Setelah pulang dari kampung, Faliq mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah kami. Katanya dia ada kerja yang harus dia selesaikan. Kerja apa itu aku tak tanya pula. Malas nak menyibuk.
Petang itu, aku dilanda kebosanan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. Nak makan, perut masih kenyang. Nak tidur, mata pula tidak mnegantuk. Aku mengeluh kuat sebelum pandanganku beralih pada Faliq yang khusyuk bermain playstationnya itu. Timbul idea di fikiranku untuk kacaunya.
"Biyy..." panggilku manja.
"Ermm" balas Faliq namun matanya masih fokus pada game.
Timbul rasa sakit hati. Rasa seolah aku dimadukan dengan gamenya itu. Lelaki dan game memang susah hendak dipisahkan. Nasib baiklah suami aku ni bukan jenis yang duk mengadap game 24 jam sehari.
"Biy...jom buat anak." kataku perlahan. Saja hendak test pendengaran Faliq.
Pantas saja gamenya di pause dan Faliq memandang aku dengan senyuman miang yang penuh makna.
'Kalau dah nama lelaki tu, pantang betul kalau dengar bab-bab begini'
"Jom jom..." ujarnya bersemangat. Kedua tapak tangannya diusap laju.
"Amboi, bila sayang ajak buat anak, laju je biy respond. Tapi bila sayang panggil biy buat donno je dekat sayang!!Biy ni gatalkan."ujarku sambil memulas telinganya.
Faliq tergelak kuat apabila mendengar bebelanku. Tubuhku ditariknya ke dalam pelukannya hangatnya itu.
"Lelaki dan gatal berpisah tiada tau. Kenapa sayang panggil biy?Nak attention ke?" soalnya sambil mencium sekilas dahiku. Aku kembali memusingkan badan agar mengadap kaca televisyen lalu Faliq memelukku dari belakang. Back hug.. I like it.
"Tak ada apa pun, sayang bosan je." ujarku jujur..
"Biy ada idea macam mana nak hilangkan rasa bosan sayang tu. Nak tahu tak?"kata Faliq sambil tangannya mula merayap..
"Idea apa?" soalku pula. Adakala idea yang keluar dari pemikiran Faliq ni boleh dipakai dan adakalanya langsung tidak boleh dipakai. Malah menyakitkan hati saja.
"Jom buat senaman atas katil. Pahala dapat, sihat pun dapat. Kalau ada rezeki, anak pun dapat. Package lengkap tu sayang. Nak try?" ujarnya bersemangat.
Satu jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya. Seperti yang aku jangka, idea Faliq ni bukan boleh di harap snagat. Itu je yang dia tahu.
"Apa kejadah buat anak siang-siang buta macam ni. Kalau ya pun nak buat anak malam nantilah. Why not kalau kita keluar? Nak tak biy?" ajakku.
"Malam ni?Promise?" soal Faliq seraya menarik badanku untuk mengadap mukanya.
Aku hanya membalas dengan anggukan kecil. Aku teringat akan nasihat tok mek. Layankan saja bila suami berkeinginan. Tu tandanya dia masih bernafsu pada kita.
"Wahhh..I can't wait for this night. But sayang nak keluar pergi mana?shopping? Sayang bagitahu je, biy onz je. Anything for my wife."ujarnya sambil menarikku untuk bangun.
Ceria bukan main suami aku ni. Nampaknya terpaksalah aku tamatkan saja tempoh yang aku minta dengannya saat awal pernikahan kami. Tapi bersediakah aku? Dia boleh terima ke kekurangan aku ni?
'Arghhhh....kusutnya. Bagi jelah Dhiya. Sampai bila kau nak menidakkan hak suami kau tu.'
**************
Pendek jer bab untuk malam ni. Author ketandusan idealah. Sorry ya....Abaikan typo kalau ada.
#pleasesupportme
#votethisstory
#dropyourcommentbelow
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...