Info

752 31 7
                                    

Hai semua, bab ini adalah info untuk anda. Jom kita berkenalan dengan watak-watak baru kita. Karakter di bawah adalah para pemimpin angkatan laut Azazil

Napoleon Bonaparte

Beliau asalnya adalah seorang Jeneral Revolusi Perancis. Beliau dilantik sebagai Raja Itali dan juga Maharaja Perancis pada tahun 1815. Zaman itu sesiapa yang dilantik sebagai raja akan memegang dua takhta kerajaan. Yakni takhta Maharaja Suci Rom (Raja Itali) dan juga raja kerajaan asalnya.

Napoleon Bonaparte dikenali sebagai pemerintah kuku besi berihsan melalui pengasasan Kod Napoleon. Beliau adalah orang pertama yang melancarkan Revolusi Perancis (pembesaran tentera) secara besar-besaran sehingga menyebabkan kepada tercetusnya Perang Napoleon di Eropah.

Beliau diturunkan takhta daripada menjadi maharaja Perancis berikutan kekalahannya dalam Perang Leipzig lalu dibuang ke Pulau Elba. Cubaannya untuk memulihkan kembali reputasi sebagai maharaja gagal setelah tewas lagi dalam Perang Waterloo.

Napoleon Bonaparte sekali lagi menyerah kalah kepada British dan dibuang ke Pulau Saint Helena.

Ratu Isabella

Inilah ratu pemerintah negara Sepanyol. Beliau berasal dari Castille, salah satu empat kerajaan terbesar dalam negara Andalusia ketika itu selain Aragorn, Granada dan Navarre.

Ratu Isabella dan suaminya Raja Ferdinand adalah pasangan yang berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa selama 800 tahun melalui revolusi Reconquista.

Pada tahun 1492, Ratu Isabella berhasil menawan Granada, kota terakhir umat Islam di Andalusia. Pada awalnya penganut Yahudi diusir. Kemudian giliran umat Islam pula diusir dalam tragedi yang menyayat hati. (Rujuk pada peristiwa April Fool)

Muslim yang masih selamat telah dibaptis menjadi Kristian sehinggalah tiada lagi Islam sepenuhnya di Andalusia.

Raja Ferdinand

Beliau adalah pasangan kepada Ratu Isabella. Raja Ferdinand adalah pemerintah Sicily dan Aragorn. Perkahwinan beliau dengan Ratu Isabella adalah untuk mengukuhkan lagi kuasa mereka di Sepanyol.

Dikatakan beliau adalah orang yang membiayai pelayaran Christopher Columbus yang membawa kepada penemuan benua baru Amerika yang ketika itu dihuni etnik Red Indian.

Bersama-sama isterinya, Ratu Isabella, beliau berjaya menghapuskan Islam di muka bumi Sepanyol.

Maharaja Frederick

Beliau juga dikenali sebagai maharaja Frederick Barbarossa. Harap anda tidak silap dengan watak adik-beradik Jeneral Barbarossa ya.

Beliau dimahkotakan gelaran Maharaja Suci Rom oleh Paus Adrian pada 1155 dan memegang pernah memegang takhta sebagai Raja Jerman dan Raja Itali.

Andrea Doria

Beliau adalah jeneral angkatan laut Republik Genoa yang berbangsa Rom. Beliau bersama-sama Charles V, pemerintah Sepanyol, sering bertempur dengan armada laut Turki Ottoman pimpinan adik-beradik Barbarossa di Laut Hitam.

Sepanjang hayatnya, dia telah banyak kali ditewaskan oleh adik-beradik Barbarossa itu. Antaranya pertempuran di Preveza dan Lepanto.

Raja Charles V

Beliau adalah raja Sepanyol, Itali, Jerman dan maharaja Suci Rom. Bersama-sama Andrea Boria, beliau telah membuat pakatan Sepanyol-Itali untuk berperang dengan angkatan armada laut Turki Ottoman di Laut Hitam dan Laut Mediterranean.

Alexander Suvorov

Beliau adalah imperial kerajaan Russia yang sangat hebat. Dikatakan beliau mempunyai rekod pertempuran yang sangat baik yakni tidak pernah tewas!

Antara kejayaan terhebatnya adalah berjaya menewaskan tentera empayar Turki Ottoman daripada menguasai Russia.

Alfonso de Albuquerque

Inilah bangsat Portugis yang menawan kota Melaka. Oh maaf emosi pula. Beliau adalah laksamana angkatan armada laut Portugal yang diarahkan Raja Manuel untuk menyerang Melaka pada tahun 1511.

Hasil risikan selama 2 tahun sejak 1509, beliau berhasil menemui kelemahan kerajaan Melaka selain menghasut bangsa Cina, Tamil Muslim dan tentera upahan Jawa agar tidak turut terlibat.

Dikatakan beliau adalah individu yang menyerahkan Panglima Awang Hitam yang ketika itu berusia belasan tahun kepada Ferdinand Magellan yang dipercayai manusia pertama yang berjaya melakukan pengembaraan mengelilingi dunia.

P/S : Bab ini adalah bab terakhir yang terdapat di dalam draft cerita ini. Selepas ini mungkin ambil masa sedikit untuk sambung bab seterusnya. Saya pohon maaf siap-siap ya hehehe.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Panglima HitamWhere stories live. Discover now