Pengumuman

572 24 7
                                    

Salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Terlebih dahulu saya pinta sepuluh jari kemaafan kerana sudah lama tidak update cerita ini.

Untuk pengetahuan, bulan Ramadhan ini saya agak sibuk sedikit sehingga mengehadkan waktu saya untuk membuka Wattpad.

Saya berharap para pembaca belum buang lagi cerita ini dari senarai library anda. Insya-Allah saya akan update semula selepas raya kelak.

Cerita ini tinggal dalam 10-15 bab sahaja lagi. Bergantung pada imaginasi dan buah fikiran saya. Sebelum itu saya akan buat beberapa sedutan untuk bab akan datang.


Dengan penuh gemalai dua belas puteri itu menggerakkan tubuh badan mereka melakukan tarian makyung mengikut rentak paluan alat muzik tradisional.

Para hulubalang pula memegang boneka kuda masing-masing yang dihias indah mengiringi persembahan dua belas puteri itu. Ternyata gabungan dua tarian tradisional itu telah membangkitkan satu semangat halus.

**

"Rasakan kau Azazil!" Raja Daeng Parani mendengus geram sewaktu menikam jantung makhluk jelmaan jin itu.

Baginda tersenyum kemenangan melihat darah berhamburan keluar dari ketua tentera makhluk laknatullah itu.

**

Barisan armada tentera Salib  seruan Azazil terpempam seketika. Lawan di hadapan mereka kali ini bukan calang-calang. Manakan tidak terdapat ratusan ribu perahu perang pelbagai rupa dan bentuk yang berada di hadapan mereka ketika ini.

Armada berwarna hijau pimpinan Sultan Muhammad Fateh dan Salahuddin al-Ayyubi, dua pahlawan Islam yang terulung bergabung tenaga bersama armada merah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Laksamana Cheng Ho dan Laksamana Tun Abdul Jalil.

**

"Maafkan adinda, kanda Parani." Tutur Raja Daeng Merewah sayu sebelum baginda meletupkan diri bersama Azazil di dalam gua itu sekaligus menamatkan terus peperangan antara manusia dan orc.

**

"Adapun kehadiran hamba ini mahu mengingatkan cucunda sekalian bahawasanya tak akan Melayu hilang di dunia selagimana kalian beramal dengan ajaran Islam. Jagalah tanah warisan ini sebaik mungkin. Ini amanat hamba buat kalian semua wahai anak cucu bangsaku." Mata Laksamana Tun Tuah merenung sayu terhadap semua pihak yang berada di situ.

Kesemua mereka menundukkan kepala tidak berani bertentang mata dengan jelmaan qarin pahlawan agung bangsa Melayu itu.

Sekian sahaja sedutan trailer dari bab akan datang. Menarik kan? Sila nantikan dengan sabar ya. Selamat berpuasa ✌

Panglima HitamWhere stories live. Discover now