Lokasi : Jayaputra
Wajah yang dimamah usia itu bermundar-mandir di dalam pejabat. Fikirannya serabut memikirkan masalah negara yang bertimpa-timpa.
Banyak perkara yang bermain di minda Datuk Seri Maslan Razak. Pilihan raya yang semakin hampir perang Lahad Datu, kempen politik puak pembangkang yang semakin ekstrem.
Dia mengeluh kecil apabila terbaca portal berita hari ini. Kononnya perang di Lahad Datu adalah rancangan partinya untuk memenangi hati rakyat sekali gus meraih undi.
'Memang betul aku boleh ambil kesempatan daripada perang ni tapi tak akan lah aku sanggup nak korbankan nyawa semata-mata nak berkempen..' Datuk Seri Maslan Razak berasa sungguh ralat.
Dengan perasaan sebal dia menghubungi seseorang. Nama musuh politik utamanya itu segera didail. Siapa lagi kalau bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Amran.
"Hello assalamualaikum Datuk Seri Amran.."
"Waalaikummussalam. Eh Datuk Seri Maslan Razak ada apa tiba-tiba call saya ni?"
"Amran.. Apa yang kau cakap ni Amran? Kenapa kau cakap aku yang set up semua perang ni? Tergamak kau tuduh aku nak ambil kesempatan atas perang ni untuk kepentingan parti. Aku masih waras lagi Amran. Tak sanggup aku nak gadaikan nyawa rakyat kita sendiri untuk semua ni. Aku kecewa bila kau cakap macam tu."
Datuk Seri Amran yang berada di padang golf ketika itu berasa kaget mendengar luahan Perdana Menteri itu. Segera dia menjarakkan diri sedikit daripada rakan-rakan politiknya.
"Maslan, apa yang kau cakap ni aku tak faham? Sumpah aku tak pernah keluarkan statement macam tu. Boleh aku tau tak media mana yang cakap macam tu."
"Korang punya media sendiri lah. Free Malaipuran Today dan malaipurakininews. Tak akan Akhbar Harian dengan Cetusan pulak."
"Astaghfirullah. Aku minta maaf. Nanti aku jumpa dengan editor diorang balik. Untuk pengetahuan kau Maslan, kami dari pakatan pembangkang sentiasa sokong apa sahaja yang pihak kerajaan buat sekarang demi keselamatan Malaipura. Buat masa ni kita ketepikan soal politik dulu. Aku tau sekarang negara kita tengah berperang dan inilah saatnya untuk kita bersatu padu."
"Kalau macam tu bagus lah. Lega hati aku dengar." Datuk Seri Maslan Razak mengurut dadanya. Lega mendengar kenyataan daripada Ketua Pembangkang itu.
"Maslan, satu benda je aku nak cakap. Dalam tempoh berperang ni kalau ada media yang siarkan kononnya aku berkata itu ini tentang perang ni aku minta sangat jangan lah kau percaya. Kalau kau ternampak kononnya ada kenyataan yang sedikit kontroversi apa kata kau call aku dulu. Sekarang ni kan aku dengan pakatan pembangkang tengah sibuk berkempen cari dana untuk angkatan tentera dan mangsa-mangsa perang di Sabha. Kalau kau nak ajak parti kau join sekali apa salahnya. Ini lah masa kita nak buktikan pada rakyat politik Malaipura sudah matang."
"Haha yang tu aku tak berani nak janji lah. Kau faham-faham aje lah pengikut aku ni macam mana perangai diorang. Bukan boleh bertembung dengan korang. Kita yang pemimpin ni elok je boleh bersembang yang bawah tu pula lebih-lebih." Datuk Seri Maslan Razak ketawa kecil.
"Itu lah. Aku pun sama nak minta maaf jugak kalau pengikut aku selalu buat demo kecoh sana sini. Kadang tu ada yang ambil kesempatan nak buat huru hara. Erm kau free tak malam ni? Lama tak ngeteh."
"Rasanya malam ni boleh la kot. Bini aku pun pergi luar negara. Kau datang rumah aku je lah. Tapi ada satu syarat."
"Apa syaratnya?"
"No politics talk okay."
"Hahaha kau ni pun macam tak biasa pula. Tak ada masalah la Maslan. Masa kerja kita sembang hal kerja. Masa melepak kita melepak lah macam dulu-dulu. Hmm tiba-tiba teringat pula aku zaman kita muda dulu. Masa kita dalam Parti Amanah Malaipura dengan almarhum Tun Mahadi. Sekarang tak sangka kita ni seteru politik hmm."
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasiMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...