Tanggal 11 Februari 2057 berlakunya satu peristiwa hitam yang cuba mencabar kedaulatan negara Malaipura. Seluruh rakyat Malaipura terkejut apabila mendapat khabar berita bahawa negeri Sabha telah diserang oleh pihak luar.
Satu sidang akhbar tergempar dilakukan oleh pihak Kementerian Pertahanan yang diketuai Datuk Seri Zahidi Nazri dan pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal selaku menteri kementerian tersebut bersama para pemimpin tertinggi pasukan keselamatan negara bagi menangani isu tersebut.
Datuk Seri Zahidi Nazri dan para Panglima ATM menegaskan bahawa keadaan masih lagi terkawal meskipun ramai wartawan dan netizen yang tidak percaya. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan di luar pengetahuan umum. Sementara itu di pejabat Perdana Menteri..
"Dengan ini saya isytiharkan Pilihan Raya Umum terpaksa ditunda seketika buat masa ini sehinggalah keselamatan negara kita kembali pulih seperti sedia kala. Saya berharap seluruh rakyat Malaipura sama-sama mendoakan keselamatan negara kita."
Ucap Datuk Seri Maslan Razak dalam satu pengumuman khas di kaca televisyen, corong radio dan seluruh media sosial. Beliau selaku Perdana Menteri Malaipura menyeru supaya rakyat Malaipura kekal bertenang dan mendoakan yang terbaik agar penduduk Sabha dan anggota pasukan keselamatan berada dalam keadaan selamat.
44 tahun dahulu pada tarikh ini juga yakni tahun 2013 telah berlaku cubaan untuk merampas negeri Sabha yang didakwa sebahagian daripada kawasan pentadbiran kesultanan Sulu di bawah tampuk pemerintahan Sultan Jamalul Kiram.
Perjanjian damai yang dimeterai para pemimpin terdahulu nampaknya tidak berkekalan apabila kali ini pihak kesultanan Sulu di bawah tampuk pemerintahan Sultan Nisfu Syaaban yang juga merupakan cicit Sultan Jamalul Kiram telah menurunkan satu batalion yang besar sewaktu menyerang kawasan persisiran pantai Timur Sabha.
Ramai penduduk tempatan yang melarikan diri. Sebahagiannya pula telah ditawan untuk dijadikan tebusan. Anak-anak gadis tempatan pula dibawa lari untuk dijadikan hamba seks. Mana-mana penduduk tempatan yang cuba melawan akan ditembak serta merta. Banyak tempat tinggal dan ladang ternakan yang telah dibakar.
Satu detik yang menyayat hati telah berlaku apabila sebuah rakaman video amatur yang menunjukkan satu keluarga nelayan mati dibunuh dengan kejam oleh tentera Sulu tersebar luas di alam maya sehingga mendapat kecaman daripada netizen di seluruh dunia.
Dan hashtag #PrayForSabha kini kembali menjadi trending di seluruh laman sosial. Satu dunia kini menunjukkan rasa simpati pada apa yang berlaku. Masing-masing berdoa agar rakyat Malaipura khususnya penduduk negeri Sabha tabah dan tenang menghadapi musibah itu.
Dalam masa yang sama ramai penguatkuasa dan anggota polis marin yang menjaga kawasan perairan Sabah mati dibunuh akibat serangan yang mengejutkan itu. Namun berita itu disembunyikan daripada pengetahuan umum. Bot-bot peronda yang memiliki lengkapan senjata serta beberapa bahan letupan telah dirampas.
Akibat daripada itu sebahagian daripada kawasan di negeri Sabha diisytiharkan darurat. Keselamatan dalam negeri pula telah diambil oleh pihak tentera sementara pasukan komando polis Unit VAT69 telah menggempur tentera Sulu yang berbangsa Moro itu di dalam hutan.
Sementara itu di Pengkalan TLDM Lumut, Daeng Khalid dan Daeng Parani telah dipanggil dengan mengejut untuk menghadap barisan kepimpinan tertinggi TLDM.
"Saya Pegawai Waran II Daeng Khalid melaporkan diri tuan." Daeng Khalid membuat tabik hormat sewaktu memasuki bilik yang dipenuhi ramai barisan pegawai tertinggi.
"Saya Bintara Kanan Daeng Parani melaporkan diri tuan." Daeng Parani turut mengikuti protokol yang sama seperti Daeng Khalid.
"Baiklah Pegawai Waran II Daeng Khalid dan Bintara Kanan Daeng Parani. Ada sebab kenapa kamu berdua dipanggil sekarang." Ujar Laksamana Armada Datuk Seri Salahuddin al-Ayubi yang merupakan panglima TLDM.
Di kiri dan kanannya terdapat beberapa orang lagi pegawai tertinggi yang memandang serius ke arah mereka berdua. Leftenan Komander Muhaimin pegawai atasan mereka berdua turut kelihatan di situ.
"Kamu berdua tahu kan negara kita kini diserang 'todak'?" Daeng Khalid dan Daeng Parani mengangguk tahu apabila disoal panglimanya.
"Saya nak kamu berdua memimpin platun KD Panglima Hitam ke Sabha. Nama operasi ini adalah Ops Daulat. Pegawai Waran II Daeng Khalid. Kamu akan jadi ketua ekspedisi untuk operasi kali ini. Saya mahu petang ini kamu melapor diri di depo. Ada helikopter yang akan terbangkan kamu dan platun-platun kamu ke lapangan terbang TUDM Ipoh. Malam ni juga kamu akan berangkat ke Sabha."
Daeng Khalid dan Daeng Parani terkejut sebaik sahaja mendengar arahan panglimanya. Mereka berdua saling berpandangan. Ini adalah arahan paling luar biasa sepanjang mereka berdua menyarung uniform tentera.
"Kebenaran untuk bersuara tuan." Pinta Daeng Khalid dengan hormat mengikut protokol ketenteraan.
"Silakan."
"Bukankah sepatutnya para pegawai yang ketuai operasi ini? Lagipun saya ni platun biasa dan tiada pengalaman tuan." Terang Daeng Khalid merendah diri. Ada baik dia berterus terang sahaja. Perang adalah perkara yang tidak boleh dibuat main-main.
"Ya saya tahu. Ada sebabnya saya memilih kamu untuk mengetuai operasi ini Daeng Khalid. Saya tahu semua pasal diri kamu. Dalam ramai-ramai anggota KD Panglima Hitam hanya kamu yang paling menyerlah. Saya dapat lihat kamu sangat komited dengan kerjaya tentera ini. Saya tahu kamu telah ambil macam-macam jenis latihan ketenteraan walaupun ia di luar bidang kamu. Saya tahu kamu ada belajar beberapa jenis seni tempur dengan seorang mahaguru silat di luar base. Dan saya tahu kamu ada cita-cita untuk menjadi seorang Rambo. Jadi ini lah masanya untuk kamu membuktikan potensi diri kamu Pegawai Waran II Daeng Khalid. Saya mahu kamu membuktikan bahawa kamu adalah seorang Panglima Hitam sejati!"
Daeng Khalid mendiamkan diri seketika. Dia cuba mencari ayat yang sesuai. Baginya ini adalah satu tugas yang paling getir. Memimpin pasukan tentera ketika latihan perang dan ketika perang sebenar adalah berbeza.
Timbul sifat ketidakyakinan diri di dalam hatinya sama ada mahu menerima atau menolak. Namun dia tiada pilihan. Sebarang rundingan tidak dibenarkan sama sekali kerana walau apa jawapan sekalipun keputusan tetap muktamad. Dia akan menjadi ketua Ops Sulu kali ini.
"Baik lah Tuan. Saya terima tugasan kali ni. Insya-Allah saya akan buktikan yang terbaik." Ucap Daeng Khalid di hadapan para pegawainya.
"Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Saya Pegawai Waran II Daeng Khalid berjanji akan cuba sedaya upaya mempertahankan tanah air dan menentang musuh-musuh negara dengan bersaksikan tuan tuan semua serta Allah dan Rasul."
Daeng Khalid jeda seketika sebelum melangkah beberapa tapak ke hadapan menghampiri Laksamana Armada dengan wajah garang.
"Saya nak bersumpah sesuatu di hadapan Tuan Laksamana."
"Silakan Khalid."
"Seandainya saya gagal dalam misi ini. Saya bersumpah akan lakukan harakiri. Dan saya mahu kepala saya dipenggal sebagai hukuman di atas kegagalan saya." Permintaan Daeng Khalid mendapat reaksi terkejut di kalangan para pegawai di dalam bilik itu.
Ada yang mulai beristighfar. Namun tidak Laksamana Armada dan Leftenan Komander Muhaimin. Mereka berdua hanya tersenyum. Faham benar maksud permintaan gila platun muda itu.
Kiasan Daeng Khalid itu membawa maksud dia akan melakukan apa sahaja yang paling terbaik secara maksimum. Hanya beberapa pegawai sahaja yang dapat menangkap maksud kata-kata Daeng Khalid.
Setelah dua platun muda itu keluar dari bilik Laksamana Armada Datuk Seri Salahuddin al-Ayubi segera bersuara.
"Kamu semua nak tahu kenapa saya pilih dia sebagai ketua operasi?"
"Kenapa tuan? Bukankah dia masih mentah. Sepatutnya kena ada seorang pegawai yang berpengalaman kendalikan kes ni. Dia tu pengalaman pun tak ada. Saya khuatir sedikit la tuan." Celah seorang pegawai berpangkat Laksamana Muda.
"Kamu tak tahu apa yang saya tahu. Untuk pengetahuan kamu semua dua orang platun muda tu adalah suku Bugis. Orang Melayu suku Bugis ni adalah bangsa lanun kalau kamu semua nak tahu. Mereka ini terkenal dengan semangat kepahlawanan yang tinggi maka sebab itu lah pada zaman dahulu orang Bugis adalah lanun yang paling digeruni oleh para pelayar di kawasan laut. Saya percaya mereka berdua mewarisi semangat kepahlawanan itu kerana darah lanun mengalir di dalam diri mereka. Kamu semua tunggu dan lihat sajalah nanti."
Laksamana Armada memandang para pegawainya. Sebaik sahaja terpandang wajah Leftenan Komander Muhaimin dia senyum seketika.
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasiaMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...