Bab 50

39.3K 1.1K 38
                                    

"Biyy" sapa ku ketika melihat Faliq berehat di ruang tamu.Dia memusingkan badan memandangku yang baru hendak turun tangga.

"Mengumumkan ketibaan angkasawan negara ke2" lantang dia bersuara.Satu rumah boleh dengar sebelum bergegas memimpin ku

Ceh..angkasawan kau panggil aku.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa empuk itu manakala Faliq lebih selesa duduk di atas karpet sambil memicit betisku.

"Tak payahlah urut. Biy bukan kuli batak" ujarku sambil memperbetulkan kedudukan.Ibu mengandung biasalah,kejap macam ni kejap macam tu. Mencari port keselesaan.

"Takpelah sayang, setakat urut ni apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan sayang mengandungkan anak-anak kita" jawabnya.

Sejuk hati ada suami macam dia.Bukan setakat ringan tulang malah memahami dan menghargai.Tak sia-sia aku terima dia as my husband.Siapa sangkakan dari hanya suatu gurauan mengikat kami sebagai suami isteri.

"Baby-baby daddy apa khabar dalam tu?Daddy tak sabar tau nak jumpa anak-anak kesayangan daddy ni,cepatlah keluar yer." ujarnya sambil mengusap dan mengucup perutku.

Kini aku hanya tinggal hari saja lagi. Bila-bila masa saje boleh terberanak.Faliq pun dah sebulan dia tak pergi office.Semua kerjanya dilakukan dirumah.Katanya risau tentang aku.Haila macam-macamlah suami aku ni.

Sejak mengandung ni,ada saja orang datang melawat. .Kalau tak mentua,abang and adikku or kawan-kawanku.Tapi yang banyak kali datang Isya.

Sebut pasal Isya,lepas aku balik dari shopping tu,aku terus minta Faliq hantarku ke rumah baba memandangkan dia ada meeting penting.

Aku masuk ke dalam rumah tu menggunakan kunci pendua yang memang sedia ada dengan aku.Terkejut aku apabila melihat orang gila yang mengacauku sewaktu di shopping mall itu berada di dalam rumah keluargaku. Elok saja dia landing atas sofa. Tetapi saat aku mengamati wajahnya, aku kenal dengan empunya diri. Ternyata orang gila tu adalah Isya.

Aku mengamati wajah yang lena diulit mimpi itu.Susah nak kenal sebab make up buruknya terlalu nampak real. Tetapi saat aku terpandang akan parut dikaki putih melepak itu, aku sudah mengetahui gerangan orangnya. Siapa lagi kalau bukan Isya.

"Ooo laki kau takde,kau buat kerja giler yer. Takpe, kau tunggu kejap. " ujarku perlahan tidak mahu menyedarkan minah tu.

'Mentang-mentanglah laki kau outstation kau start buat perangai giler yer.Pastu kau kenakan aku.'

Iphone yang ada dalam beg aku ambil dan aku mengambil gambar Isya versi orang gila tu sebelum menghantarnya kepada abangku a.k.a suaminya dan juga menghantarnya kepada ummi..Ummikan pantang kalau kitorang buat kerja gila.

Hampir 30 minit jugalah aku menunggu diorang semua sampai.Abangku, ketika aku menghantar kepadanya gambar isteri tercinta dia sudah on the way balik.

Aku mengambil tempat betul-betul di hadapan Isya yakni dikerusi single.Mentua dan abangku sampai serentak.

'Drama melayu akan start bila-bila masa sahaja lagi'

Selepas menyalami mentua dan abangku,Ummi  menyising lengan baju kurungnya manakala abangku sudah mencekak pinggang. Abi pulak steady jer duduk ditepi aku.

"Tengku Farisha Damia Tengku Amin!!Bangun!!" kejut ummi dengan suara halalintarnya..

Isya yang mamai itu bangun terpisat-pisat.Ummi pula sudah menarik rambut palsu yang masih melekat dikepalanya,kemudian telinga ditarik kuat oleh ummi..

"Auchhh, sakitlah ummi" jerit Isya

"Hah, tahu pulak sakit..elok-elok Allah jadikan kamu waras kamu nak jadi orang gila pula!!" ujar ummi pula

Maka berlakulah perang dunia ketiga. Aku dan Abi terbahak-bahak ketawa melihat real drama didepan mata,free pulak tuh..

•••••••

"Sayang??" panggil Faliq menyedarkan ku dari mengelamun

"Haa..awat?" jawabku

"Sayang ni mesti tak dengar apa yang biy cakapkan? " katanya perlahan.

Mukanya aku tekap dengan tanganku sebelum mengusapnya lembut.Nak kiss tak boleh sebab terhalang dek perutku.

"I'm sorry, biy cakap apa tadi?" soalku kembali

Faliq segera melabuhkan punggungnya disisiku.

"Biy nak berterima kasih dengan sayang sebab terima cinta biy,sayang seadanya,dan yang paling biy tak akan lupa jasa sayang yang sudi mengandungkan zuriat biy dan akan melahirkan diorang ni" ujarnya ikhlas.

"Biy juga nak minta maaf kalau selama sayang jadi wife biy,biy tak jalankan tanggungjawab biy sebaik mungkin" ujarnya lagi

"Macam ayat skrip jer.Biy ciplak mana?" gurauku

Faliq merenung tajam kearahku.Aku pula sengaja buat muka tak kesah m.

"Sayang selalu macam ni!"bentaknya lembut.

Aku tersenyum kecil melihat perangainya.Nak jadi bapak budak pun perangai tak berubah lagi.

"Sepatutnya sayang yang kena berterima kasih dengan biy sebab sudi kutip sayang and jadikan sayang wanita terbahagia dalam dunia ni.Biy halalkan segala harta biy yg sayang kebas,halalkan jugak makan minum sayang,even biy ni tak hensem tapi sayang redha and I'll love you for the rest kf my life." ujarku pula

Dapat suami yang handsome dan kaya adalah bonus tapi kalau dapat suami yang betul-betul menjaga hubungannya dengan tuhan,si isteri patut bersyukur sebab orang yang jaga hubungan dengan Allah akan tahu tanggungjawabnya.

Sesungguhnya kehadiran Tengku Faliq Dika dalam kehidupanku adalah umpama mutiara putih yang bersinar di dalam lautan.Dan aku bertuah kerana mampu bersinar bahagia didalam dakapan cinta Faliq.Semoga Allah memberkati kehidupan kami dan juga zuriat kami..

Tetiba terasa basah pula.OMG..Lengan Faliq aku cengkam kuat

"Biyy..baby nak keluarrr!!!" jeritku tetiba memeranjatkan Faliq

"Hah??Nak keluar??Eh jangan keluar lagi, suruh baby masuk balik." ujarnya kalut.

"Masuk balik otak dia, ingat ni mesin ke boleh hold on. Cepatlah biyyyyyy" balasku.

Tingkah lakunya yang kalut menggelikan hatiku. Mana taknya,dengan kain pelikat yang bila-bila masa boleh terlucut itu.

Tubuhku dicempungnya dan dia memecut laju ke hospital.Nasib baik barang-barang baby sudah ada dalam kereta. Jauh di sudut hati,aku tak berhenti berdoa moga tiada apa-apa komplikasi yang akan berlaku dan aku selamat melahirkan babies kami.


















******
One more chapter and then THE END😣

#ENJOY UR READING😝

#DON'T FORGET TO VOTE😘

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now