52
"Ehem-ehem." Deheman satu suara mengejutkan mereka semua.
Seorang lelaki berusia separa abad memandang mereka dengan tajam. Janggut putih panjang menghiasi wajah lelaki itu. Dia dilihat memakai jaket labuh celoreng.
"Who are you?" Mereka tersentak apabila lelaki itu menyoal mereka di dalam bahasa Inggeris.
"We are Malaipuran." Jawab Daeng Khalid berani.
"So you are trapped in this beautiful castle huh?" Lelaki tua itu menyeringai sewaktu memandang suasana di dalam lorong istana itu.
Mereka diam tidak menjawab.
"So I guess I am right. You failed to escape from this place. And now you are going nowhere." Lelaki itu membuka jaket labuhnya.
Tubuhnya kini menyarung sehelai sepersalinan pakaian pembesar zaman silam. Tampak segak dan menawan kerana ia adalah sepersalinan pakaian songket.
"We don't care. As long as we still breathing we won't give up." Jawab Daeng Khalid enggan beralah.
"Ahh perhaps. If you find a way. But I am sure you can't. Do you know why? Because this castle has more than 10,000 way. I am pretty sure you can't make it less than 24 hours my fellow Malaipuran." Ujar lelaki itu sinis.
"I can help you. If you beat me. I'll show you the way. If you lose. You stay here forever." Lelaki itu membuka cabaran untuk berentap dengan salah seorang daripada mereka.
Daeng Khalid dan Daeng Parani berpandangan seketika.
"Biar aku yang lawan dia. Kau tu cedera." Daeng Parani mengangguk perlahan sebelum Daeng Khalid melangkah setapak ke hadapan.
"Let me ask you first." Lelaki itu membuat isyarat sila dengan tangannya sebaik Daeng Khalid mengajukan permintaannya.
"How I am supposed to trust you? You are our opponent."
"Well gentleman you got no choice right now. And please no more trust issue question. You can keep my word. I am promised."
"Sure?"
"Yes. Cause I am Datu Patinggi Awal Muharram. The Prime Minister and the royal advisor of this kingdom. So how about you young man?"
"I am Daeng Khalid. Black knight of Malaipuran kingdom."
"Black knight huh? Let us see." Datu Patinggi Awal Muharram menghunuskan sebilah keris daripada sarungnya yang berwarna merah.
Daeng Khalid mengeluarkan sebilah pisau rambo daripada ikatan tali pada pahanya. Senapang raifal M4 diserahkan kepada iparnya. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh lawannya itu lalu membuka langkah kekuda. Tangan kiri dihulurkan.
Datu Patinggi Awal Muharram yang melihat huluran itu menjongketkan keningnya.
"Okay this is impressive. Following tradition customs. I know this martial art. You are a real Malay young man." Datu Patinggi Awal Muharram mengukirkan senyuman sebelum menyambut huluran salam daripada musuhnya.
Dia turut membuka langkah kekudanya. Daeng Khalid membuka sedikit langkah bunga gerakan silatnya. Datu Patinggi Awal Muharram pula turut melakukan hal yang sama.
"I will show you our ancestors fighting against Spanish back in 16th Century." Datu Patinggi Awal Muharram membuka langkah seni kalinya.
Daeng Khalid melangkah dalam bentuk bulatan mengelilingi lawannya. Datu Patinggi Awal Muharram turut mengekori rentak langkah lawannya.
"Hiyarghhh!" Dengan sekali tepukan pada paha Daeng Khalid melakukan serangan silat lincahnya. Datu Patinggi Awal Muharram pantas mengelak sebelum melakukan serangan balas.
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasyMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...