60

560 25 2
                                    

"Hiarghh!"

Raja Daeng Parani memperkemaskan langkah kekudanya. Tangannya digerak secara gemalai lalu berada dalam posisi bersedia untuk menyerang.

Dia mengukirkan senyuman manis sewaktu menghadap makhluk-makhluk aneh itu.

Seorang demi seorang orc yang dibunuhnya di dalam bilik dek kapal itu. Komander Abrahah terpana melihat kehandalan seni bertarung lelaki itu. Sungguh luar biasa dahsyatnya.

Raja Daeng Parani langsung tidak menghadapi sebarang masalah untuk membunuh orc itu hanya berbekalkan senjata kerambit pada mulanya.

Pergerakannya sungguh gemalai namun tangkas. Inilah kelebihan yang terdapat di dalam seni silat milik orang Melayu berbanding seni pertahanan diri yang lain.

Melihatkan semakin ramai orc yang menyerang dia segera bertukar kepada senjata tekpi. Dua bilah tekpi yang dipegangnya dikawal dengan kemas untuk  menangkis libasan pedang makhluk-makluk orc itu.

Puteri Mawar Hitam dibiarkan terkulai layu di atas meja komander Abrahah. Hanya tubuh atasnya sahaja yang dibiarkan terdedah. Sengaja komander Abrahah membiarkan keadaannya begitu.

'Celaka hebat betul dia ni' Komander Abrahah memerhatikan sahaja aksi pertarungan Raja Daeng Parani dengan penuh perasaan tidak puas hati.

Tubuh Raja Daeng Parani telah basah kuyup dengan peluh. Serangan daripada puluhan orc di dalam bilik itu benar-benar mencabar keupayaan ketahanan tubuh badan dan kemahiran bertempurnya.

Pandangan matanya sentiasa berwaspada dengan pergerakan makhluk itu. Dia kini berada di tengah-tengah dikelilingi dalam bentuk bulatan.

Senjata keris yang disisip pada pinggang dikeluarkan. Raja Daeng Parani memutuskan untuk menggunakan senjata keramatnya yang diberi nama Taming Sari itu.

Raja Daeng Parani melakukan beberapa langkah gemalai sewaktu menantikan serangan daripada orc. Mata baginda dipejam sebelum nafas kuat dihembus kasar.

"Apakah tuan hamba hanya mendiamkan diri sahaja? Masuklah." Cabar Raja Daeng Parani sambil melakukan pergerakan gemalai dengan tangannya. Langkah kekuda baginda sentiasa dalam keadaan bersedia.

Dua orang orc menyerang dari dua arah bertentangan. Raja Daeng Parani yang dapat membaca pantas melompat tinggi ke hadapan mengelakkan serangan tersebut.

Tubuh baginda bingkas berpusing mengikut arah jam tatkala dua orc itu masih terkial-kial. Sepantas kilat baginda menikam tepat bahagian ke jantungnya.

Seorang orc lagi cuba menyerang namun baginda pantas menepis ke luar dengan sebelah tangan lalu membuat tikaman balas tepat pada perut. Kedua-dua orc itu telah pun menjadi mayat di atas lantai.

Serangan pantas daripada tiga orc yang menggunakan dua bilah pedang juga tidak berjaya. Baginda bijak memindahkan kekuatan serangan pedang itu dengan melagakan bilah pedang itu tepat menusuk dua rakannya pula.

"Selamat kembali ke alam barzakh." Orc yang tergamam itu kemudian rebah ke lantai setelah keris Raja Daeng Parani berada tepat pada bahagian lehernya.

Sewaktu tujuh orc mengepung baginda pula, Raja Daeng Parani meleraikan ikatan sehelai selendang hitam yang mengikat senjata tekpi. Selendang itu juga menyokong posisi senjata pemuras yang diikat pada bahagian pinggang.

"Dengan sehelai selendang ini sahaja hamba mampu membunuh tuan-tuan hamba sekalian." Raja Daeng Parani memegang penghujung kain selendang berkenaan.

Kakinya bertukar langkah sambil tangannya masih setia memegang selendang tersebut. Baginda membuat pergerakan mengorbit menghadap wajah tujuh orc yang mengepungnya itu.

Hikmat Selendang Cindai salah satu ilmu tertinggi di dalam seni tempur silat gayung yang diwarisi daripada Laksamana Tun Tuah dipraktikkan dengan jaya oleh Raja Daeng Parani.

Dalam sekelip mata hampir kesemua orc yang berada di dalam dek kapal itu mati dibunuh. Keadaan bilik dek kapal itu mulai berselerak. Barangan milik komander Abrahah bersepah-sepah akibat daripada pertarungan itu.

Dengan percikan darah di merata-rata serta bau hamisan darah orc yang memualkan Raja Daeng Parani menutup separuh wajahnya dengan selendang yang berwarna hitam itu.

Kini tinggal hanya komander Abrahah sahaja yang berdiri di hadapan Raja Daeng Parani. Mata lelaki sotong separa jadian itu mencerlung memandang baginda.

"Kini tinggal perhitungan hamba dengan tuan hamba sahaja." Raja Daeng Parani mengorak langkah menghampiri komander Abrahah.

Baginda berkira-kira mahu menamatkan terus riwayat lelaki itu. Pesanan yang disampaikan oleh Raja Rimau masih berlegar di dalam kepalanya.

Pedang milik orc digenggam kuat oleh Raja Daeng Parani. Sasarannya hanya satu. Perang ini wajib ditamatkan segera dengan kepala komander itu sebagai galang ganti.

"Stay there." Arah komander Abrahah sewaktu mengacukan pistol ke arah Puteri Mawar Hitam.

Raja Daeng Parani menghentikan langkahnya. Mata baginda mengecil melihat tindak tanduk lelaki itu. Dasar lelaki bacul dan pengecut.

"Sesungguhnya tuan hamba seorang lelaki yang tiada maruah diri." Balas Raja Daeng Parani dengan sinis. Kakinya melangkah setapak.

"I said stay over there!" Tempikan lelaki itu tidak dipedulikan. Raja Daeng Parani masih ingkar menghampiri dirinya.

Berang dengan tindakan berani itu komander Abrahah bertindak menembak betis kaki Puteri Mawar Hitam.

"Aarrghhhhh!" Jerit Puteri Mawar Hitam yang baru tersedar dari lenanya. Dia bingkas menahan betisnya yang berlumuran dengan lelehan darah.

"Rose." Raja Daeng Parani tergamam melihat insiden itu. Puteri Mawar Hitam meraung menahan sakit. Baginda mengalihkan pandangan ke arah komander Abrahah dengan wajah tidak percaya.

"Like I said. Stay over there. I told you right. One more step she will dead." Komander Abrahah mengacukan pistolnya ke arah Puteri Mawar Hitam dengan senyuman sinis.

'Haram zadah manusia durjana yang dilaknat Allah ini'

Raja Daeng Parani akur pada arahan komander Abrahah. Tangannya lantas melepaskan genggaman pedang ke lantai. Komander Abrahah tersenyum kemenangan.

"Good. Now it's your turn, my admiral." Komander Abrahah mengacukan pistolnya tepat ke arah dada Raja Daeng Parani.

"Apa?" Raja Daeng Parani tergamam. Tanpa sebarang balasan dua das tembakan bergema di dalam bilik dek kapal itu.

Panglima HitamWhere stories live. Discover now