36

765 37 0
                                    

"Cepat! Cepat!"

Kolonel Adnan memerhatikan anak-anak buahnya sambil mencekak pinggang. Peluh mulai meleleh di dahinya. Tidak sangka berita yang diterima kali ini sungguh luar biasa.

Tentera laut Sulu sungguh berani melancarkan serangan pada waktu petang meskipun kawasan perairan Sabha dikawal ketat angkatan armada Malaipura.

Enam buah kompeni yakni seramai 3000 anggota tentera darat bergegas menaiki trak Kor Amour Diraja untuk mara ke kawasan utara.

Mereka akan meredah hutan tebal Tabin dan Kuala Maruap sebelum tiba di kawasan pesisiran laut. Mereka akan bertindak sebagai pasukan sokongan dari arah darat kali ini.

Berdasarkan informasi yang diterima kira-kira tiga buah kapal TLDM kelas Jerung dan beberapa buah bot peronda rosak dan musnah dibedil oleh beratus-ratus roket yang dilancarkan dari jarak jauh oleh beberapa buah bot tempur laju saiz sederhana milik tentera laut Sulu.

Serangan mengejut itu dilakukan beberapa detik sahaj sebelum berpuluh-puluh bot tentera Sulu itu kemudiannya berpatah balik menuju ke perairan sempadan.

Tiada sebarang pertumpahan darah dan kehilangan nyawa dari anggota TLDM. Hanya beberapa anggota sahaja yang mengalami kecederaan ringan.

Seluruh kawasan pantai Timur Sabha diisytiharkan darurat sepenuhnya.Ia bermakna perintah berkurung dan larangan keluar rumah terhadap penduduk kampung berkuatkuasa serta merta.

Kolonel Adnan masih tenang berada di khemah operasi. Selesai berkomunikasi dengan para pegawai atasannya dari markas pusat dia menghirup kopi o panas untuk menenangkan fikiran.

Ketua skuad operasi ke Hutan Simpan Kuala Maruap diserahkan sepenuhnya kepada Mejar Imai. Salah seorang pembantunya berketurunan Iban.

Sementara itu Daeng Khalid dan lapan anak buahnya telah pun bersiap siaga. Kali ini mereka akan mara ke kawasan perairan yang didakwa kerap diceroboh tentera laut Sulu.

Arahan yang diberikan oleh Panglimanya tempoh hari cukup jelas. Bunuh dan hapus. Itulah misi utama skuad KD Panglima Hitam kali ini.

"Semua dah lengkap?"

"Sudah tuan." Jawab mereka serentak.

"Kalau macam tu ayuh kita gerak."

Dengan pantas sembilan anggota komando laut itu menuju ke jeti. Kali ini mereka akan menyelia bot tempur laju tersebut sepenuhnya tanpa bantuan anggota biasa.

"Lucius, bawa diorang ni pergi dulu saya mahu ke khemah kejap."

"Baik tuan."

"Skuad jom gerak." Arah Lucius kepada anggota yang lain menuju ke jeti sementara Daeng Khalid menuju ke arah khemah operasi.

Daeng Khalid menuju ke arah khemah sambil membawa senapang raifal M4nya. Masuk sahaja ke dalam khemah itu matanya liar mencari seseorang.

"Kolonel Adnan."

"Ya Pegawai Waran Khalid."

Daeng Khalid melihat Kolonel Adnan sedang mencicip minuman kopi o panasnya sambil duduk di atas kerusi. Ketua batalion itu hanya bersendirian.

"Kau sorang je?" Soalan Daeng Khalid itu dijawab dengan anggukan.

"Mana yang lain?"

"Aku suruh diorang keluar kejap." Kolonel Adnan mengeluh kecil. Mungkin merasa bebanan berat yang dipikul pada bahunya.

"Aku faham apa yang kau rasa. Kita tengah berperang kan. Terpaksalah kita berkorban sedikit. Aku harap perang ni cepat-cepat lah berakhir."

"Tu lah. Aku pun dah penat dan serabut dengan semua ni. Nak sikit?" Huluran secawan kopi o panas ditolak Daeng Khalid. Dia tidak berasa mahu menyentuh apa-apa makanan pun ketika ini.

"Kau pun join juga ke operasi ni?"

"Ya. Ni aku saja singgah kejap. Nak bagi sesuatu kat kau." Daeng Khalid menghulurkan sekeping surat lalu diletakkan pada tangan Kolonel Adnan.

"Err apa ni Khalid?" Kolonel Adnan memandang surat tersebut dengan dahi berkerut lalu matanya difokuskan kepada figura di hadapannya.

"Surat untuk isteri aku. Manalah tahu hari ini last aku hidup di atas dunia ni. Aku takut tak sempat sebab tu aku serahkan pada kau kalau apa-apa jadi kat aku."

Kolonel Adnan menelan liurnya. Dia tergamam mendengar apa yang diucapkan Daeng Khalid sebentar tadi. Dia nampak begitu tenang seolah tidak risau langsung andainya ajal menjemput dirinya sebentar lagi.

"Aa.. Aku erm.. Aku tak tau nak cakap apa." Dia menggeleng perlahan. Risau apa yang diperkatakan Daeng Khalid itu menjadi kenyataan.

Sejak beberapa hari ini hubungan mereka sudah semakin baik. Kolonel Adnan sudah mulai menganggap Daeng Khalid seperti seorang sahabat.

"Dah tugas kita sebagai perajurit negara Adnan. Sedia untuk mati tu adalah janji kita sewaktu kita mula-mula angkat sumpah masa rekrut dulu. Aku pun dah sedia kalau ini qada' dan qadar hidup aku. Cuma aku harap kau tolonglah yer tunaikan permintaan aku ni." Wajah Kolonel Adnan dipandang dengan penuh berharap.

"Baiklah. Insya-Allah aku akan tunaikan tapi aku nak kau janji satu perkara dengan aku Khalid." Kolonel Adnan merenung tajam wajah ketua komando laut itu.

"Apa dia?"

"Janji dengan aku kau akan pulang hidup-hidup sebab aku nak ajak kau ngeteh dengan aku balik Semenanjung nanti bila perang ni dah tamat. Boleh?"

"Jika diizinkan Allah." Daeng Khalid mengukir senyuman kepada Kolonel Adnan.

"Bertempur elok-elok. Aku yakin kau dan pasukan kau boleh tumbangkan semua pengganas Sulu tu." Kolonel Adnan turut membalas senyuman sambil menepuk lembut bahu rakan seperjuangannya.

"Aku gerak dulu. Kirim salam pada semua. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Kolonel Adnan memandang sayu lipatan surat yang berada di tangannya. Tiba-tiba dia terkenangkan familinya yang berada di semenanjung.

"Tijah apa khabar diri awak sayang. Afiq, Azureen anak-anak papa." Kolonel Adnan memejamkan mata seketika membayangkan wajah isteri dan anak-anaknya.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now