18

751 40 0
                                    

Lokasi : Istana Sultan Nisfu Syaaban

Sultan Nisfu Syaaban kelihatan tidak duduk senang pada pagi itu. Baginda dilihat bermundar mandir di sekitar singgahsananya. Perasaannya mulai berkecamuk. Antara rasa marah, takut, sedih dan bimbang.

"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun, dukacita ingin patik maklumkan bahawasanya pasukan kita telah kecundang dalam serangan pagi tadi. Untuk makluman Tuanku, 35 tentera kita terkorban, 2 ditawan dan hanya seorang sahaja yang selamat pulang tapi keadaannya kini dalam keadaan kritikal. Ampunkan patik Tuanku."

Jelas Datu Patinggi Awal Muharram yang merupakan Bendahara kerajaan Sultan Nisfu Syaaban melalui panggilan video yang muncul pada layar skrin dinding di kawasan singgahsananya.

Berdiri di sebelah Bendahara pula adalah Laksamana Diraja Datu Patinggi Ramadhan al-Mubarrak merangkap Komander Tertinggi pasukan tentera diraja kerajaan Sulu. Kelihatan beberapa anggota tentera diraja Sulu yang lengkap bersenjata berdiri di belakang.

"Aarrghhhhh! Beta tak peduli!! Beta mahu Mamanda Menteri dan Laksamana Diraja lakukan apa sahaja asalkan Sabha kembali menjadi milik kerajaan kita. Beta tidak mahu mendengar sebarang alasan. Jika Mamanda gagal, kepala Mamanda dan kepala Laksamana yang akan menjadi dalang ganti. Faham kalian berdua??" Jerkah Sultan Nisfu Syaaban bagaikan ngauman harimau melalui panggilan video itu.

"Patik faham Tuanku." Tunduk mereka berdua.

Sultan Nisfu Syaaban terus menutup panggilan video tersebut. Wajahnya masam mencuka tanda murka.

Berita yang diterima sebentar tadi benar-benar mengejutkan. Tidak sangka serangan mengejut pasukan tenteranya pagi tadi berjaya dilumpuhkan. Sesungguhnya itu adalah berita yang paling mengejutkan.

Tambah lebih mengejutkan lagi apabila baginda mendapat khabar berita hampir satu kompeni pasukan tentera dirajanya telah terbunuh. Dua lagi ditawan dan satu lagi pulang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Sesuatu yang amat sukar untuk dipercayai. Semalam dengan mudah sahaja pasukan tenteranya menyerang dan menawan kawasan pesisir pantai timur Sabha.

Ramai anggota pasukan keselamatan negeri itu yang mati dibunuh tanpa sebarang masalah. Dan hari ini lain pula jadinya. Apakah sebenarnya yang berlaku?

"Temenggung! Masuk menghadap beta sekarang." Arah baginda melalui mel suara. Beberapa minit kemudian muncul kelibat Temenggung menghadap masuk.

"Ampun Tuanku, patik datang menghadap. Ada apa tujuanya Tuanku menyeru patik ke mari." Soal Datu Patinggi Rejab setelah melakukan sembah. Beliau adalah temenggung negara atau erti kata lain ketua polis kerajaan Sulu.

"Beta mahu Tuan Temenggung kumpulkan satu batalion pasukan polis elit sekarang untuk bantu pasukan tentera laut kita. Sediakan pelancar roket dan meriam peluru berpandu sebanyak-banyaknya. Keluarkan semua aset pertahanan yang kita ada. Beta mahu lancarkan serangan terhadap kapal-kapal mereka secara besar-besaran. Biar mereka tahu kerajaan Sulu hari ini bukan seperti kerajaan Sulu 44 tahun dahulu."

"Perintah dijunjung Tuanku." Sembah Datu Patinggi Rejab.

"Tuan Temenggung.."

"Ya Tuanku."

"Bawakan beta sumandak-sumandak Sabah yang baru ditawan itu ke kamar beta. Sekarang juga." Titah Sultan Nisfu Syaaban sambil tersenyum.

"Baiklah Tuanku. Izinkan patik mengundur diri."

***

Lokasi : Markas Pangkalan TLDM Sandakan

Sementara itu pasukan TLDM yang berada di pangkalan Sandakan mulai sibuk. Seratus buah kapal perang yang membawa beribu anak kapal
telah berlepas ke samudera untuk melakukan rondaan secara besar-besaran di kawasan perairan negeri Sabha.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now