"Serius lah abang?" Membulat biji mata Daeng Tiara sewaktu mendengar cerita abangnya.
"Ya lah. Tak akan nak tipu pula. Kalau abang tipu pun apa abang dapat? Tak percaya tanyalah laki kau." Daeng Parani meneguk minuman lantas menjeling adiknya yang seakan tidak berpuas hati.
Pada hujung minggu itu Daeng Khalid dan Daeng Parani memanfaatkan tempoh pelepasan selama seminggu yang diberikan pihak atasan bersama pasangan mereka di sebuah mall.
Inilah saatnya mahu mengubati perasaan rindu yang tersimpan setelah lebih sebulan mereka terpisah. Untuk itu Daeng Khalid dan Daeng Parani cuba meluangkan masa bersama pasangan masing-masing sebaik mungkin.
Daeng Parani khusyuk menceritakan pengalaman sepanjang tempoh bertugas di Lahad Datu tempohari. Segala kenyataan yang keluar dari bibirnya sungguh kedengaran tidak logik.
Sehinggakan sampai ke satu tahap Daeng Tiara memaksa abangnya pergi membuat pemeriksaan kesihatan mental di wad psikiatri. Berang benar Daeng Parani dibuatnya.
"Tak nak percaya sudah!" Daeng Parani kembali fokus menyambung selera. Daeng Teja di sisi bertindak mengurut lembut tubuh belakang suaminya agar bertenang.
Bagai anjing dan kucing. Begitulah tingkah laku Daeng Parani dan Daeng Tiara. Pantang bertemu pasti sahaja bergaduh. Geleng kepala Daeng Khalid dibuatnya.
"Sayang tak baik cakap macam tu. Apa yang Parani cakap tu memang betul. Abang pun saksi masa di sana." Terang Daeng Khalid menjernihkan perbalahan dua beradik itu.
"Biar betul?"
"Ya, betul. Bukan kami berdua je. Ada ramai masa tu. Perdana Menteri kita pun tengok sekali. Buat apa nak bohong dah memang cerita betul."
"Kalau macam tu mana buktinya?"
"Tak ada bukti adik. Masa tu ada sorang wartawan rekod kemunculan diorang dengan handset tapi yang peliknya tiada langsung kelibat diorang dalam handset tu." Terang Daeng Parani.
"Lepas kelibat diorang hilang kami ada cuba jejak diorang balik dengan rakaman kamera dengan bantuan daripada beberapa orang pihak media.. Memang tak ada. Semua orang tak percaya."
Daeng Tiara dan Daeng Teja hanya mengangguk.
"Hantu pun boleh dikesan dalam kamera tak akan lah diorang tak boleh?"
"Wallahualam bi sawab."
Suasana kembali senyap apabila mereka menumpukan perhatian pada hidangan masing-masing. Indah rasanya dapat menjamu selera bersama insan yang tercinta.
"Abang sambung la balik cerita tadi." Pinta Daeng Teja usai sahaja menjamu selera.
Sementara menantikan makanan terhadam sepenuhnya di dalam perut ada baik mereka melayan cerita daripada Daeng Parani dahulu.
"Yang mana?"
"Yang Laksamana Cut Keumalahayati tu."
"Oh yang itu. Okay."
**
Sambungan daripada Bab 74
Perlawanan antara Laksamana Cut Keumalahayati dan Azazil berlangsung dengan meriah dan hebat bagaikan satu pesta temasya acara beradu tenaga.
Masing-masing baik Azazil mahupun Laksamana Cut Keumalahayati cuba menunjukkan keupayaan bertempur menggunakan senjata dan kekuatan fizikal tanpa melibatkan kuasa-kuasa sakti seperti mana yang dijanjikan.
Azazil mendengus kegeraman. Tubuhnya sedikit berundur ke belakang cuba menangkis tumbukan bertalu-talu daripada Laksamana Cut Keumalahayati.
Mata Azazil tajam memerhatikan gerak geri lawannya. Kali ini dia harus berwaspada. Sudah dua kali dia dijatuhkan atas lantai jong. Membangkitkan lagi aura kemarahannya.
YOU ARE READING
Panglima Hitam
FantasyMengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsu...