74

616 30 4
                                    

"Parani."

"Ya."

"Kau okay kan?" Daeng Parani mengerutkan dahi disoal sebegitu.

"Okay lah. Asal kau tanya macam tu?" Wajah serius Daeng Khalid yang sedang memandu helikopter ditenung dengan perasaan aneh.

"Saja nak pastikan. Kau tak hisap gam kan?" Membulat mata Daeng Parani.

"La ila ha illallah. Kau dah kenapa tanya macam ni Khalid. Apa punya soalan lah kau ni. Dah lama kau kenal aku kan. Mesti lah kau tau aku ni macam mana."

"Hehe saja. Aku bukan apa. Terdapat keraguan sikit lah dalam cerita kau ni."

"Maksud kau?"

"Kau tau tak apa yang kau cerita tadi sebiji macam dalam anime klasik Naruto. Sebab tu la aku tanya kau kot-kot kau tengah di bawah pengaruh alkohol ke dadah ke atau hisap gam." Daeng Khalid memandang wajah iparnya sekilas dengan wajah kosong.

"Naruto? Hisap gam? Kau merapu apa ni bro?" Berkerut seribu dahi Daeng Parani.

"Ya lah. Hikmat Pembayang Dua tu dah macam teknik pembahagi bayang Uzumaki Naruto. Hikmat mata Helang tu pulak dah macam mata Sharingan Uchiha Sasuke. Banyak sangat pengaruh anime kau ni mana lah aku tak hangin. Kau nak menipu pun agak-agak lah Parani oi!"

"Ya Allah. Weh Khalid agak-agak la kau nak tuduh aku menipu pun. Kita tengah berperang ni kan tak ada masa lah aku nak mereka cerita. Kalau aku tipu kau lah bukannya aku dapat apa pun."
Suara Daeng Parani sedikit mendatar. Mungkin terkilan dengan tohmahan melulu iparnya.

Daeng Khalid mulai dihantui perasaan serba salah. Terbit rasa kesal kerana terlalu awal menghukum cerita yang disampaikan Daeng Parani. Bibir dikemam sesaat sebelum menyambung bicaranya.

"Parani, aku.."

"Tak apa lah Khalid. Kalau kau tak nak percaya aku tak kisah. Aku pun tak nak paksa kau percaya. Aku tau benda ni memang tak logik. Susah kau nak percaya. Tapi memang itu lah apa yang aku nampak."

Daeng Parani kelihatan tenang menyampaikan ceritanya. Daeng Khalid di sebelah cuba menghadam kembali setiap ayat lisan yang disampaikan iparnya sepanjang penerbangan mereka menuju ke pengkalan.

"Okay kalau macam tu kau sambung je lah cerita kau. Aku nak dengar." Daeng Parani mengjongketkan keningnya.

"Betul?" Daeng Khalid hanya mengangguk tanda jawapan kepada soalan Daeng Parani.

***

Raja Daeng Parani tersenyum mekar menyaksikan pertempuran di atas samudera itu dari tepi pantai. Baginda tampak santai melipatkan tangan memeluk tubuh.

"Nyawa tuan hamba kini kian hampir ke penghujungnya wahai Azazil, makhluk yang dilaknat Allah."

Peperangan yang berlangsung di medan tempur turut tergendala. Raja Daeng Kamase dan Laksamana Nadim turut teruja menyaksikan pertempuran antara pasukan armada laut kedua-dua pihak.

Seluruh soldadu yang bertempur di medan perang itu menjadi saksi bagaimana sebuah demi sebuah kapal-kapal perang yang dipimpin komander Abrahah alias Azazil musnah dibedil dua belas jong perang yang dipimpin para puteri seruan Raja Daeng Parani.

Setakat ini sudah hampir 40 buah kapal perang armada laut Azazil musnah dan tenggelam di dasar laut. Dua belas buah jong itu terus menerus membedil secara bertubi-tubi ke arah mereka tanpa sebarang belas kasihan.

"Serang habis-habisan!" Arah Azazil dengan suara nyaring.

Serangan balas daripada pihak tentera pimpinan Azazil ternyata tidak memberikan sebarang kesan terhadap jong setinggi bangunan 50 tingkat itu.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now