"Ya Allah ya Rabbi ya Rasul, maafkan hamba yang lemah lagi hina dina ini ya Allah. Sesungguhnya hamba iman hamba ini hanyalah secebis kulit bawang."
Raja Daeng Parani meraupkan wajahnya setelah menyedari keterlanjurannya. Air mata baginda bercucuran mengenangkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi.
Tidak sangka baginda telah akur pada tuntutan nafsu syahwatnya. Godaan daripada Puteri Mawar Hitam tidak mampu ditolak apabila baginda sendiri merelakan perbuatan terkutuk itu.
'Hamba ini tidak sekental Yusuf yang kuat menahan godaan Zulaikha. Ampuniku Ya Allah'
Baginda akui tewas dalam perang menentang kehendak nafsunya sendiri. Benarlah kata para ulama salah satu daripada ujian dunia adalah godaan kaum Hawa.
Puteri Mawar Hitam perlahan-lahan menghampiri baginda sambil menutup bahagian dada. Tubuhnya kini telah bertelanjang bulat sepenuhnya.
"I am sorry my Lord." Ujar Puteri Mawar Hitam sayu melihat lelaki itu merintih dalam keadaan berteleku.
Ini adalah pertama kali dia melihat seorang lelaki berasa menyesal selepas melakukan persetubuhan. Terbit rasa hairan di dalam dirinya apakah faktor yang menyebabkan lelaki itu berusaha sedaya upaya menolak tuntutan batinnya sendiri.
Seperti Puteri Mawar Hitam, tubuh Raja Daeng Parani tadi juga langsung tidak ditutupi dengan seurat benang. Masing-masing begitu hanyut melayan tuntutan hawa nafsu.
Raja Daeng Parani telah pun menyalin semula pakaiannya. Puteri Mawar Hitam masih lagi dalam keadaan berbogel. Dia menutup separuh daripada tubuhnya dengan gaun.
"Ayuh salin sarung tubuhmu. Hamba berjanji akan menikahi tuan hamba." Raja Daeng Parani bingkas membantu Puteri Mawar Hitam berdiri.
Puteri Mawar Hitam hanya berdiri terkial-kial lantas menyarung semula gaun labuhnya dengan bantuan Raja Daeng Parani. Dia memandang wajah tenang lelaki di hadapannya.
'Kenapa aku rasa tenang bila pandang wajah ini?' Puteri Mawar Hitam leka menatap wajah Melayu di hadapannya.
'Tiliklah wajah hamba ini selama mana tuan puteri mahu' Raja Daeng Parani hanya membuat tidak endah sahaja.
Sewaktu Raja Daeng Parani mahu membetulkan kedudukan gaun Puteri Mawar Hitam kedengaran bunyi sendal pintu bilik itu telah dibuka. Mereka keras kaku kerana terkejut.
Beberapa saat kemudian muncul kelibat komander Abrahah dengan wajah mencuka. Sesungut sotongnya ligat meliok lentok di sekitar permukaan wajahnya yang sedikit menggerutu itu.
"Amazing." Terukir satu ukiran senyuman yang sangat menggerunkan pada wajah sotong jadian itu.
***
"Dalam 15 minit lagi sampai lah." Daeng Khalid mengerling jam tangannya seketika. Waktu kini menunjukkan pukul 6 pagi.
Langit yang gelap itu mulai menunjukkan sedikit warna merah jingga tanda matahari bakal menjelma. Masih sempat lagi mahu menunaikan solat Subuh.
Dia memberikan fokus sepenuhnya pada pemanduan helikopter. Daeng Parani menjeling ke belakang. Angelica telah pun lena sambil meriba kawannya.
Dua gadis itu masih dalam keadaan separuh bogel. Hanya baju dalam dan seluar dalam sahaja yang bersarung pada tubuh mereka yang putih melepak itu.
"Dah-dah la tu tenung diorang. Balik nanti kau tenung bini kau puas-puas." Sindir Daeng Khalid dengan selamba.
Dia perasan iparnya itu langsung tidak mengalihkan pandangannya. Apa lagi yang hendak ditengok di belakang tu kalau bukan free show. Ingat senang ke nak dapat pemandangan macam ni di Malaipura. Sekali seumur hidup tau.
"Hehehe ye lah. Gila kau baru seminggu aku ni kahwin lepastu sebulan lebih puasa. Mana boleh tahan." Daeng Parani tersengih kecil memandang wajah ipar duainya.
"Hish kau ni. Sabar lah. Tahan sikit nafsu tu. Apa kau ingat aku ni pun tak tahan ke tengok dua awek tu?"
"Aik kau pun stim erk tengok diorang?" Daeng Parani tergelak kecil.
"Nama pun lelaki Parani. Aku pun macam kau lah juga. Dah la pakai macam tu. Seksa betul aku tengok. Kalau tak fikirkan adik kau kat sana tu dah lama aku ngap awek kat belakang tu."
Daeng Parani ketawa berdekah-dekah mendengar pengakuan berani mati daripada iparnya. Daeng Khalid hanya tersengih tak bersalah.
"Lawak la kau ni Khalid. Adohai. Takpelah nanti balik dari misi ni kita honeymoon sama-sama okay."
"Okay jugak tu. Aku ikut je. Eh sambung balik la cerita tadi. Apa jadi kat Raja Daeng Parani? Macam tak percaya je dia pun boleh terlanjur."
"Hmm tu lah. Aku mula-mula pun macam tak percaya juga dengar cerita dia. Tapi lepas aku tengok muka dia macam menyesal sangat-sangat dengan minah saleh berdiri kat sebelah dia. Aku tak rasa dia menipu."
"Minah saleh?"
"Haah. Minah saleh. Dia speaking kot. Aku dengan Kolonel Adnan lah yang jadi pengantara diorang. Susah gila kot sebab minah saleh tu speaking English lama. Yang Panglima Hitam pulak cakap bahasa Melayu lama. Sudahnya kitorang yang pening kepala nak terjemah."
Daeng Parani tidak akan melupakan bagaimana dia dan Kolonel Adnan berusaha sedaya upaya membantu perbualan antara Raja Daeng Parani dan Puteri Mawar Hitam sebaik sahaja tamat peperangan.
"Cerita lah aku nak dengar."
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasyMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...