"Apa? Awak tak tau bawa helikopter?! Bukan ke awak ni askar?!" Soal Angelica dengan riak wajah terkejut.
"Memang lah saya ni askar tapi tak semestinya saya tau semua benda. Saya bukannya pilot." Daeng Parani menjelaskan perkara sebenar agar gadis itu tidak salah faham.
"Macam mana sekarang ni?" Pertanyaan Angelica tidak dijawab Daeng Parani. Hanya bahu sahaja yang diangkat sebagai isyarat dia tidak tahu.
"Tak apa saya contact Khalid." Daeng Parani meraba earphonenya.
"Khalid, macam mana nak hidupkan helikopter erk?"
"Hah?! Kau tak tahu ke?" Sekali lagi Daeng Khalid terkejut. Ada dua kejutan yang berlaku di depan mata Daeng Khalid ketika ini.
Pertama dia dikejutkan dengan kehadiran puluhan pasukan pengawal peronda istana di depan mata. Kedua berita yang baru sahaja disampaikan iparnya ini.
"Manalah aku tahu. Kau sorang je kan yang ambil kursus asas pandu pesawat udara. Aku mana minat benda-benda macam ni."
"Okay-okay. Sorry aku lupa. Macam ni mula-mula sekali kau tekan semua suis kat belah atas." Daeng Khalid memberi arahan sambil tangannya lincah set up tiga butir bom jangka.
"Suis atas ya. Yang berlambak-lambak ni kan? Okay dah." Jawab iparnya. Angelica di sebelah turut membantu Daeng Parani.
"Tekan deretan suis kat board depan kau." Arah Daeng Khalid. Matanya masih mencerlung ke arah pasukan pengawal yang sedang menerpa ke arah kedudukannya.
"Suis dekat board ni ya?" Daeng Parani teragak-agak mahu menekan dereta suis yang berada di board itu.
"Yang ni kot." Baru sahaja dia mahu menekan suis itu tangan Angelica pantas menepis dengan kasar.
"Eh apa ni?" Soal Daeng Parani berang.
"Awak itu suis kecemasan. Nampak tak dia tulis situ Emergency." Angelica menegah tindakan Daeng Parani lalu menghidupkan suis yang betul.
"Ops sorry tak faham tulisan omputih. Hehehe. Okay dah Khalid. Aku dah tekan. Lepastu?"
"Cuba tengok ada tak button bulat besar tulis 'On'. Dia warna merah." Daeng Khalid melepaskan beberapa das tembakan dengan pistolnya sehingga kehabisa peluru.
"Habis pulak dah." Daeng Khalid mengambil sebutir peluru peledak grenade lalu diisi ke dalam senapang raifalnya. Bidikan di hala tepat ke arah kemaraan pasukan pengawal itu.
Tukk! Tembakan peledak dilepaskan lalu tercetus ledakan kecil hingga melambungkan beberapa orang pengawal.
Daeng Khalid berundur ke belakang sambil melepaskan beberapa tembakan sekadar mahu melengahkan kemaraan pengawal tersebut.
Sementara itu di dalam helikopter..
"Button bulat besar tulis On warna merah. Mana dia erk?" Mata Daeng Parani melilau mencari butang suis untuk menghidupkan enjin helikopter.
"Awak itu dia depan mata awak." Angelica memuncungkan bibirnya.
"Mana? Mana?" Soal Daeng Parani gelabah. Sememangnya dia adalah seorang yang menggelupur tatkala mencari sesuatu.
"Tu ha."
"Tu tu kat mana?"
"Awak ni memang cari dengan hidung erk?" Angelica pantas menekan butang suis merah yang tertera tulisan On di sebelah tangan Daeng Parani.
Seluruh sistem dalam helikopter itu berbunyi sekilas secara automatik tanda enjin pesawat telah dihidupkan. Kipas pada helikopter tersebut mulai berpusing.
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasyMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...