37

690 39 2
                                    

Daeng Khalid dan anak-anak buahnya menempuh kawasan samudera dengan pantas. Bot tempur laju yang dikelola Meon membelah badai dengan pantas meskipun laut agak bergelora petang itu.

Matanya berkeliaran memerhatikan keadaan sekeliling jika terdapat bot yang kelihatan mencurigakan. Nalurinya kuat mengatakan kawasan itu bebas daripada sebarang ancaman.

"Bintara Kanan, sila melapor over." Daeng Khalid cuba menghubungi iparnya sementelah lama mendiamkan diri.

Entah apa lah agaknya perkembangan semasa pertempuran qarin moyangnya dengan tentera makhluk aneh di alam satu lagi itu.

Dia berdoa agar qarin moyangnya dan para hulubalang zaman dahulu berjaya mempertahankan pintu masuk yang memisahkan alam roh itu dengan alam nyata.

Keadaan pasti akan bertambah rumit sekiranya makhluk-makhluk aneh itu berjaya memasuki dunia nyata ini. Tidak logik langsung jika ia benar-benar berlaki memandangkan kewujudan mereka itu melangkaui hukum akal manusia.

"Bintara Kanan sila laporkan diri over."

"Tuan Khalid, saya Bintara Kanan Parani melaporkan diri over." Daeng Khalid menarik nafas lega apabila iparnya itu memberikan respon.

"Ya Bintara Kanan apa perkembangan semasa di sana over."

"Mereka masih bertempur lagi tuan. Memang sengit. Masing-masing enggan mengalah. Cuma saya mahu maklumkan Raja Daeng Chelak kini berada dalam keadaan kritikal sekarang. Sekarang dia dan barisan pendekar handalan bertempur mati-matian di kawasan pantai. Ramai tentera makhluk pelik tu yang terkorban. Saya lihat badan dia sudah penuh berlumuran darah tapi.. dia masih lagi tetap melawan. Saya tidak pasti dia mampu bertahan lagi. Sekarang Raja Daeng Manambong dan pasukan tentera berperisai sedang bersiap siaga. Bilangan sampan yang bermudik dari kapal induk juga semakin bertambah."

Tenang sahaja Daeng Parani menjelaskan situasi semasa pertempuran di alam itu. Kesemua anggota menganggukkan kepala mereka. 

"Err tuan.." Suara Daeng Parani jeda.

"Kenapa Bintara Kanan?"

"Raja Daeng Chelak.."

"Kenapa Bintara Kanan? Kenapa dengan Raja Daeng Chelak? Apa yang terjadi?"

"Raja Daeng Chelak dah terkorban. Panglima Garang sudah tiada.." Kedengaran nafas Daeng Parani mulai tersekat.

"Bintara Kanan.. Saya tahu kamu bersedih tapi kamu mesti ingat bukan mereka sahaja yang sedang berperang. Kita yang berada di alam nyata ini pun sedang berperang juga. Sekarang saya mahu kamu ambil nafas.."

Kedengaran bunyi nafas panjang yang ditarik Daeng Parani melalui earphonenya lalu dihembus perlahan.

"Sekarang cuba kamu ceritakan satu per satu kepada kami semua. Kami semua dalam perjalanan menuju ke arah pasukan musuh sekarang."

"Baiklah."

***

Bedilan bertubi-tubi daripada meriam kapal layar itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada barisan hulubalang Melayu. Ramai yang terkorban.

Namun demikian Raja Daeng Parani masih tenang sahaja sepertinya tiada apa yang berlaku. Matanya masih merenung tajam ke arah puluhan ribu kapal layar yang berhimpun di tengah laut.

"Boleh tahan taktik mereka. Jika begini boleh kecundang pasukanku." Dia memegang dagu cuba memikirkan langkah seterusnya.

Pasukan artileri yang berada di lereng bukit masih setia membedil ke arah laut namun tidak memberikan sebarang kesan. Mungkin bedilannya tidak sampai kerana kedudukan kapal-kapal itu agak jauh ke tengah.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now