8

857 39 0
                                    

Sebaik sahaja bergelar suami isteri Daeng Khalid telah berpindah keluar dari kuarters di dalam base. Dia memilih untuk menyewa di sebuah rumah teres setingkat yang terletak di kawasan Seri Manjung.

Cuti seminggu yang diberikan majikannya memberi peluang kepada pasangan pengantin baru itu untuk membeli pelbagai keperluan dan lengkapan baru untuk rumah sewa mereka.

Sepanjang seminggu berada di rumah sewa Daeng Khalid sedikit khuatir terhadap isterinya. Masakan tidak apa yang digembar gemburkan oleh Daeng Parani tentang adiknya setelah akad nikah tempohari langsung tidak menggambarkan diri isterinya yang sebenar.

Setiap hari elok sahaja Daeng Tiara bangun awal untuk kejut solat Subuh. Selepas itu elok pula dia memasak di dapur dan sedap pula rasa nasi goreng yang dimasaknya. Tiada pula sudip terbang atau kuali terbang seperti yang didakwa.

Apabila berbicara elok sahaja Daeng Tiara menutur kata dengan penuh lemah lembut sehingga cair Daeng Khalid dibuatnya kerana mendengar suara manja isterinya yang santun itu.

Tiada pula dia melihat isterinya itu terpekik-pekik seperti yang dikatakan abang iparnya itu.

"Betul ke isteri aku ni tak reti solat?" Sengaja dia pulang lewat sedikit untuk makan tengah hari di rumahnya.

Tujuannya mahu melihat sekiranya isterinya sedang bersolat. Apabila pintu bilik dikuak Daeng Khalid melihat isterinya baru sahaja mengangkat takbir.

Dia duduk di tepi katil mahu memerhatikan solat isterinya. Elok sahaja ikut tertib tiada pula tunggang langgang solatnya.

'Betul ke si Parani ni? Elok je bini aku ni. Celah mana yang samanya macam dia cakap haritu?'

Untuk membuang perasaan prasangka Daeng Khalid menyuruh isterinya membaca al-Quran. Elok sahaja bacaan tajwidnya tanpa cacat cela. Siap dengan taranum lagi.

Bahkan rumah sewa mereka juga kemas teratur. Tidak pula Daeng Khalid melihat isterinya mencampak pakaian merata-rata.

Pakaian yang kotor pula akan dicuci oleh isterinya selang sehari. Apabila kering dia akan melipat dengan kemas sebelum disusun di dalam almari.

Dan dia melihat isterinya elok sahaja berdandan. Satu hal yang digemari Daeng Khalid adalah haruman tubuh isterinya yang sungguh menggoda.

Ditambah lagi isterinya gemar memakai pakaian yang cukup seksi ketika di dalam rumah. Semua itu dilakukan khas untuk tatapan dirinya juga.

Apabila berada di luar pula isterinya akan menutup litup seluruh tubuhnya dengan pakaian yang sopan.

Sehingga ke hari ini Daeng Khalid belum menyentuh isterinya kerana mahu menyiasat sejauh mana kebenaran kata-kata Daeng Parani. Akhirnya setelah seminggu berlalu dia sendiri mengakui bahawa isterinya cukup sempurna.

"Err.. Sayang." Daeng Khalid memanggil isterinya.

"Ya abang." Daeng Tiara duduk bersebelahan suaminya.

"Boleh tak sayang terangkan sesuatu kat abang. Abang tak fahamlah."

"Insya-Allah boleh je. Apa yang abang tak faham?"

"Masa kita menikah hari tu kan abang Parani sayang cerita banyak benda buruk pasal sayang. Mula-mula abang terkejut jugak tapi lepas seminggu duduk dengan sayang. Abang rasa elok je. Sayang tak macam apa yang abang Parani sayang cakapkan masa haritu."

"Oh mari sini sayang ceritakan semua." Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir Daeng Tiara menceritakan segala-galanya kepada suaminya itu agar hilang rasa kekusutan yang membelenggu diri suaminya.

"Sampai hati famili sayang buat macam tu kat abang." Daeng Khalid memuncungkan bibirnya.

"Ala sorry la. Abang Parani punya idea semua ni. Mula-mula ayah marah lepastu semua orang setuju. Ayah abang pun tau sebenarnya."

"Tu lah. Sayang tau tak abang rasa macam nak gugur jantung tau masa abang sayang cakap pasal tu." Daeng Tiara ketawa kecil mendengar pengakuan suaminya.

"Sayang minta maaf." Dang Tiara memeluk tubuh suaminya yang tegap itu lalu memberikan kucupan di pipi.

"Maaf sayang diterima. Terima kasih sebab sudi terima abang. Sepanjang abang hidup tak pernah sekali abang berbual dengan mana-mana perempuan selain sayang macam sekarang ni."

Daeng Khalid memeluk tubuh kecil Daeng Tiara sambil mengusap dan bermain rambut panjang isterinya.

"Selalu abang cakap dengan ahli keluarga abang je. Abang janji abang akan jaga sayang, bimbing sayang dan cintakan sayang buat selama-lamanya. Ini sumpah abang wahai Daeng Tiara binti Daeng Jumali."

Daeng Tiara menitiskan air mata kerana terharu mendengar ayat puitis yang terkeluar dari mulut suaminya itu tanpa sedar.

"Insya-Allah abang akan pastikan rumahtangga kita berkekalan hingga ke syurga." Daeng Khalid menyeka air mata Daeng Tiara lalu mengucup lama dahi isterinya.

"Malam ni boleh ya sayang?" Usik Daeng Khalid dengan senyuman nakal.

"Apa pulak malam. Sekarang pun boleh." Dang Tiara mengenyitkan matanya lalu cuba melarikan diri

"Oooo nakal ya. Mari sini." Daeng Khalid cepat-cepat menyambar tangan Dang Tiara kemudian mencempung tubuh isterinya menuju ke bilik peribadi mereka berdua.

Maka bermulalah sebuah pelayaran yang sungguh indah dan mengasyikkan antara dua merpati sejoli yang baru sahaja membina mahligai indah pada petang itu.

***

"Kau saja je kan cakap macam tu. Bengong." Perli Daeng Khalid sewaktu mereka melepak di sekitar pejabat.

Mujurlah ramai para pegawai yang bertugas pada hari itu terlibat dengan mesyuarat di luar. Dapatlah mereka bekerja dalam keadaan santai seketika hari itu.

"Tuan, jangan la marah saya tuan. Saya bergurau je haritu. Tak akan tak boleh." Daeng Parani tersengih.

Hari itu mereka berada di dalam Pengkalan TLDM. Terpaksalah Daeng Parani menggunakan bahasa formal ketika berbual memandangkan perbezaan hierarki pangkat antara mereka berdua.

"Tak ada lah marah. Kau lain kali nak bergurau pun agak-agaklah. Nasib baik la aku tak terburu-buru. Kalau tidak tak pasal-pasal adik kau dapat title janda muda."

"Amboihhh! Hahaha rileks la tuan. Tak elok tau pengantin baru marah-marah ni. Nanti hilang seri muka tu."

"Ewah ewah ewah kemain lagi kau ya hilang seri muka bagai. Pernah kahwin ke?

"Hahaha gurau senda je lah tuan. Okay la tengah hari ni saya belanja tuan makan."

"Cun! Macam ni lah abang ipar aku."

Menjelang waktu tengah hari mereka berdua memilih untuk makan tengah hari di dalam base sahaja. Daeng Khalid telah memaklumkan lebih awal kepada isterinya.

"Parani ada benda aku nak bagitau kau."

"Apa dia?"

"Ayah aku cakap ayah kau masuk pinang adik aku semalam. Ayah aku dah terima."

Terjojol biji mata Daeng Parani sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan Daeng Khalid. Lama dia termenung sebelum dia bertanya.

"Aih tak tau pun. Erm boleh aku tengok muka adik kau?"

Daeng Khalid menunjukkan foto adiknya yang disimpan di dalam dompet.

"Wow muka macam omputih lah. Betul ke adik kau ni orang Bugis Khalid?"

"Arwah ibu aku mualaf. Dia asal Belanda tapi membesar di Indonesia. Tu pasal la muka dia macam minah saleh sikit."

"Oohh. Boleh tahan." Daeng Khalid menjeling wajah Daeng Parani yang mulai menguntumkan senyuman.

"Tapi kau jangan tertipu pulak. Apa yang kau lihat dalam gambar tu tak sama dengan apa yang kau bakal tengok depan mata nanti." Pesan Daeng Khalid.

"Asal pulak?" Daeng Parani memandang dirinya.

"Adik aku tu OKU."

Panglima HitamWhere stories live. Discover now