47

581 29 2
                                    

Daeng Khalid menatap wajah seorang demi seorang yang bersandar pada dinding dengan sayu. Dia meraupkan wajah. Terbit rasa sesal kerana tidak mampu untuk menyelamatkan mereka semua kerana kekurangan tenaga.

Dia memicit dahi perlahan-lahan kerana fikirannya ketika ini berkecamuk. Apa lah agaknya perasaan ahli keluarga sepuluh gadis ini. Pasti mereka tercari-cari.

Di saat Daeng Khalid leka memikirkan bagaimana mahu menyelamatkan semua mangsa tiba-tiba dia merasakan bahunya dicuit dari belakang.

"Astaghfirullahalazim!" Daeng Khalid melatah lalu menoleh ke belakang. Dia terperanjat melihat figura yang berdiri di hadapannya kini.

"Maaf tuan terlambat." Ujar Meon sambil tersengih. Lucius turut berada di sisinya.

"Aik? Macam mana korang ada kat sini?" Daeng Khalid mengerutkan dahi melihat anak-anak buahnya berada di bilik itu.

Seingatnya tadi dia memberikan arahan kepada Meon agar membawa mereka pulang semula ke pengkalan sebaik sahaja selesai melaksanakan misi.

"Ini semua salah Alex tuan. Saya tak tau apa-apa." Meon menunjuk ke arah Alex yang tersengih sambil menggarukan kepala.

"Maaf tuan sebab ingkar arahan. Sewaktu berada atas bot tadi saya rasa tak sedap hati. Saya dapat rasakan tuan dalam kesusahan. Jadi saya paksa Meon patah balik." Terang Alex dengan sopan.

"Jenuh tuan bergaduh mulut dengan dia tadi. Sampai nak bertumbuk dah atas bot. Last sekali saya beralah. Saya cakap kalau tak ada berlaku apa-apa saya nak tinggalkan di kat tengah-tengah laut." Jawab Meon lalu mengangkat tangannya ke udara tanda mengalah.

"Tapi masalahnya betul kan cakap aku? Kau tengok sendiri ni ada sepuluh awek-awek ni. Kau rasa tuan Khalid mampu ke nak handle mereka ni sorang-sorang?" Alex membidas Meon yang mulai jengkel.

"Eleh nasib kau baik kali ni." Meon mengherotkan bibirnya.

"Dah jangan gaduh. Kita ni patutnya perang dengan orang Sulu bukan sesama sendiri. Aku pelangkung dua-dua nanti." Sampuk Lucius memandang wajah mereka berdua.

"Pelangkung? Wah kosa kata bahasa Utara kau dah bertambah lah Lucius." Meon sengaja mengusik rakannya itu hingga terbit tawa kecil sesama mereka.

"Hai macam-macam lah korang ni. Apa pun Alex terima kasih. Tindakan kamu memang tepat." Daeng Khalid tersenyum melihat gelagat anak-anak buahnya.

Alex menyenggol lengan Meon di sebelahnya dengan wajah serius. Meon sekadar menjeling lalu menjuihkan lidahnya.

"Tuan Daeng Khalid. Lain kali kalau nak buat kerja gila jangan sorang-sorang. Kami pun nak masuk paper juga." Laung seseorang dari belakang.

Daeng Khalid mengukirkan senyuman. Daeng Parani dan Kolonel Adnan rupanya. Kelihatan beberapa anggota tentera darat yang memakai uniform celoreng hijau mengekori dari belakang.

"Assalamualaikum." Tegur Kolonel Adnan sambil mengendong senapang raifal.

"Waalaikummussalam Tuan Adnan. Macam mana pula korang boleh ada kat sini?"

"Semuanya hasil maklum balas dari anak buah kamu. Laskar Kanan Alex." Mereka menoleh ke arah Alex yang menganggukkan wajah ke bawah.

"Macam mana dengan keadaan di pelabuhan?" Soal Daeng Khalid sedikit curiga.

Dia pasti kawasan pelabuhan bot-bot tentera Sulu dikawal dengan ketat. Melihat reaksi mereka yang hanya tersenyum menambahkan lagi rasa hairan di dalam diri Daeng Khalid.

"Kalau tuan nak tau askar kita yang tengah jaga pelabuhan tu sekarang. Askar Sulu tak tau lah tengah buat apa. Tengah main dam kot. Tak pun sibuk tangkap ikan." Jelas Daeng Parani.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now