51

594 28 1
                                    

Daeng Parani terus berada di depan meskipun dia menghadapi sedikit kesukaran untuk bergerak. Kakinya sedikit terhincut namun ditahan. Tangan kanan dan kiri sentiasa mengacukan pistol ke hadapan.

Angelica hanya mengekori dengan rapat. Daeng Khalid gagah memikul tubuh gadis yang belum sedarkan diri. Perjalanan mereka terasa begitu jauh. Ternyata lorong-lorong di dalam istana ini terlalu banyak.

Pengawal-pengawal istana yang meronda sudah tidak kelihatan di mana-mana. Barangkali mereka juga turut melilau di dalam istana mencari mereka bertiga.

Sewaktu berada di simpang empat mereka berhenti seketika. Kaki mulai penat. Badan mulai terasa berat. Nafas mereka sedikit tercungap kerana berjalan pantas tanpa henti.

"Macam mana sekarang? Nak terus ke kiri atau kanan?" Soal Daeng Parani meminta kepastian.

"Macam mana kalau kita berpecah?" Angelica memberi cadangan. Tubuh separa bogelnya kini basah dengan air peluh. Daeng Parani menegok halkum kerana tergoda.

"Mengarut. Kalau berpecah lagi bermasalah." Daeng Khalid membantah keras cadangan Angelica yang dirasakan langsung tidak munasabah tambah untuk situasi genting seperti ini.

"Kita terus saja." Arah Daeng Khalid ringkas namun tiada sebarang respon daripada Daeng Parani. Dia merenung iparnya itu.

"Parani kita terus." Masih tiada respon. Dia perasan anak mata iparnya itu tajam memandang ke arah tubuh Angelica.

"Oi Parani sudah-sudah la tu." Daeng Khalid menjerkah iparnya yang masih ralit itu.

"Haa apa dia? Ke mana kita?" Balas Daeng Parani sedikit terperanjat kerana disergah sebegitu.

"Berangan pula kau. Jaga sikit mata tu." Ujar Daeng Khalid sinis. Masak sangat dengan perangai gatal iparnya itu.

Daeng Parani tersipu-sipu. Dilarikan anak mata daripada terus menikmati keindahan tubuh gadis itu. Angelica menjeling wajah Daeng Parani yang dilihat cuba melarikan pandangannya.

"Ya lah. Jom." Jawab Daeng Parani malas.

"Awak usya saya ke?" Bisik Angelica pada telinga Daeng Parani. Niatnya sengaja mahu mengusik komando itu.

"Haah. Awak seksi sangat. Stim tau saya." Dengan selamba Daeng Parani berterus terang tanpa rasa malu. Daeng Khalid di belakang hanya mampu menggelengkan kepala.

"Kalau kita keluar dari sini nanti awak boleh tengok lebih dari ni." Angelica membisik pada telinga Daeng Parani lalu melangkah laju mengetuai mereka.

Daeng Parani hanya mampu membulatkan biji mata tatkala mendengar pengakuan berani mati daripada gadis itu. Nasib baiklah Daeng Khalid tak dengar.

Kalau dengar dek ketuanya apa yang dibisikkan Angelica tadi siaplah. Mahu kena belasah kesudahannya. Mujurlah dia sudah beristeri.

"Asal kau berhenti?" Soal Daeng Khalid apabila melihat tiba-tiba sahaja iparnya mematikan langkah.

"Tak ada apa. Aku lenguh sikit." Daeng Parani bijak memberi alasan.

"Eh mana Angelica? Bukan ke tadi dia kat depan kau?" Daeng Khalid mulai hairan apabila kelibat gadis itu mulai hilang dari pandangan.

"Aik? Tadi dia kat depan aku. Mana dia?" Giliran Daeng Parani pula menyoal.

"Mana lah aku tahu. Tadi bukan ke dia kat depan kau? Tak akan kau tak perasan pulak?"

"Ah sudah!" Daeng Parani mulai menggelabah.

***

Beberapa anggota skuad KD Panglima Hitam masih setia berada di kawasan jeti pangkalan Sandakan. Mereka optimis dua rakan mereka akan pulang dengan selamat.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now