Seminggu selepas pertemuan itu, rombongan dari keluarga Faliq datang. Huru-hara kejap hidup Dhiya Nur Syafinaz. Langsung tidak disangka bahawa lelaki itu serious dengan kata-katanya.
Dhiya POV
"Baby, petang tadi family uncle Amin datang merisik baby tau tapi kan, sejak bila baby couple dengan Faliq tuh?" soal abang.
Tersembur jus oren dari mulutku..
"What?! Are you serious abang?Jangan buat lawak ye! baby tak ada mood nak bergurau dengan abang." ujarku sambil mengelap bibir dengan tisu.
"Abang tak berguraulah. Abang serious,but if you don't trust me,you can asked baba. Anyway congrats baby. " kata abang..
Abang adikku datang menghampiri aku yang terkaku cuba mencari kebenaran. Dahi ku dicium oleh mereka berdua..
'Alamak, takkan mamat tu serious kut?! Mama.... baby tak ready lagi nak kahwin!!!someone help me please'jerit hati kecilku
Pagi itu aku menanyakan baba soal rombongan merisik yang dikatakan oleh abang Zafril semalam.Tak tidur lena aku memikirkan hal tu. Jauh disudut hati, aku berdoa apa yang dikatakan abang adalah suatu gurauan.
"Baba..betul ke petang semalam family uncle Amin datang merisik baby?"Aku memberanikan diri untuk bertanya kepada baba namun respon dari baba meruntunkan hatiku..Oh noooo.
"But i'm still not ready to be a wife. Baby taknak tinggalkan baba,Baby tak puas lagi nak habiskan duit baba,Baby tak puas lagi nak bermanja dengan babaaaa.." ujarku dengan nada sebak.
Aku memang taknak tinggalkan baba. Selepas mama meninggal,babalah bapa dan babalah ibu. Meskipun baba pernah melakukan kesilapan sehingga meninggalkan kesan dalam hidup aku,namun aku masih sayangkan baba sepenuh nyawaku. Baik buruknya tetap ayah aku.
Aku tak sangka pulak mamat tu ambik serious hal yang aku cakap tu. Kahwin?aku muda lagi lah..
"Come and sit here baby" ajak baba sambil menepuk ruang kosong disebelahnya..
"Bukan ke baby yang nak kahwin sebulan from now?Baba yakin Faliq jodoh yang terbaik untuk baby and Faliq boleh jaga baby macam mana baba,abang and adik jaga baby sebelum ni. Baba hanya nak yang terbaik untuk baby.Lagipun baba tak tahu sampai bila baba boleh hidup. At least kalau baba tak ada nanti,ada orang yang boleh jagakan baby kesayangan baba ni" Ucap baba sambil memelukku.
Tanpa disedari air mataku mengalir. Aku paling tak suka kalau dengar orang yang aku sayang cakap pasal mati.Cukup sekali aku kehilangan insan tersayang..
"Abang dengan adikkan ada, diorang boleh jaga baby apa.." jawabku perlahan menahan tangis.
"Yes memang diorang ada,tapi nanti diorang pun akan ada family sendiri,baby fahamkan maksud baba?"
Aku hanya membalas soalan baba dengan anggukan kecil. Nak tak nak aku kena terima jugak perkahwinan ini. Nasib kaulah Dhiya, siapa suruh gatal mulut cabar si Faliq itu sangat.
'Tengku Faliq Dika, pelik bebenor nama engkau ni?Ermm nevermind,aku yakin kau adalah takdir hidup yang aku perlu terima, aku harap kau mampu jaga aku, lindungi aku macam mana baba aku lindungi. In shaa Allah aku akan try mencintaimu.'
Acewahh ayat. Dalam terpaksa aku rela bersuamikanmu. Hello dunia, seketul Dhiya Nur Syafinaz bakal menamatkan zaman singlenya akibat mulut lancangnyaaa. Doakan aku bahagia..
Teruskan supporttt
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...