

http://mymassa.blogspot.my/2015/09/selamat-datang-baju-merah-kisah-parang.html?m=1

Panglima HitamWhere stories live. Discover now