38

643 35 3
                                    

Lokasi : Balairong Seri

Sementara itu Sultan Nisfu Syaaban beristirehat di kawasan balairong seri bersama gundik-gundiknya. Layanan yang diberikan mereka benar-benar memuaskan hati.

Sebagai balasannya baginda menghadiahkan beberapa perhiasan emas dan pakaian baru kepada 12 gundiknya. Bukan main gembira  gundik itu sambil memuji sultan muda itu.

"Ampun Tuanku patik masuk menghadap."

Sultan Nisfu Syaaban memberikan isyarat pergi kepada para gundiknya sebaik sahaja Datu Patinggi Awal Muharram menghadap masuk. Tiba masa untuk berbicara urusan negara pula.

"Bagaimana serangan kita Datuk Mamanda?"

"Semuanya berjalan seperti yang Tuanku harapkan."

"Ceritakan sedikit kepada beta bagaimana ia berlaku?"

Dengan tenang Bendahara itu memulakan ceritanya.

"Cepat semua. Kita akan lancarkan serangan serang. Pantas pantas." Arah Datu Rejab yang merupakan ketua operasi kali ini.

Anak-anak buahnya melakukan kerja-kerja pemindahan beratus-ratus roket pelancar buatan sendiri ke bot dengan pantas.

Datu Rejab mengambil alih sementara jawatan Laksamana Diraja memandangkan Datu Patinggi Ramadhan al-Mubarrak masih dirawat di hospital.

Berbekalkan senapang raifal Kalashnikov Datu Rejab dan anak-anak buahnya mengemudi bot tempur laju mereka menuju ke perairan sempadan.

"Hati-hati!" Pesan Datu Patinggi Awal Muharram. Datu Rejab mengangguk kecil.

Perjalanan menuju ke perairan sempadan tidak mengambil masa yang lama memandangkan jarak antara kepulauan Sulu dan sempadan negeri Sabha hanyalah beberapa nautika sahaja.

Datu Patinggi mengerling jam di tangannya. Sudah 30minit mereka belayar di laut. Mereka harus tiba di kawasan yang sesuai untuk melancarkan serangan secepat yang mungkin.

Mengikut informasi setiap 15 minit beberapa buah kapal perang pemusnah dan bot peronda tentera laut Malaipura akan meronda. Kapal yang berikutnya akan tiba 15 minit kemudian.

Jadi mereka harus tiba pada saat yang tepat sewaktu kapal-kapal itu telah berlalu. Mereka bercadang mahu menyerang hendap kapal-kapal berikutnya sebagai kejutan.

"Dah sampai." Ujar pemandu bot laju itu.

"Bagus. Sekarang sediakan roket dan peluru berpandu." Arahan Datu Rejab dilaksanakan dengan segera.

Beberapa buah bot yang lain turut sama bersiap sedia. Dalam tempoh 10 minit sahaja mereka telah pun bersiap siaga. Segala pelancar roket dan peluru berpandu telah pun berada dalam keadaan bersiap sedia.

Kini mereka hanya perlu menanti ketibaan kapal-kapal dan bot-bot peronda musuh mereka sahaja.

"Ada lima minit lagi." Datu Rejab meninjau kawasan tersebut dengan binokular berkuasa tinggi. Dia menanti ketibaan tentera laut Malaipura dengan sabar.

"Alamak." Datu Rejab kaget seketika. Disangkakan mangsa yang tiba rupanya pemangsa yang mendatang.

Dari jauh dia melihat deretan lima buah helikopter terbang rendah ke arah mereka.

"Macam mana pula helikopter yang datang ni? Kacau betul lah." Datu Rejab menghamburkan kemarahannya. Perancangannya mulai tergendala.

"Sediakan pelancar misil cepat." Dengan pantas anak buahnya mengacukan pelancar misil ke arah helikopter tersebut lalu melepaskan tembakan.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now