Bab 42

41.8K 1K 14
                                    

"Kau sure ke ni beb nak buat semua ni?" soal Isya tetiba.Lol dah sampai melaka baru nak tanya..

"100% sure.Aku dah penat nak tengok family aku macam tu" jawabku yakin.

Alah apa nak ditakut.Aku bukan buat kerja haram pun.Aku cuma nak perbetulkan apa yang sepatutnya dari dulu lagi aku buat..

"Dah lah,aku tahu apa aku buat k..jom masuk" ujarku lagi.Memujuk isya.Isya ni nampak ke kasar tapi takut and cepat gelabah.

Rumah kayu itu aku masuk setelah dipelawa oleh seorang budak kecil berumur lingkungan 8 tahun.

"Kamu mesti Dhiyakan?" tegur seorang pakcik yang sudah uzur benar.

"Ye pakcik,pakcik Daud ke ni?" soalku pula..

"Panggil jer pakcik Tok ayah.Insha Allah tok ayah akan bantu kamu perbetulkan apa yang salah.Tapi kita jangan lupa padaNya." kata pakcik itu atau mesra disapa tok ayah.

Aku dan Isya hanya mengangguk.Kami sembang² kejap dengan tok ayah.

Berdasar cerita tok ayah,bomoh yang digunakan oleh mak tiri aku adalah anaknya sendiri.Dia yang menurunkan segala ilmunya kepada anaknya itu.Tapi dia tidak menyangka anaknya salah menggunakan kelebihan itu.

Melalui cerita tok ayah jugak,memang mak tiri aku menghantar santau angin kepada arwah mamaku sampaikan mama aku meninggal.Baba aku pula dicalitnya minyak pengasih.dan adik beradik aku pula termakan mende yang kotor sehingga mereka mudah ditundukkan..

Perasaan marah membuak-buak dalam hati.Hanya tuhan saja yanh tahu betapa sakitnya hati aku bila dengar orang buat begitu kepada keluargaku.Ikutkan hati mahu jer aku santaukan balik pakai bomoh siam.Biar mampuih terus betina tuh.

"Kamu jangan risau,ilmu yang tok ayah turunkan kepada anak tok ayah tu masih tak kuat.Tok ayah boleh kalahkan dia.Dengan syarat kamu rajin berdoa memohon dari Allah" jelas tok ayah lagi.

Petang itu tok ayah membaca ayat² alQuran.Lama benar menunggu,rasanya dia baca habis satu quran.Nasib baik dia baca ayat Al Quran,kau dia baca ayat mantera confirm aku hempuk orang tua tuh.

"Cuba kamu minum air ni sedikit,selawat sebelum minum"suruh tok ayah sambil menghulurkan secawan air yang dituangnya.

Aku segera mengambil hulurannya kemudian selawat aku baca sebelum meneguk air itu.Baru seteguk,aku sudah berlari keluar dari rumah itu.

Muntah hitam?!Allah apa yang aku makan ni?setahu aku pagi tadi aku hanya makan roti bakar saja.

" Kau ok tak ni beb?"sapa Isya yang jelas kalut itu.Tangannya mengusap belakang badanku.

"Minum sampai habis air yang tok ayah bagi tadi,kamu muntah itu menunjukkan kamu pernah termakan atau terminum sesuatu yang mak tiri kamu buat" jelas tok ayah.

Dengar saja penjelasan tok ayah,aku segera berlari naik ke dalam rumah kayu itu dan dengan rakus meneguk air sampai habis.

Muntah dan muntah..tapi badan aku tidak pula rasa penat or tak bermaya.Cuma rasa ringgan dan rasa macam lega.

"Alhamdulillah..badan kamu sudah bersih dari semua kekotoran dulu.Ni tok ayah bekalkan air ni,kamu cari lah masa untuk pulang ke rumah bapa kamu,bagi diorang minum kalau boleh kamu tuang sedikit dalam masakan yang mak tiri kamu masak." kata tok ayah

Ya Allah lega aku rasanya.Tak sabar aku nak tuang banyak² dan bagi adik abang serta baba aku minum.

"Tok ayah,kalau orang lain terminum air ni tak pe ke?" tanya Isya tetiba.

Ye tak ye jugak erk,mahunya Faliq minum mati keras mamat tu jenuh aku..

"Tak jadi masalah,ni air yang dibaca ayat² alquran." ujar tok ayah.

Seketika kemudian kami meminta diri untuk pulang.Aku hulur beberapa not 50 tetapi orang tua tu keras menolak tapi aku tetap bagi sebagai sedekah.Dah dia taknak terima,aku begi dekat budak kecil yang mempelawa aku masuk tadi.

"Cu.." panggil tok ayah

Aku berpaling dan melihat kepada tok ayah.

"Jaga suami baik²,taat kepadanya selagi boleh.Hargai dia,sayangi dia.Dan ingatlah Allah itu maha pengasih,kalau dulu kamu menangis meratapi nasib,hari Allah kurniakan kepadamu seorang suami yang baik." ujar tok ayah

Terkedu kejap aku,macam mana tok ayah tahu aku meratapi nasib aku dulu?

"InshaaAllah tok.Saya pulang dulu ye,Assalamualaikum" ujarku pula.

Selepas itu kereta audi milik Faliq hilang dari pandangan rumah kayu itu.

"So next plan?" tanya Isya.

Tak menyempat betul minah ni

"Kau tengah couple dengan abang akukan sekarang?" soalku sambil memandang sinis.

"Ehhh apa kau cakap ni..mana adalah" nafi Isya.

Ceh ada hati nak menafikan.Ingat aku tak tahu ke?

"Takyah tipulah Isya.Lepas Paan kahwin bulan lepas,kau rapat dengan abang akukan?aku kenal sangat kau ni.Nak menipu pun tak pandai" balasku

"Kau tak marah ke?" soalnya tetiba

"Buat apa aku nak marah,selagi bukan suami aku kau kebas,selagi itu aku ok" ujarku.

Suasana kembali menyepi.Sebelum satu idea muncul dalam kepala.

"Beb,kau ajak abang aku dating ditaman then suruh dia bawa adik aku sekali so that time kau bagi lah diorang minum air tu.Amacam?" kataku

"Ok gak idea tuh,esok aku ajak dia,lagipun aku memang rindukan dia pun" gedik Isya

Pipinya aku tampar manja.Gedik sangat..Isya yang mahu membalas perbuatanku terhenti bila aku beri amaran kepadanya

"Kau balas,aku tendang kau keluar!" amaran..

Buat kalau berani,aku tendang sungguh haru jadinya.

----------------

Pukul 10 jugak aku sampai rumah,memandangkan Isya mengedik suruh berhenti untuk shoppinglah,makanlah..

Salamku berikan namun tiada disambut.Kaki terus melangkah ke bilik.

Kedengaran seperti air mengalir dalam bilik air,sling bag aku campak ke atas katil,shawl aku buka,tuala aku capai sebelum aku menerjah masuk kedalam toilet.Hehehe tetiba penyakit gedik isya berjangkit kepadaku.









A

************
Next chapter isnin ni erk😉
#Thanks sbb sudi baca karya yang tak seberapa ini😊
#Teruskan vote yer😘

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now