57

558 31 0
                                    

Puteri Mawar Hitam memandang Raja Daeng Parani dengan perasaan teruja. Ditenung lama kelibat lelaki berpakaian sepersalinan songket hitam bersulamkan benang berwarna emas di hadapannya itu.

'Ya dia sememangnya berasal dari empayar agung Melaka'

Dia tahu sedikit selok belok sejarah sebuah kerajaan Melayu yang sangat masyhur di sebelah Timur. Kerajaan itu dikatakan menjadi pusat pertemuan budaya Barat dan Timur memandangkan lokasinya yang amat strategik.

Kedudukan kerajaan itu yang terlindung dari tiupan angin monsun di laluan Selat Melaka menjadi pilihan para pedagang dari seantero dunia untuk singgah berlabuh di pelabuhan kerajaan yang terkenal dengan jolokan Semenanjung Emas.

Info yang diketahuinya itu adalah hasil daripada sedikit pembacaan arkib dan rekod catatan sejarah yang didapati di perpustakaan-perpustakaan besar di Britain ketika zaman persekolahannya.

Berdasarkan dari gaya pakaian yang disarung oleh lelaki di hadapan ini Puteri Mawar Hitam menganggap kemungkinan besar lelaki itu adalah seorang Panglima atau erti kata lain seorang satria diraja yang berkhidmat untuk raja.

'Tapi bukan ke empayar Melaka sudah ditawan Feringgi (Portugis), Belanda dan Britain?'

Puteri Mawar Hitam mulai berasa musykil. Berdasarkan garis masa ketika ini mereka berada pada kurun ke-18 yakni era Renaissance. Sedangkan kerajaan Melaka yang masyhur itu telah jatuh pada kurun ke-15.

'Macam mana ya aku nak tanya dia pasal Melaka? Hmm'

Sementara itu Raja Daeng Parani berasa sedikit janggal berdua-duaan dengan wanita bangsa asing itu apatah lagi di dalam dek kapal yang sempit dan sunyi ini.

Baginda senantiasa menundukkan wajahnya ke bawah kerana enggan bertentang mata memandangkan gaya pakaiannya yang dianggap sedikit keterlaluan.

Sesekali baginda mencuri pandang wajah wanita asing itu. Baginda merasa hairan melihat wanita itu acapkali mengerutkan dahi seperti mahu mengatakan sesuatu.

'Mengapa dengan wajahnya? Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya'

Terbit juga di dalam diri baginda mahu berbual dengan wanita itu namun perbezaan bahasa menjadi jurang penghalang antara mereka berdua. Sementelah lagi baginda langsung tidak mengetahui bahasa pertuturan wanita itu.

Perlahan-lahan Puteri Mawar Hitam melangkah setapak menghampiri lelaki itu. Raja Daeng Parani langsung tidak menyedari kerana masih menunduk ke bawah.

Baginda terkejut seketika apabila pandangan matanya dihidangkan dengan pemandangan lurah pangkal dada. Pantas wajahnya didongak. Alangkah terkejut baginda apabila mendapati wanita itu berada sangat rapat dengannya.

"Astaghfirullahalazim!" Raja Daeng Parani mengurut dada kerana terperanjat. Langkah kaki baginda diundur beberapa tapak menjauhi wanita itu.

'Wow polosnya dia. Jarang jumpa lelaki pemalu macam ni' Puteri Mawar Hitam tersenyum kecil melihat lelaki itu mengundurkan diri dengan wajah gelisah.

"Don't worry my Lord. I won't touch you. Calm down, please." Puteri Mawar Hitam cuba menenangkan lelaki itu namun lain pula jadinya. Sekali lagi dia cuba menghampiri lelaki itu.

"Nyah kau dari sini wahai Iblis yang bertopengkan wanita!" Laung Raja Daeng Parani dengan lantang.

Baginda mengganggap Puteri Mawar Hitam tidak ubah seperti jelmaan seekor iblis betina yang cuba menggoda dan menodai dirinya.

Raja Daeng Parani berundur pantas menjauhi Puteri Mawar Hitam. Puteri Mawar Hitam pula semakin galak mahu mengusik Raja Daeng Parani dengan riak nakal.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now