Hari ke hari,kini sudah seminggu umat Islam melaksanakan ibadah puasa.Alhamdulillah syukur kepada ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan roh untuk terus merasai kenikmatan hidup.
"Masak apa tu sayang?" tegur Faliq yang baru memunculkan dirinya diruang dapur.
Dari tengah hari tadi lagi si Faliq tu menyibukkan diri melayan cucu-cucunya.Tak pernah berenggang langsung.
"Harini sayang nak masak ikan bawal masak 3 rasa,sup ayam dan sambal petai ikan bilis. Tak tahulah sedap ke tak." ujarku pula.
Manalah tahu si Faliq ni tak berkenan dengan masakan aku.
"Sayang masak apa-apa pun semua sedap." ujarnya sambil tersenyum manis.
Walaupun usianya sudah lanjut tua,namun senyumannya masih muda dipandangku.Manis gitu.
"Hai daddy,mummy..bulan puasa pun sweet jugak ke?" tegur menantu perempuanku.Ditangannya ada botol susu anaknya si Ammara Tihanny.
"Eh,mestilah..mummy dengan daddy always sweet tak kira bulan.Kan mummy kan?" kata Faliq.
Hailah suami..perangai dari dulu sampai dah beruban pun tak berubah..nasiblah aku sayang..
"Betul lah tu daddy oi.." dek malas nak melayan aku mengiakan jer lalu meneruskan aktiviti memasak untuk berbuka puasa nanti.
Melayan si Faliq sampai kesudah tak siap lauk pauk aku ni.Karang orang berbuka makan nasi,kita orang minum air cicah biskut..
Faliq berlalu pergi meninggalkan aku dan menantu,Alana Aisyah.
"Zayyan bila balik?" soalku kepada si menantu
"Katanya petang ni,kejap lagi sampai lah tu kut,kenapa mummy?" soalnya lana pula
Alana Aisyah perempuan yang agak manis dan cantik orangnya.Dia jugak agak lincah di dapur.Masakan dia perghh sedapp..patutlah si Zayyan berkenan.
"Tak ada apa-apa." kataku sambil tersengih.
Tanpa disuruh,si menantu mengambil alih tugas aku memotong sayur.Maka berperanglah kami dua beranak di dapur.
-------------
Azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka sudah masuk.Tangan diangkat memohon doa.
Makan beramai-ramai ni meriah je rasa.Yang tengah lapar pun boleh kenyang dengan keseronokan melihat ahli keluarga tersayang duduk berbuka bersama-sama.
"Hurmm..memandangkan semua orang ada disini,adik nak cakap something boleh?" adik yang biasa berdiam diri mula membuka suara.
Kami yang sedang enak menjamu selera terus terhenti dan mengalih pandangan ke arahnya.
"Cakap lah" Faliq selaku ketua keluarga memberi keizinan kepada anak bongsunya berbicara.
Dari jauh aku nampak yang Izzara Mikhayla gelisah untuk mengatakan hasratnya.
"Adik ada kenal dengan someone ni and kitorang dah berbincang nak melangkah ke fasa yang lebih serious." ujar Izzara perlahan.
Kami sekeluarga tergamam seketika.Adik nak kahwin ke?Wajah Faliq aku lihat.Terpancar perasaan kurang enak di wajahnya..
"Like seriously adik?Wahhhh congrats baby girl" lantang suara Izqian berbicara.
Tahniah demi tahniah mula kedengaran dari mulut si kakak dan si abang.Namun aku dan Faliq masih mendiamkan diri.
Wajah tua Faliq aku tenung.Aku faham perasaannya sekarang.
Tetiba Faliq bangun dari kerusi.Nasi dalam pinggannya masih banyak tersisa.
"I'm done" ujarnya tanpa nada sebelum menghilangkan diri.
Situasi mula awkward.Masing-masing terpingga melihat si daddy berkelakuan begitu.
"Kenapa dengan daddy tu mummy?" soal si kakak
"Daddy sakit perut tu,dah sambung makan" ujarku sekali memberi arahan.
Di meja makan tu kembali riuh dengan suara anak menantu yang seronok dengan berita yang disampaikan si adik.
Seronok tu memang seronok tapi aku faham apa yang Faliq rasa sekarang ini.
Sometimes anak-anak bila dah jumpa kebahagian mereka sendiri,diorang mula melupakan soal perasaan ibu bapa.Ada yang sanggup bergaduh dan membelakangi keluarga semata-mata nak kejar cinta hati.Tapi bila ada masalah,keluarga juga yang dicarinya..
Selesai berbuka puasa,aku menyusun langkah ke dapur untuk mencuci pinggan.
"Mummy dengan daddy tak suka ke dengan apa yang adik cakap tadi?Abang perasan riak wajah daddy berubah tadi" tegur si abang.
Aisy Zayyan ni teliti orangnya,apa yang hendak dibuatnya pasti dia akan dapatkan keizinan dan restu dari aku dan Faliq.Dia jugak yang paling peka dengan perasaan kami.
"Abang sendiri boleh agakkan apa yang daddy rasa sekarang." kataku dengan perlahan.Takut si adik terdengar.
"Abang faham mummy.Tapi kalau adik betul-betul serious macam mana?" tanya Zayyan.
Termenung aku seketika memikirkan logik si abang.
"Tak apalah, nanti mummy cakap dengan daddy" ujarku menyedapkan hati si anak.
******
I'm back😍Ada yang rindukan sis tak?😘Nah sis sambung chapter dari tahun lepas😅
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...