21

654 39 3
                                    

Lokasi : Pejabat Aktivis Politik

"Macam mana ni Datuk Seri? Sekarang Lahad Datu kena serang. PRU ditangguh lagi. Saya bimbang jugak pihak kerajaan main taktik kotor masa berkempen nanti?"

"Taktik kotor macam mana tu Ibrahim?"

"Mesti lah diorang akan main sentimen kononnya merekalah wira yang menyelamatkan negara. Jadi rakyat akan rasa terhutang budilah. Alasan kuat untuk mereka terus kekal berkuasa. Agenda lapok macam ni lah yang boleh pancing undi pun. Zaman merdeka dulu lagi diorang dah pakai taktik macam ni. Manipulasi sesuatu peristiwa untuk kepentingan politik."

"Hmm betul juga. Masa PRU tahun 2013 dulu pun taktik sama juga yang diorang guna. Sabha ditawan. Masa tu jugak diorang menguar-uarkan merekalah kononnya wira yang menentang pengganas Sulu. Pandai ambil kesempatan."

"Kalau saya nak tanya Datuk Seri sikit boleh?"

"Tanyalah."

"Betul ke Datuk Seri ada menghadap Sultan Nisfu Syaaban awal tahun ni? Saya nak dengar jawapan daripada mulut Datuk Seri sendiri."

"Ya memang ada. Dia ada ikut perkembangan politik negara kita. Katanya dia boleh bantu saya jadi Perdana Menteri tetapi dengan syarat Sabha mesti diserahkan kepada mereka."

"Jadi Datuk Seri terima?"

"Sudah tentulah tidak. Memang betul saya mahu jadi Perdana Menteri sebab sudah terlalu lama mereka ini memerintah. Terlalu banyak korup, salah guna kuasa dan kelemahan dalam pengurusan negara sehingga membebankan rakyat. Tetapi tidaklah sampai ke tahap mahu menggadaikan negara. Saya masih waras lagi untuk berfikir tentang hal itu Ibrahim. Dan saya memang tak akan sesekali biarkan negeri Sabha menjadi milik mereka."

"Bagus lah kalau begitu. Rasanya kita tunggu sehingga perang Lahad Datu tamat baru lah kita jalankan misi kita."

Sedang asyik dua lelaki itu berbual tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik.

"Masuk."

"Ada apa Tuan Ibrahim Yaacob panggil saya ke mari?"

"Ahmad Boestamam, ni aku perkenalkan dengan kamu bakal Perdana Menteri Malaipura yang baru, Datuk Seri Amran."

***

Usai sahaja Daeng Khalid mengetuai solat jenazah ghaib bersama ahli perajurit negara mereka melakukan solat sunat hajat pula. Para makmum mengaminkan bacaan doa yang dibaca dengan penuh penghayatan oleh Daeng Khalid.

Semoga Allah merahmati dan memberi perlidungan terhadap negara ini. Aamin Ya Allah, Aamin Ya Rahman, Aamin Ya Rabbal alamin.

"Jom kita lakukan soal siasat sekarang." Pelawa Daeng Khalid menuju ke dalam khemah yang menempatkan dua tawanan.

Supritendan Hassan dan Lucius mengekori dari belakang. Daeng Parani pula ketika itu sedang asyik bersembang dengan beberapa anggota komando polis VAT69. Entah apa lah agaknya yang dibicarakan mereka.

Kelihatan beberapa petugas medik yang masih memeriksa dan merawat dua tentera Sulu itu sewaktu mereka masuk ke dalam khemah. Daeng Khalid memberi isyarat kepada mereka supaya meninggalkan khemah tersebut.

"Dia dah sedar." Tegur Supritendan Hassan melihat wajah tentera Sulu yang pengsan itu mulai mencelikkan mata.

"Apa nama kau?" Soal Daeng Khalid secara berdepan. Terkebil-kebil tawanan Sulu itu memandang wajah Daeng Khalid.

"Err tuan, saya tak rasa dia faham bahasa Melayu. Biar saya translatekan." Lucius menawar diri lalu duduk di sebelah Daeng Khalid. Mujurlah dia fasih berbahasa Tagalog.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now