Raja Daeng Merewah menyaksikan situasi tersebut dengan wajah yang sebal. Tangan baginda dikepal kuat cuba membendung kemarahan yang mulai bermaharajalela. Ah mengapa aku harus berasa begini?
"I miss you Parani." Puteri Mawar Hitam mengongoi pada dakapan tubuh Raja Daeng Parani.
Raja Daeng Parani hanya mengelus helaian rambit lalu menepuk lembut tubuh belakang wanita bangsa asing itu tanpa menyedari ada jiwa yang dikuasai api cemburu turut sama menyaksikan perbuatan mereka berdua.
Tiada libatan hawa nafsu yang bermain di akal fikiran Raja Daeng Parani ketika itu melainkan perasaan kasih dan ihsan sesama manusia yang terlalu tinggi.
'Dari dulu lagi mesti ia adalah engkau Parani'
Mata Raja Daeng Merewah tidak lari daripada menatap perbuatan kakandanya. Segala imbasan masa kecil mulai bermain. Sememangnya dari dahulu lagi Raja Daeng Merewah sentiasa dibayangi kehebatan abangnya.
Raja Daeng Parani sering kali dipuji dan diagungkan oleh ayahandanya dan juga sekalian rakyat jelata kerajaan Juhurapura. Tidak seperti baginda dan tiga beradiknya yang lain.
Apa sahaja yang dilakukan Raja Daeng Parani pasti sahaja mendapat pujian dan perhatian. Inilah yang menyebabkan Raja Daeng Merewah sentiasa cemburukan abangnya sejak kecil lagi.
Tidak seperti Raja Daeng Merewah yang hanyalah ibarat boneka sahaja. Kurang diberikan layanan dan kadang kala kewujudannya bagaikan tidak disedari.
Sepertinya baginda bukanlah sebahagian daripada waris putera raja kerajaan Juhurapura. Inilah yang dirasai baginda sejak kecil lagi.
Tambahan pula boleh dikatakan ramai pemudi kerajaan Juhurapura serta dari jajahan takluk yang memendam rasa terhadap kakandanya itu berbanding diri baginda sendiri.
Maka lebih bertambahlah perasaan tidak berpuas hati dan dendam kesumat di dalam sanubari raja yang bergelar Panglima Rantai Besi itu.
'Kali ini aku tidak akan kalah lagi kepada engkau wahai Parani'
Raja Daeng Merewah menyeringai dari luar. Sesaat kemudian baginda menarik nafas lalu berjalan menghampiri pintu masuk ke dalam khemah Puteri Mawar Hitam.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." Selang beberapa saat kemudian muncul tubuh Raja Daeng Parani dan Puteri Mawar Hitam di hadapan muka pintu khemah.
"Kanda Parani. Bilakah kakanda tiba ke mari?" Tegur Raja Daeng Merewah dengan lakonan mesranya.
Hati Raja Daeng Merewah dipalit rasa cemburu yang membara melihat tindakan Puteri Mawar Hitam yang melentokkan kepala di atas bahu kakandanya.
"Baru sebentar tadi. Kelak kanda mahu bersihkan tubuh. Ayuh kita berjemaah Asar sebentar lagi." Raja Daeng Merewah mengangguk faham lalu mengundur diri.
"Merewah, kanda mahu kenalkan kepada adinda bakal kakak iparmu, Puteri Mawar." Ucap Raja Daeng Parani dengan senyuman mekar di bibir.
"Adinda sudah berkenalan dengannya wahai kanda. Izinkan dinda berangkat diri dahulu." Ucap Raja Daeng Merewah seraya memalingkan tubuhnya dengan senyuman pahit.
'Simpan sajalah angan-angan engkau Parani. Aku tidak akan biarkan!'
Raja Daeng Parani yang memerhatikan tindak tanduk adiknya itu hanya mampu mengerutkan dahi. Pelik.
'Mengapa dengan dia?'
**
Raja Daeng Merewah tidak menyertai solat Asar berjemaah bersama Raja Daeng Parani pada petang itu sebaliknya keluar menuju ke hutan.
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasyMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...