91

426 18 0
                                    

"Uhuk-uhuk." Raja Daeng Parani tersedar daripada lenanya.

Tangan ditekap pada bahagian dada. Sakit. Tubuh baginda dirasakan sedikit lesu impak dari hikmat belitan rantai besi adiknya.

Dengan saki baki kudrat yang masih ada baginda cuba mencelikkan mata namun visual pandangannya kabur. Entah mengapa.

Berulang kali baginda cuba mencelikkan mata namun hasil tetap sama. Kurang jelas. Baginda yakin itu semua adalah kesan daripada kuasa sakti adiknya.

"Aku tahu bagaimana caranya."

Dengan hati yang lapang Raja Daeng Parani membetulkan postur kedudukan badannya agar dapat berfikir dengan lebih waras. Ketenangan amat diperlukan kala waktu ini.

Justeru baginda mengambil keputusan untuk memulihkan kembali semangat dan tenaga dalaman baginda dengan terapi zikir seperti yang diajarkan mahagurunya.

Tujuannya adalah untuk memulihkan kembali empat unsur yang keluar masuk di dalam anggota badan yakni nafas, nufus, ampas dan tanapas.

Raja Daeng memejamkan mata. Baginda cuba mengosongkan fikiran dalam keadaan duduk bertasyahud sambil kedua-dua tangan diletakkan di atas paha.

Dengan penuh tertib dan tawadduk, mulut baginda perlahan-lahan melafaz sebaris kalimah ayat yang menafikan segala kewujudan Tuhan yang lain lalu mengisbatkan Pencipta yang Satu.

La ila ha illallah. Allah. Hu.

Minda fikiran dikosongkan sehabis mungkin. Tidak mahu anasir-anasir lain yang mengganggu konsentrasi baginda ketika ini.

Namun entah mengapa tanpa diduga memori baginda terimbas semula perbuatan darah dagingnya sendiri yang tergamak menikam belakang.

Air mata meleleh membasahi pipi. Perbuatan Raja Daeng Merewah melampaui batas. Terfikir pula sebab dan musabab tindakan adik nombor duanya itu.

'Adinda Merewah. Mengapa tergamak engkau menjadi Si Kitol'

Suara hati nurani baginda berbisik sayu. Jeritan batin kekecewaan yang tidak mampu dilontarkan dan juga dizahirkan. Ia bagaikan tersekat di dalam tubuh.

Wajah Raja Merewah, adik kandungnya itu sedang tersenyum dalam bayangan di minda. Terimbau semula segala memori lama di waktu zaman kanak-kanak mereka.

Waktu itu langsung tiada perbalahan. Segalanya berlaku dengan indah. Adik itulah teman sepermainan,  adik itulah teman seperguruan dan adik itulah teman mencurahkan segala perasaan.

Bahkan mereka pernah berikrar untuk mengekalkan ikatan setia sesama adik-beradik setelah mangkatnya ayahanda mereka. Namun panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Entah apa lah agaknya yang merasuk adik kandungnya itu hingga sanggup menjadi seorang pengkhianat. Baginda merintih di dalam hati.

Hal ini mengingatkan baginda pada peristiwa yang telah berlaku kepada Nabi Yusuf a.s seperti yang pernah diceritakan gurunya.

Orang yang sanggup berpaling tadah dan tergamak menikam dari belakang itu biasanya adalah orang yang paling rapat dengan diri kita sendiri.

"Ya Syarifu Ya Ghaniyu." Berulang kali baginda membaca kalimah zikir tersebut. Mata dipejam selama beberapa saat sebelum baginda menghembuskan nafas kuat.

Berbekalkan kekuatan tenaga dalaman baginda usaha sedaya upaya menyembuhkan jasadnya. Dibayangkan segala luka dan kecederaan pada tubuh pulih perlahan-lahan.

Dan akhirnya tenaga dan kudrat baginda kembali pulih beberapa minit kemudian. Tika itu baru lah sedar baginda sebenarnya berada di dalam sebuah bilik yang samar-samar.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now