7

919 49 2
                                    

Seperti yang dijanjikan keluarga Daeng Khalid telah tiba di rumah bapa saudara Daeng Parani yang terletak di Rompin, Fahang.

Majlis merisik terpaksa dilakukan di rumah bapa saudara Daeng Parani kerana Daeng Khalid sekeluarga tidak mempunyai passport dan IC Juhura untuk memasuki negara baru itu.

Itulah syarat yang ditetapkan oleh pemerintah kesultanan Juhura sebaik sahaja mereka mengisytiharkan keluar dari Malaipura 10 tahun yang lalu.

Majlis merisik berjalan dengan meriah. Atas persetujuan kedua-dua belah pihak majlis risik itu kemudian bertukar menjadi majlis bertunang. Daeng Khalid memanjatkan syukur kepada Allah kerana niat murninya dipermudahkan tanpa sebarang halangan.

"Akad nikah insya-Allah boleh buat Jumaat depan sebab pilihanraya dah nak dekat kan jadi kami tak nak la nanti kelam kabut kesian pulak dekat pihak lelaki. Kami tak apa lah sebab duduk Juhura. Tak ada pilihanraya lagi dah. Jadi kami ingat nak buat majlis kecil-kecil je." Terang Daeng Jumali selaku wali kepada bakal isteri Daeng Khalid.

"Alhamdulillah. Pihak kami pun tak berapa kisah. Hantarannya bagaimana?" Tanya Daeng Hamid.

"Tiada sebarang hantaran yang saya tetapkan. Ikut pada kemampuan pihak lelaki. Saya tak mahu susahkan bakal menantu saya." Terang Daeng Jumali lalu senyum.

Daeng Khalid bukan main gembira lagi sebaik sahaja mendengar pengakuan bakal bapa mertuanya. Dalam diam dia cuba mencuri-curi pandang wajah adik Daeng Parani yang bernama Daeng Tiara.

Gadis berusia 18 tahun itu nampak segak berbaju kurung warna putih serta melilit shawl bercorak polkadot.
Kulit wajahnya kelihatan putih melepak dan mempesonakan. Daeng Khalid tersenyum lebar sewaktu menatap wajah gadis itu dari jauh.

"Ehem-ehem elok sikit perangai tu. Tertengok-tengok, tertengok-tengok anak dara orang tu buat apa. Belum jadi isteri kau lagi pun. Tunggu lagi seminggu okay."

Daeng Parani menegur tingkah laku sahabatnya itu. Merah wajah Daeng Khalid ditegur sebegitu rupa. Seisi rumah mulai ketawa memerhatikan dirinya. Daeng Khalid menunduk wajahnya sambil menahan senyum.

'Hampeh kau Parani!' Daeng Khalid hanya mampu marah di dalam hati.

Malu apabila semua orang mulai memberi perhatian kepda dirinya. Apa lah salahnya. Lagipun yang mahu dilihat itu adalah bakal isterinya juga bukannya orang lain.

Melihat Daeng Khalid yang berterusan diam membuatkan mereka terus rancak mengusik dirinya. Daeng Tiara turut ketawa melihat bakal suaminya menjadi bahan usikan ahli keluarganya.

"Ala bakal pengantin kita ni diam je. Malu-malu kucing la nih yer dak?" Usik Daeng Jumali.

"Mahu tapi malu hahaha." Daeng Hamid juga turut tidak terlepas untuk mengusik satu-satu anak terunanya itu.

'Hmm sabarlah duhai hati'

Pada hari Jumaat berikutnya majlis akad nikah berlangsung di rumah Daeng Parani yang terletak di Sri Mersing, Juhura.

Mujur sajalah pihak anggota keselamatan yang menjaga pintu sempadan masuk negara Juhura memberi keizinan kepada rombongan keluarga Daeng Khalid untuk memasuki negara itu selama dua hari atas dasar ihsan.

Selesai upacara akad nikah Daeng Khalid dan isterinya menuju ke khemah luar untuk sesi bersantap bersama ahli keluarga. Wajah Daeng Khalid pada hari itu kelihatan lebih berseri daripada biasa. Mungkin itulah yang dikatakan aura seri pengantin baru.

Seminggu selepas Daeng Khalid berkahwin dia merasa lebih gembira. Manakan tidaknya sewaktu majlis akad nikah tempohari berlaku sedikit kekecohan.

"Alhamdulillah. Tahniah Khalid akhirnya kau jadi jugak adik ipar aku. Khalid, rasanya dah tiba masa aku mahu berterus terang dekat kau." Daeng Parani menepuk bahu Daeng Khalid setelah selesai akad. Tok kadi telah pun berlalu keluar.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now