Raja Daeng Parani memisatkan matanya sementelah mendengar bunyi bising yang bergema dari atas. Baginda bangun dari tidurnya.
"Di manakah hamba?" Baginda cuba mengenalpasti di manakah kedudukannya ketika ini.
Dilihat keadaan sekeliling sungguh gelap dan suram. Hanya sedikit cahaya daripada lubang kecil di dinding kapal sahaja yang kelihatan.
"Ah kena pasung rupanya." Di hadapan baginda kini terdapat jerisi besi yang mengurung baginda. Raja Daeng Parani mengeluh kecil.
Keadaan di bilik penjara bawah kapal itu sungguh berselerak. Kelihatan makhluk perosak seperti lipas dan tikus berpeleseran bebas. Bau hamis kuat mencengkam pernafasan sekali gus mencetuskan rasa loya.
Roman mata baginda kemudiannya tertancap pada kelibat tubuh yang sedang mengiring membelakangi pandangannya. Baginda mengecam tubuh itu berdasarkan dari pakaiannya.
"Rose." Perlahan-baginda merangkak menghampiri tubuh Puteri Mawar Hitam. Ternyata wanita itu sedang tidur.
Dilihat luka pada betis wanita itu masih berlumuran darah. Baginda melihat pada kawasan yang masih berbekas dengan kesan tembakan daripada lelaki sotong separuh jadian.
"Ya Allah parah sebegini." Raja Daeng Parani membelek betis wanita itu.
Mulut baginda membaca beberapa potongan ayat al-Quran yang ringkas. Dengan perlahan jarinya menarik keluar peluru yang masih bertanam di dalam betis wanita itu.
"Auchhhh." Puteri Mawar Hitam menjerit kecil seketika menahan sakit. Darah pekat mengalir laju. Dalam sekelip mata betis wanita itu kembali berlumuran darah.
Raja Daeng Parani sekali lagi membaca beberapa potongan ayat al-Quran yang sesuai untuk tujuan rawatan. Baginda meludah pada bahagian luka wanita itu lalu mengikat dengan selendang hitam miliknya.
Dengan izin Allah sekelip mata sahaja darah yang meleleh keluar dari betis Puteri Mawar Hitam berhenti. Tubuh wanita itu kemudiannya diletakkan di atas riba baginda.
"Thank you my Lord." Ucap Puteri Mawar Hitam perlahan dalam keadaan mata separuh terbuka. Sesungguhnya dia berasa sangat lemah ketika ini.
Berada pada riba lelaki ini menghadirkan satu perasaan yang sangat menganehkan. Entah kenapa dia merasa sangat tenang dan selesa di samping lelaki Melayu ini.
"Tidurlah wahai safa pingai hamba." Tutur Raja Daeng Parani dengan lembut. Diusap rambut Puteri Mawar Hitam itu dengan jari jemarinya.
"Insya-Allah hamba akan lindungi tuan puteri ibarat menjaga nyawa hamba sendiri." Direnung wajah Puteri Mawar Hitam yang sungguh pucat dan tak bermaya itu dengan penuh kasih sayang.
Baginda sedikit pun tidak berasa ghairah melihat diri Puteri Mawar Hitam walaupun ketika ini pakaiannya lebih mengghairakan kerana separuh badannya telah pun terdedah ketika ini.
Disebabkan kondisi Puteri Mawar Hitam yang sangat lemah dan separuh kritikal ini perasaan belas kasihan lebih kuat menguasai diri baginda ketika ini.
"You.. Are so charming..my.. Lord." Tuturnya lemah.
Puteri Mawar Hitam memandang lemah wajah Raja Daeng Parani. Dia cuba mengukirkan senyuman kecil namun tak berdaya. Belaian dan usapan manja daripada lelaki itu mengkhayalkannya seketika.
Melihatkan keadaan wanita itu. Raja Daeng Parani bertindak mengiramakan sebuah syair untuk mendodoikan Puteri Mawar Hitam agar terlena.
Syair bertajuk Puteri Bongsi didendangkan dengan penuh sayu. Ternyata suara merdu yang terbit dari suara Raja Daeng Parani sungguh menggersik kalbu. Puteri Mawar Hitam terbuai lena pada riba baginda.
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasyMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...