46

556 31 0
                                    

Daeng Khalid terus memanjat tembok tersebut dengan laju tanpa sebarang masalah. Pergerakannya pada tembok itu tidak ubah seperti watak adiwira Spiderman.

Tangan dan kakinya melekap ke atas setapak demi setapak pada tembok. Matanya tetap fokus ke atas bagi menghilangkan perasaan gayat.

Lucius pula setia mengekori ketuanya dari belakang. Kagum dengan kelincahan Daeng Khalid dia juga turut melajukan pergerakan pada tembok itu.

Mereka hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk cecah tembok setinggi 30 kaki itu. Tiba sahaja di atas Daeng Khalid meninjau keadaan seperti seorang penyiasat hendap.

Setelah yakin dengan tinjauan rambang dia menyambut tangan Lucius. Satu hal yang menguntungkan adalah tiada askar yang meronda pada tembok atas istana.

"Tuan tak ada siapa pun kat atas ni. Biar betul?" Bisik Lucius pada telinga Daeng Khalid.

"Aku pun pelik. Beberapa hari yang lepas aku datang sini penuh askar meronda." Daeng Khalid berterusan mengamati suasana istana tersebut melalui goggle infrarednya.

Seperti Lucius, Daeng Khalid turut berasa curiga kerana tiada seorang kelibat pun bayangan askar Sulu meronda kawasan istana itu. Dia membuat keputusan untuk menunggu.

"Jom gerak." Arah Daeng Khalid setelah hampir 30 minit bersembunyi di kawasan itu.

Mereka langsung tidak melihat kelibat seorang pun pengawal yang meronda istana ini. Dengan perlahan mereka menyelinap masuk melalui arca tingkap istana memandangkan binaan istana ini adalah binaan istana gaya klasik.

Daeng Khalid mengacukan senapang raifalnya sambil melangkah laju tanpa mengeluarkan bunyi derapan tapak. Kasut yang disarung mereka adalah kalis bunyi. Ini membolehkan mereka bergerak dengan pantas dan senyap tanpa dikesan musuh.

Lucius pula sentiasa berwaspada di bahagian belakang. Anehnya suasana di istana ini benar-benar sunyi seolah tiada penghuni. Seluruh deria rasa mereka kini berada dalam keadaan peka.

"Tuan ada bunyi dari arah jam 9." Bisik Lucius. Daeng Khalid mengangguk faham lalu bergegas menuju ke arah punca bunyi.

Mereka berdua dapat mendengar dengan jelas bunyi suara jeritan wanita dari sebuah pintu. Dengan perlahan Daeng Khalid menolak tombol pintu tersebut.

Terdapat anak tangga yang menurun ke bawah. Hanya cahaya api sahaja yang menerangi sepanjang laluan turun ke bawah. Daeng Khalid sekadar meninjau keadaan lorong tersebut sekali imbas.

"Tangga ni pergi ke mana ya?" Lucius juga dihimpit perasaan ingin tahu. Terdetik rasa ingin menyiasat apa yang ada di bawah itu.

"Penjara." Jawab Daeng Khalid ringkas. Lucius sedikit tersentak.

Beberapa saat kemudian mereka mendengar bunyi libasan lalu diikuti dengan suara jeritan dan tangisan daripada wanita. Mereka berdua saling berpandangan.

"Macam ramai." Daeng Khalid cuba meneka melalui pendengaran halwa telinganya.

Baru sahaja Daeng Khalid berkira mahu-mahu turun ke bawah mereka dikejutkan dengan bunyi derapan tapak kaki yang sedang menghentak tangga.

"Diorang naik atas." Daeng Khalid dan Lucius bertindak pantas keluar dari lorong tersebut. Mereka segera bersembunyi di balik patung-patung besi kesatria.

Selang beberapa minit kemudian keluar kelibat seorang lelaki berpakaian seperti jubah panjang berwarna kuning keemasan. Mulutnya membebel di dalam bahasa yang tidak difahami oleh Daeng Khalid.

Lelaki itu dilihat memakai mahkota pada kepala. Wajahnya terlihat bengis. Terdapat kesan darah yang berada pada jubah lelaki itu.

'Itu kot Sultan Nisfu Syaaban'

Panglima HitamWhere stories live. Discover now