Lokasi : Lumut
Daeng Teja dan Daeng Tiara bermalas malasan pada tengah hari itu sambil menonton rancangan televisyen. Saluran yang memaparkan drama Korea itu ditonton dengan penuh khusyuk. Tidak berkelip mata Daeng Teja melihat aksi aktor pujaan hatinya, Lee Kwang Soi.
Lain pula dengan Daeng Tiara. Matanya sekali sekala akan merenung pada skrin gajet pintarnya yang berjenama Apple itu. Setiap kali notifikasi aplikasi berita Astro Awana yang diinstall berbunyi dia akan cepat-cepat membuka untuk mengetahui perkembangan semasa Lahad Datu.
"Teja.." Panggil Daeng Tiara perlahan sambil merenung wajah iparnya. Gajet pintarnya diletak ke tepi.
"Ya awak." Daeng Teja menoleh ke arah iparnya. Renungan Daeng Tiara berbalas.
Daeng Tiara menunduk wajah ke bawah. Ekspresi wajahnya kelihatan sugul sekali gus mencetuskan tanda tanya. Daeng Teja menjongketkan keningnya. Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan iparnya ini.
"Kenapa ni awak?" Rancangan drama Korea yang ditontonnya dijeda seketika memandangkan ia adalah rancangan yang telah direkod. Tubuhnya dirapatkan menghampiri gadis itu.
"Saya rindu abang awak.." Luah Daeng Tiara manja. Wajahnya sengaja dibuat mimik comel dengan niat mahu bergurau.
Daeng Teja merenung lama wajah iparnya. Tiga empat saat kemudian berhamburan tawa Dang Teja. Terhibur hatinya mendengar rengekan manja gadis itu.
"Awak ni. Orang serius lah." Daeng Tiara memuncungkan bibir. Lantas diambil bantal kecil pada sofa lalu dilempar tepat pada tubuh iparnya.
"Lah kenapa?" Balas Daeng Teja bersama sisa tawanya.
"Awak tu lah. Gelak-gelak pulak. Menyampah." Daeng Tiara menyilangkan tangan pada dadanya. Acah merajuk kononnya.
"Alololo okayyy. Saya tau awak. Saya pun rindukan abang saya dan juga abang awak." Tubuh Daeng Tiara dipeluk erat. Dia faham perasaan iparnya kerana dia juga mengalami perkara yang sama.
Ditinggalkan suami yang baru dinikahi adalah satu perkara yang menyakitkan. Tambah suami mereka berdua adalah seorang petugas tentera yang kini sedang bertugas di negeri Sabha untuk mempertahankan negara.
Bagaimanalah keadaan mereka di sana. Entahkan selamat entahkan tidak. Hanya doa sahaja yang mampu dititipkan tiap saat agar suami mereka sentiasa selamat di dalam lindunganNya.
"Saya rindu abang Khalid sangat-sangat." Daeng Tiara merebahkan kepala di atas bahu iparnya.
"Eleh awak bukan rindu abang Khalid sangat pun tapi rindu sentuhan dia kan? Alah tak payah la awak nak tipu saya. Kita berdua baru je kahwin kan." Daeng Teja mengenyitkan mata. Terukir sebaris senyuman nakal pada bibirnya yang merah jambu.
"Mm macam tau-tau aje kan." Daeng Tiara menjungkit keningnya sebelum tercetus ketawa miang antara mereka berdua.
"Gatal awak ni kan." Gelak Daeng Teja sambil menepuk lembut lengan iparnya.
"Baru kahwin biasa lah. Eleh cakap dekat orang dia tu pun sama je. Kalau tak masakan tiap-tiap malam tidur peluk orang. Ingat saya ni abang Parani ke?" Perlian Daeng Tiara menyebabkan pipi Daeng Teja merah merona sehingga tertunduk malu. Giliran dia pula mengenakan gadis itu.
"Hmm yer lah. Tiap-tiap malam saya mimpikan abang Parani." Luah Daeng Teja sugul. Daeng Tiara perasan perubahan riak wajah gadis itu. Masing-masing faham perasaan diri sendiri.
"Ya saya tau awak. Sini." Daeng Tiara memeluk erat tubuh iparnya mengerti apa yang dirasai hati gadis itu.
Ting! Bunyi notifikasi daripada gajet pintar Daeng Tiara berbunyi. Daeng Tiara mengambil gajet dengan tangan kirinya. Tangan kanan masih lagi setia merangkul bahu iparnya.
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasyMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...