32

771 36 2
                                    

"Subhanallah!" Daeng Khalid hanya mampu melafazkan kalimah suci itu sementelah melihat sesuatu yang sangat aneh pada pandangan lensa matanya.

"Aku tak bermimpi bukan?" Lucius terlongo menyaksikan panorama luar biasa itu.

"Wei korang aku tak mimpi kan?" Meon dan Alex hanya mengangguk perlahan.

"Meon cuba tampar muka aku." Arah Lucius. Meon memandang wajah Lucius yang masih melongo. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia tersengih sinis.

Pang! Laju sahaja Meon lempang muka Lucius dengan kuat. Pijar seketika wajah Lucius.

"Ya aku tak mimpi." Lucius mengusap pipinya yang baru sahaja dilempang Meon. Terasa sedikit kepedihan di situ.

"Me.. mereka ni siapa?" Kolonel Adnan menuding jari ke arah beberapa ratus ribu lembaga yang menjelma di hadapan mereka.

Anehnya lembaga itu semuanya berpakaian seperti pendekar Melayu di zaman silam. Mereka berpakaian baju silat berwarna hitam serta menyarung baju besi berwarna emas pada tubuh. Tanjak terpahat kemas pada kepala. Kelihatan rambut mereka semua panjang mengurai melebihi paras bahu.

Pada setiap pinggang kiri lembaga itu tersisip sebilah keris sepanjang 1 meter. Daeng Khalid memicingkan mata. Belum pernah dia melihat keris sepanjang itu. Ukuran panjang normal sebilah keris biasanya 30 sentimeter sahaja.

Sementara tangan kanan setiap lembaga pula menongkat selaras senjata api yang dikenali sebagai istinggar (senjata api milik bangsa Melayu). Ada juga yang memegang tombak dan perisai emas.

"Mereka ini adalah qarin pendekar Melayu zaman silam. Saya yang menyeru mereka semua ke mari kerana lawan yang bakal menanti kita sebentar lagi adalah bala tentera dari alam lain." Terang Daeng Parani.

"Kamu semua jangan bimbang. Kita boleh melihat mereka tapi mereka tidak boleh melihat kita selagi kamu semua berada dalam bulatan yang saya pagarkan tadi. Jika kamu melangkah keluar sila maklumkan pada saya terlebih dahulu." Kesemua anggota mengangguk faham.

Ketika itu mereka berada di satu sudut yang berhampiran bukit yang memisahkan pesisir pantai dan hutan. Jadi mereka dapat melihat dengan jelas barisan tentera yang berdiri bersebelahan mereka.

Kolonel Adnan berasa takjub melihat lima orang lelaki yang berpakaian serba hitam berdiri di hadapan beratus ribu bala tentera pendekar Melayu ini. Barangkali mereka berlima itu adalah Panglima utama atau Jeneral yang mengepalai angkatan perang tersebut.

Kelima-lima lelaki itu dilihat memakai sepersalinan pakaian songket hitam bersulam benang emas. Baju perisai berwarna merah disarung pada bahagian dalam.

Seluar mereka kelihatan sedikit senteng. Kaki mereka pula bersarung sepasang capal. Seperti lembaga yang lain rambut mereka juga panjang mengurai melebihi paras bahu.
Satu pemandangan yang menakjubkan apabila kelihatan pemuras atau terakol (sejenis senjata api orang Melayu berbentuk pistol) yang diletakkan di atas bahu mereka dan seperti kelaziman seorang pendekar Melayu sebilah keris sudah semestinya disisipkan pada bahagian pinggang depan.

"Jadi ini lah maksud lirik lagu M. Nasir agar aku bisa berdiri tegap dan segak bagaikan Laksamana Melayu." Luah Kolonel Adnan dengan penuh rasa kagum.

"Sekarang saya akan kenalkan pada kamu semua siapa lima orang Panglima yang berdiri di hadapan itu." Daeng Parani melangkah berdiri di hadapan mereka semua. Tumpuan mereka kini beralih ke arah lelaki itu. Daeng Parani kemudiannya mengalihkan pandangan menghadap barisan tentera pendekar di hadapan mereka.

"Yang misai melentik itu adalah Raja Daeng Parani atau nama gelarannya Panglima Hitam. Yang tutup muka dengan kain hitam tu Raja Daeng Merewah. Gelarannya adalah Panglima Rantai Besi. Yang badan sado tu Raja Daeng Chelak. Nama gelaran dia Panglima Garang. Yang paling tinggi tu Raja Daeng Manambong. Orang gelar dia Panglima Harimau. Dan yang paling rendah sekali tu Raja Daeng Kamase. Gelaran dia Panglima Kilat. Kelima-lima mereka tu adalah lima raja Bugis bersaudara. Dan mereka adalah nenek moyang keturunan kita tuan Khalid."

Daeng Parani memandang wajah Daeng Khalid dengan penuh rasa bangga kerana kelima-lima panglima terhebat itu adalah raja berketurunan Bugis yang berasal dari kepulauan Makassar. Umum ketahui di negara Malaipura sendiri terdapat beberapa negeri yang rajanya berketurunan Bugis.

"Sekarang kau orang semua cuba tengok laut kat depan tu." Tunjuk Daeng Parani ke arah laut yang terbentang luas.

Entah macam mana suasana laut yang tadi tenang tiba-tiba sahaja bergelora. Tiupan angin taufan mulai kencang sehingga menggoncangkan daun-daun pepohon di tepi pantai. Ombak laut tidak kurang juga mulai mengganas. Kilat mulai memancar di langit diikuti bunyi dentuman petir.

Langit yang tadinya berwarna kebiruan mulai bertukar gelap seperti malam. Nun jauh di ufuk sana kelihatan puluhan ribu buah kapal layar zaman silam diterangi cahaya obor yang menghala ke arah mereka.

"Biar betul? Mereka naik kapal layar?!" Soal Kolonel Adnan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Di hadapan mereka kini kelihatan puluhan ribu buah kapal layar setinggi rumah pangsa 10 tingkat. Anehnya anak kapal di atas kapal layar itu tidak kelihatan seperti manusia.

Ada yang wajahnya mirip orc (korang bayangkan karekter dalam filem Lord of The Rings) dan ada pula yang mirip manusia tetapi mempunyai sesungut seperti sotong (korang bayangkan karekter filem Pirates of Caribbean)

"Sebenarnya dari awal lagi saya sudah tau kehadiran mereka. Sewaktu saya duduk di tepi pantai petang tadi saya bertafakur seketika. Pada waktu itu lah saya terdengar satu perbualan yang menyeru kehadiran makhluk dari alam lain. Bila saya celikkan mata terus saya menyeru kehadiran lima qarin panglima lima bersaudara ini."

Kapal-kapal layar itu dilihat menjatuhkan sauh. Barangkali tidak mampu mara ke hadapan lagi memandangkan berada di kawasan cetek.

"Apa yang diorang cakap tu?" Soal Lucius apabila mendengar teriakan suara seseorang seperti sedang berucap. Tidak dapat dipastikan apakah bahasanya.

"Bahasa diorang lah kot. Diorang ni makhluk yang diseru pawang sultan Sulu." Daeng Parani juga tidak dapat mengenalpasti apakah yang dituturkan oleh makhluk itu.

Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi semboyan dan diikuti sorakan kuat yang bergema dari arah puluhan ribu kapal layar di hadapan mereka. Barangkali anak kapal itu berasa semangat untuk melancarkan serangan.

Apa yang berlaku selepas itu sudah pasti mengejutkan mereka semua apabila kelihatan beratus ribu sampan yang membawa tentera makhluk aneh itu mara ke kawasan pantai sambil memegang obor.

"Komando!" Daeng Khalid memberikan arahan. Serentak dengan itu lapan anggota skuad KD Panglima Hitam mengacukan senjata mereka ke arah ratusan ribu makhluk itu.

"Err tuan Khalid.."

Panglima HitamWhere stories live. Discover now