22

645 35 0
                                    

"Tolong saya! Saya janji saya akan ceritakan semua. Tolong saya tuan." Rayu Hussin bersama juraian air mata.

Basah wajahnya kini dengan linangan air mata. Suara tangisan tebusan itu bergema di dalam khemah operasi tersebut hingga memaksa Lucius menekup mulutnya.

"Betul ni kamu nak cerita?" Soal Daeng Parani.

"Betul tuan! Betul. Saya tak sanggup nak tengok semua ni tuan. Tolonglah saya tuan. Saya akan ceritakan semuanya. Saya tak nak tengok semua ni tuan. Saya janji tuan. Tolong."

Raungan Hussin makin kuat. Kedudukannya mulai tidak setempat. Sekejap kepalanya ditoleh ke kiri sekejap ke kanan seperti tidak keruan.

Matanya terbeliak seolah-olah melihat sesuatu yang sangat mengerikan kemudian dia cuba memejamkan mata serapat-rapatnya. Tubuhnya pula dilihat menggigil.

"Baiklah. Kalau macam tu saya akan tutup balik 'hijab' kamu. Pastikan kamu tak tinggalkan walau satu maklumat sekali pun. Kalau tak saya akan bukakan 'hijab' mata kamu ni buat selama-lamanya. Kamu nak?" Ugut Daeng Parani dengan wajah serius.

"Tak nak tuan tak nak. Saya janji saya akan ceritakan semua. Tolong tuan tutupkan. Saya dah tak sanggup." Rayu Hussin dengan wajah sayu. Riak wajahnya menggambarkan ketakutan yang terlalu amat. Dan nada suaranya juga mulai kedengaran lemah.

Daeng Parani menekup kembali penglihatan Hussin dengan telapak tangannya. Mulutnya kembali terkumat kamit membacakan sesuatu sebelum meniup lembut pada mata Hussin.

Daeng Parani kemudian mengarahkan Hussin meneguk air kosong yang telah dijampi. Air putih tersebut telah awal-awal lagi disediakan Daeng Khalid kerana dia sudah pun tahu bagaimana pengakhiran sesi soal jawab tersebut.

Supritendan Hassan dan Lucius merenung wajah Hussin dan Daeng Parani bersilih ganti dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Mereka seakan tidak mengerti apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Supritendan Hassan mencuit bahu Daeng Khalid.

"Apa sebenarnya semua ni?"

Daeng Khalid sekadar tersenyum mendengar pertanyaan daripada Supritendan Hassan. Dibiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan seketika sebelum dia menjawab.

"Ini kaedah saya dan Parani untuk sesi soal siasat. Kalau kamu nak tau lebih lanjut silakan bertanya kepada beliau." Jelas Daeng Khalid dengan penuh misteri.

Sebaik sahaja pandangan mata Hussin kembali dicelikkan dia terus menceritakan segalanya berkaitan kerajaan Sulu kepada mereka semua. Sekali sekala Daeng Khalid dan Supritendan Hassan akan menyampuk dengan sedikit soalan.

Ajaibnya Hussin dengan mudahnya memberikan kerjasama tanpa sebarang masalah. Tidak seperti mula-mula tadi. Jika tadi dia bermati-matian mahu menyimpan rahsia kerajaannya dengan penuh tekad kali ini dia menceritakan segala-galanya yang dia tahu dengan lancar.

Daeng Khalid berpuas hati dengan sesi soal siasat tersebut. Dia kemudiannya mengarahkan Lucius membawa kembali Hussin ke khemah tahanan.

"Kan senang kalau awal-awal tadi dia bagi kerjasama. Tak perlu la dia nak hadap semua ni." Kata Daeng Parani sebaik sahaja kelibat tawanan Sulu itu hilang daripada pandangan.

Sewaktu mahu melangkah keluar tadi tubuh Hussin masih lagi menggigil persis orang yang mendiami kawasan bersuhu dingin walhal ketika itu cuaca di luar amat terik. Langkah kaki Hussin pula longlai sehingga dia terpaksa dibantu Lucius untuk berjalan.

"Boleh saya tau apa yang sebenarnya terjadi tadi? Saya tidak berapa faham dengan ayat Bintara Kanan Daeng Parani "selamat datang ke alam pancaindera keenam" tadi." Soal Supritendan Hassan kepada Daeng Parani dengan penuh berminat.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now