101

291 19 0
                                    

"Patik berhasil mengesan mereka tuanku."

"Di mana mereka?"

Awang Hitam menelunjuk ke satu sudut. "Nun di balik pergunungan sana mereka bersembunyi."

"Ayuh kita berangkat ke sana."

Dan dua kelibat itu langsung lenyap.

**

Di satu tempat yang lain pula satu pertarungan empat penjuru dijangkakan bakal berlaku. Pertarungan yang menjanjikan satu keunikan kerana ia mempersembahkan ilmu hikmat yang unik dan pelik.

Dua puteri yang berada dalam kawalan Azazil yakni Puteri Limau Purut dan Tun Fatimah akan bertarung satu lawan satu menentang Puteri Lindungan Bulan atau Puteri Santubung.

Usaha untuk menyedarkan dua puteri yang dipukau itu ternyata gagal. Ternyata ilmu pukau milik sang Azazil itu ternyata di luar kemampuan mereka. Segala ilmu hikmat dan mantera pemulihan langsung tidak memberikan sebarang kesan.

Keadaan sudah semakin darurat. Puteri Limau Purut dan Tun Fatimah semakin agresif. Baik Puteri Lindungan Bulan mahupun Puteri Santubung, mereka tiada pilihan lain lagi.

Hanya pertumpahan darah sahaja jalan terakhir. Jalan penyelesaian yang paling dibenci mereka berdua.

Tun Fatimah khusyuk mempersembahkan gerak tari silat harimau gayong. Langkahnya sungguh kemas dan bergaya. Dia melakukan gerak langkah silat tersebut mengikut rukun dan tertib.

Sekali imbas dari jauh kelibat puteri itu persis seperti seekor harimau garang yang sedang kelaparan mahu membaham mangsa. Lirikan mata Tun Fatimah dihalakan ke arah lawan yang berada di seberang.

Tangan yang halus dan mulus itu setia membuat lenggokan seiring dengan pergerakan kekuda kaki. Langkah silatnya sungguh kemas dan mempesonakan.

Itulah seorang wanita yang sangat masyhur di dalam kitab Sejarah Melayu. Siapa sahaja tidak kenal Tun Fatimah. Dia lah wanita yang diberi jolokan srikandi kerajaan kesultanan Melayu Melaka.

Dia adalah puteri kepada bendahara Tun Mutahir yang berketurunan Jawi peranakan dan juga merangkap permaisuri kepada Sultan Mahmud Shah, pemerintah monarki terakhir kerajaan Melaka.

Dengan Laksamana Tun Tuah sebagai guru silatnya, sudah pasti sedikit sebanyak ilmu dan kelebihan daripada laksamana Melayu yang agung itu mengalir di dalam puteri itu.

Tun Fatimah mengeluarkan lading yang diberi nama Dermawati Si Dewi Sakti. Hadiah pemberian daripada Puteri Gunung Ledang, bonda angkatnya atas kesanggupan menggantikan puteri itu menikahi sultan Melaka.

Umum ketahui Puteri Gunung Ledang telah menolak peminangan Sultan Mahmud Shah melalui tujuh permintaan peliknya. Sebagai balasan dia telah disumpah oleh sultan itu tidak dibenarkan keluar dari Gunung Ledang buat selamanya.

Berita perkahwinan Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud sampai ke telinga Puteri Gunung Ledang. Atas dasar terima kasih, Puteri Gunung Ledang menyerahkan sendiri sebilah lading khas tanda hadiah perkahwinan untuk Tun Fatimah.

Hadiah itu sudah semestinya diberikan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan baginda sultan Melaka.

"Kau!" Diacukan muncung lading itu ke arah lawannya dengan senyuman sinis. Kilauan pada lading itu kelihatan sirna yang gemilang seakan dahagakan darah.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now