79

539 27 2
                                    

"Parani, kau sana." Daeng Khalid membuat isyarat dengan tangannya.

"Roger." Daeng Parani mengangguk faham lantas menuju ke arah yang dimaksudkan sambil mengacu senapang raifal Kalashnikov, senjata yang diambil daripada tiga lanun Sulu yang telah dibunuh sebentar tadi.

Sebaik sahaja mereka berhasil menumpaskan tiga lanun di dalam bilik kurungan, Daeng Khalid menutup pintu bilik kurungan mereka lalu pergi ke arah berasingan.

Tidak seperti Daeng Parani, dia lebih selesa menggunakan senjata ringan seperti pistol kerana ia lebih mudah dan efisyen untuk misi khas kali ini di mana mereka merancang mahu melakukan rampasan bot.

Dua pucuk pistol Beretta yang telah dipasang dengan alat penyenyap diletak pada sisi pinggang kiri dan kanan dan sebilah pisau Rambo milik salah seorang lanun Sulu diikat pada sisi paha.

Suasana di atas bot sedikit hingar dengan bunyi deras enjin bot. Bot yang dinaiki mereka kini sedang bergerak membelah lautan. Tidak pasti ke mana hala tuju destinasi ia.

Daeng Khalid bergerak dengan pantas tapi penuh berwaspada. Dia sentiasa memerhatikan di sekelilingnya. Kesemua pancaindera beliau berada dalam keadaan sensitif sebanyak seratus peratus.

Kasut but khas yang disarungnya memberi sedikit sebanyak memberi kelebihan buat dirinya memandangkan tapak ia jenis kalis bunyi. Dan sudah pasti dia berterima kasih kepada majikannya yakni TLDM atas pemberian kasut but khas tersebut.

Daeng Khalid masih lagi meronda di dalam bot. Setiap lorong yang dilaluinya pasti akan diselidik terlebih dahulu bimbang dikesan musuh.

Nampaknya tiada seorang musuh pun yang ditemui setakat sepuluh minit ini. Situasi tersebut sememangnya memberi banyak kelebihan kepada dia untuk merencanakan strategi dengan jaya.

Tiada siapa yang menyedari bahawa dua anggota komando laut itu telah pun terlepas. Ini memberi peluang kepada mereka berdua untuk melakukan operasi menyelamat, menawan dan merampas.

Daeng Khalid berhenti pada satu simpang laluan. Dia merapatkan tubuhnya ke dinding bot lalu menjengah sedikit kepala cuba meninjau keadaan. 'Alamak!' Telinganya menangkap sesuatu.

Bunyi derapan kaki datang dari arah kanan. Daeng Khalid segera menyelinap masuk ke dalam salah pintu bilik yang berhampiran. Suara bualan lanun Sulu berlegar sewaktu melintasi bilik yang didiami Daeng Khalid.

Setelah keadaan tampak reda, Daeng Khalid meneruskan kembali pergerakannya. Sepucuk pistol diacu ke hadapan. Tiba masa untuk sesi mengotorkan tangan.

Daeng Parani POV

Sementara itu di sudut lain Daeng Parani telah pun berada di luar bot. Seorang lanun Sulu telah mati dibunuhnya beberapa minit yang lepas. Semuanya gara-gara terkejut beruk.

"Oh p*****k ngko!" Daeng Parani tanpa sengaja termelatah seketika sebelum melepaskan sedas tembakan ke arah seorang lanun Sulu di satu simpang laluan di atas bot.

Mujur sajalah tembakannya tepat mengenai dahi musuh sekali gus mati di tempat kejadian. Daeng Parani menghela nafas lega sebelum menyorokkan mayat musuh di tempat lain.

"Haih gila betul." Hanya gelengan kepala yang mampu diberikan mengenangkan kembali kealpaannya.

"Aku tak boleh cuai lepas ni."

Seperti Daeng Khalid, dia juga memberi tumpuan sepenuhnya untuk misi khas ini.  Jari telunjuk kanan sentiasa berada di picu senapang raifal. Tembakan hanya akan dilepaskan sekiranya perlu.

Daeng Parani memasang tekad. Dia tidak akan mengulangi kesilapan seperti tadi. Melatah bertemu musuh adalah satu perkara yang sangat tidak bagus. Jika hal itu diketahui iparnya pasti teruk dia diketawakan.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now