53

555 30 0
                                    

Tiga pasang kaki melangkah laju menyeberangi setiap laluan koridor yang gelap gelita itu. Tiada lagi cahaya obor yang menerangi sepanjang laluan yang diberitahu Mamanda Bendahara separuh usia itu.

Daeng Parani menyuluh ke hadapan dengan lampu suluh kecik yang dipasang pada senapang snipernya. Angelica di belakang mengacukan sepucuk pistol yang dihulurkan Daeng Khalid untuk pertahankan diri.

"Nampak pintu kuning masuk belok kiri." Daeng Parani mengulangi direksi pintu keluar agar tidak lupa.

Selang beberapa langkah mereka berlari akhirnya pintu kuning yang dicari jumpa jua. Daeng Parani mengerling Angelica dan Daeng Khalid sekilas. Daeng Khalid mengangguk perlahan tanda memberi keizinan.

Satu tarikan nafas panjang dilakukan sebelum Daeng Parani membuka tombol pintu kuning tersebut. Perlahan-lahan mereka memasuki ke dalam. Benar seperti yang dikatakan. Terdapat dua lorong menghala ke kanan dan kekiri.

"Dia kata belok kiri lepastu terus nanti jumpa bahagian atap." Ucap Daeng Parani.

"Betul. Jom." Arah Daeng Khalid.

Mereka berjalan pantas. Koridor laluan itu tidak mempunyai banyak ruangan jendela. Mereka nampak dengan jelas bahagian-bahagian luar istana tersebut. Ternyata saiz istana kerajaan Sulu ini amat besar.

Hampir 100 meter mereka berlari anak-anak di sepanjang laluan itu.  Mata Daeng Parani tertumpu pada satu objek besar yang amat menarik perhatiannya. Senyuman mulai menguntum di bibirnya.

"Tuan helikopter depan tu." Sorak Daeng Parani riang. Mata Daeng Khalid mencerlung memandang pesawat yang masih pegun itu.

Tatkala mereka hampir tiba ke pesawat tersebut sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Daeng Parani mengesan satu objek kecil melayang ke arah mereka lalu bergolek perlahan ke arah mereka.

Daeng Parani yang berhasil mengecam objek tersebut bertindak menjerit. "Tunduk!" Kelam kabut dia memusing ke belakang lalu menolak tubuh Angelica ke lantai. Ditindih tubuh genit gadis itu.

Daeng Khalid yang pantas mendengar arahan iparnya turut menjatuhkan tubuh ke atas lantai. Tubuh gadis yang dipikul di bahu segera dilindungi dengan berat badannya.

Letusan bom flashbang! Suasana persekitaran menjadi putih. Sistem pendengaran mereka sedikit terganggu dengan bunyi desingan yang separa kuat.

Mujurlah Daeng Parani sempat mengecam. Jika mereka lambat bertindak pasti penglihatan dan pendengaran mereka akan terganggu untuk beberapa minit. Memang begitu lah fungsi bom flashbang.

Daeng Parani pantas meniarapkan tubuhnya. Roman mata pantas membidik musuh di hadapan melalui teropong senapang. Angelica turut meniarap di sisi Daeng Parani.

"Ada tak?" Soal Daeng Khalid. Gadis yang pengsan itu segera dirangkul dengan tangan kiri.

"Tak ada pun." Daeng Parani berterusan membidik. Keadaan bebas daripada kelibat musuh.

"Mana diorang erk?"

"Aku lempar bom asap. Kau cover." Arah Daeng Khalid.

Tanpa membuang masa Daeng Khalid pantas melemparkan sibji bom asap hitam ke hadapan. Dia bergegas berlari seperti lipas kudung menuju ke arah pesawat.

Di saat itu bunyi tembakan mulai bergema. Daeng Khalid memerhatikan kawasan persekitaran. Dia melihat banyak percikan api yang keluar dari senapang dari tingkat atas. Dia membalas tembakan-tembakan itu secara rambang.

Dalam beberapa meter sahaja dia pantas menunduk lalu menyembunyikan diri di balik tembok koridor tersebut. Daeng Parani telah pun membidik kawasan yang disyaki menjadi tempat persembunyian pengawal istana.

Pam! Tembakan dilepaskan. Picu reload pantas ditarik.

Pam! Tembakan dilepaskan lagi oleh Daeng Parani. Seorang demi seorang pengawal ditembak olehnya. Angelica turut menembak.

"Awak tunduk." Daeng Parani pantas menarik Angelica agar menunduk di balik tembok koridor. Pengawal-pengawal mulai melepaskan tembakan ke arah mereka berdua.

Daeng Khalid yang masih menyandar pada tembok segera melepaskan tembakan ke arah musuh. Bilang pengawal istana mulai bertambah ramai. Ini satu petanda yang buruk.

"Korang cepat gerak. Aku alihkan perhatian diorang." Daeng Khalid melepaskan dua butir bom grenade ke arah tempat persembunyian para pengawal.

Boom! Berdentum bunyi letupan kecil lalu diikuti jeritan suara beberapa orang pengawal yang terkorban.

Daeng Parani mendukung gadis yang pengsan di belakang tubuhnya sambil ditahan oleh Angelica. Mereka berjalan pantas ke arah pesawat.

Daeng Khalid terus menembak barisan pengawal istana itu dalam usaha membiarkan Daeng Parani tiba ke pesawat itu terlebih dahulu. Sekali sekala dia melepaskan bom mini peledak senapang raifalnya.

"Alamak." Roman mata Daeng Khalid menangkap satu figura yang amat tidak disenanginya.

Sementara itu Daeng Parani telah pun berada di helikopter tersebut. Tangannya pantas membuka pintu lalu membaringkan gadis yang didukungnya ke atas kerusi.

"Tak apa biar saya tengokkan." Angelica pantas duduk di sebelah rakannya yang masih belum menyedarkan diri.

Daeng Parani bergegas menduduki kerusi juruterbang di bahagian kokpit. Dia melihat semua butang-butang yang berada di hadapannya dengan perasaan keliru.

"Awak cepat lah." Desak Angelica. Hairan melihat Daeng Parani yang masih tercegat tidak buat apa-apa.

"Err.. Sebenarnya saya tak reti bawa helikopter.." Daeng Parani menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hah!?"

Panglima HitamWhere stories live. Discover now