92

452 24 0
                                    

Azazil berasa teruja melihat kehebatan tiga nakhoda wanita itu. Siapa sangka di sebalik kejelitaan wajah mereka yang rupawan tersembunyi satu kemahiran bertarung yang sungguh luar biasa.

Benarlah kata bidalan lama Melayu, tangan yang menghayun buaian jangan disangka tidak mampu menggoncang dunia. Begitulah gambaran yang dapat diberikan terhadap tiga wanita di hadapan Azazil.

Tidak dapat dinafikan langkah seni pertahanan diri mereka sungguh hebat dan setanding pendekar-pendekar handalan lelaki Melayu.

Ia jelas membuktikan betapa wanita zaman silam tidak tunduk dengan budaya patriarki dan hanya memenuhi ruangan dapur semata-mata sebaliknya lengkap dengan pelbagai ilmu ikhtiar hidup.

Keadaan di atas jong kian gamat. Bunyi paluan nobat mengiringi tiupan alat muzik serunai. Irama merdu melodi tersebut membangkitkan semangat bertarung mengikut resam Melayu.

Azazil dibantu oleh Laksamana Cut Keumalahayati dan Panglima Awang Hitam. Sementelah sebelas nakhoda wanita itu pula bersatu hati untuk menggempur mereka.

Che Siti Wan Kembang, Puteri Adruja dan Puteri Saadong, gabungan tiga puteri serangkai dari kerajaan Kelantan giat melancarkan serangan. Sasaran mereka sudah pasti adalah Azazil, jin jelmaan yang sangat dibencikan.

Selagi mana jin itu tidak dibunuh selagi itulah segala kekacauan tidak akan berakhir kerana dari jin itulah segala-galanya bermula.

Che Siti Wan Kembang adalah insan yang paling lancang mengerahkan tenaga untuk menyerang Azazil namun timbul sedikit beberapa kesulitan. Sadisnya kesulitan itu bukanlah disebabkan Azazil tetapi sebaliknya.

Bayangkan segala jenis hikmat dan helah yang digunakan namun semuanya menemui jalan buntu kerana serangan mereka mudah ditangkis oleh Laksamana Cut Keumalahyati, sang pendekar silat wanita yang terulung.

Laksamana Cut Keumalahayati bertindak selaku pengawal peribadi Azazil. Teknik pertahanan yang diamalkan pendekar dari Acheh itu amat luar biasa sehingga menyebabkan mereka bertiga berputus asa.

Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong masing-masing mempersembahkan tempur muay Pattani mereka manakala Puteri Adruja pula bertindak sebagai anggota sokongan melancarkan serangan dari jarak jauh.

"Hiyarghh!" Geseran kelewang Che Siti Wan Kembang dan gedubang Laksamana Cut Keumalahayati menghasilkan satu dentingan yang kuat.

Tubuh Che Siti Wan Kembang ringan melayang di udara bagaikan dedaun yang terbang ditiup angin. Pergerakan lincah daripada ratu kerajaan Kelantan itu sungguh luar biasa.

Begitu juga dengan anak angkatnya, Puteri Saadong. Gabungan permainan senjata kelewang dan golok milik dua wanita itu memukau mata Azazil yang setia memerhatikan pertarungan mereka.

"Saadong, kita menyerang serentak!"

"Baik bonda."

Che Siti Wan Kembang menyerang dari sudut kiri manakala Puteri Saadong pula menyerang dari sudut kanan secara serentak. Serangan dilipat gandakan dengan harapan mampu meraih kemenangan.

Namun lain pula halnya dengan Laksamana Cut Keumalahayati. Dia tampak tenang sahaja menangkis serangan mereka berdua secara solo. Tidak ubah seperti sedang mempraktik latihan bermain senjata.

"Erghhh!" Che Siti Wan Kembang menderam tatkala melibas kelewangnya di udara lalu pantas ditangkis Laksamana Cut Keumalahayati.

Kala itu juga Puteri Saadong membuat tendangan lurus yang disasarkan pada rusuk kanan. Laksamana Cut Keumalahayati yang menyedari cubaan tersebut pantas menahan dengan lututnya yang bertindak sebagai penampan.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now