*********
Faliq's POV
Makanan yang terhidang, segera aku habiskan sehingga tiada satu pun yang tersisa. Tidak mahu isteri tercintaku tertunggu-tunggu.
Wait for me sayang,I'll make sure you're mine tonight.Muehehehe (gelak setan😈)
Usai makan,aku ke tandas terlebih dulu,setelah memastikan tiada sebarang cacat-cela menganggu wajah tampanku ini,aku keluar menuju ke bilik yang kini kami kongsi bersama.
Pintu bilik diketuk perlahan sambil memanggil si bidadari tercinta. Nak sesuatu kenalah sopan..ya tidak?Opssss...
"Sayang?" dua tiga kali pintu bilik diketuk namun tiada sebarang jawapan. Lalu aku memutuskan untuk terjah masuk saja.
Tombol pintu dibuka perlahan,baru selangkah masuk dah semerbak wangian lavender menerjah deria bauku.
Oh mak aih...tiba-tiba bulu romaku meremang. Jangan sampai isteri yang aku nikahi itu bertukar jadi pontianak sudah. Nanti jangan kata malam pertama,malam seterusnya pun tiada bayang.
Keadaan bilik yang gelap-gelita hanya diterangi dengan cahaya dari lilin aroma yang terletak di hujung meja yang berdekatan dengan katil.Aku berjalan perlahan mendekati ke arah katil.
"Sayang...where are you?" soalku namun tiada sahutan dari Dhiya.
Niat untuk membuka lampu terbantut apabila aku ternampak suatu figura bersusuk tubuh manusia berbaju putih berambut panjang berdiri dibucu dinding yang memisahkan antara wardrobe room dengan katil.
"Allahuakhbar!!" laungku kuat. Jantung berdegup laju dan reflek aku jatuh terduduk di atas lantai itu.
Tiba-tiba lembaga bersusuk tubuh seorang wanita itu tertawa terkikik-kikik seolah mengejekku tetapi sebentara...suaranya seperti aku kenal.
"Sayang~stop laughing like that. Tak lucu tau!" marahku dengan nada seakan merajuk.
"Alololo~sayang gurau sikit pun tak boleh ke." Ujar Dhiya bersahaja seolah dia tidak melakukan kesalahan.
Kekesalanku terbantut tatkala melihat penampilan isteriku yang sedikit seksi dari kebiasaan. Dia memakai gaun tidur yang mendedahkan paha mulusnya. Mata lelaki ini seperti scanner. Walaupun di dalam gelap,tetap jua mampu melihat atau membayangkan susuk tubuh wanita. *That why gegirl kat luar sana janganlah memakai pakai ketat dan seksi. Mata lelaki ini bukan seperti mata wanita ya.
Lidah langsung terasa kelu untuk berbicara. Degupan jantung ini laju umpama sedang berlari marathon. Entah kenapa dengan hanya melihat penampilannya begitu,aku sudah gelisah.
"Erk...yang sayang duduk dekat bucu dinding itu kenapa? Kalau Biy ada sakit jantung tadi mesti dah goo emphh..." belum sempat menghabiskan bicaraku,Dhiya,isteriku mencumbu bibirku.
Ya tuhan...ternyata memang benar wanita adalah perkara yang paling melemahkan seorang lelaki.
"Dah tu time sayang duduk depan toilet tersengih macam kerang wangi Biy buat tak nampak je,so sayang saja je nak uji kecergasa mata biy itu. Hmm..sorry hubby,I'm promise I'll not do that again. Hehehe I love you" tutur Dhiya. Tetapi ada sedikit keganjalan pada nadanya. Dia berbicara seakan sengaja meleret manjakan suaranya.
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...