Bab 24

47.7K 1.3K 8
                                    

"Jauh termenung. Sayang fikirkan apa?" tegur Faliq.

Sapaannya mengejutkan aku dari termenung memikirkan nasihat yang diberikan Tok Mek selepas kami sarapan tadi. Sapaannya aku balas dengan senyuman kecil lalu tangan Faliq aku tarik untuk duduk disebelah aku dan aku melentokkan kepala di bahunya.

"Kenapa ni? Sayang sembang apa dengan Tok Mek tadi or Tok Mek marah sayang?" soal Faliq lagi sambil mengusap kepala aku. Di cium sekejap ubun-ubunku.

"Takde apa-apa pun, saja nak berkasih sayang dengan biy" jawabku perlahan.

Faliq ketawa halus lalu dia terus memelukku seeratnya dan dipusingkan badannya ke kiri dan ke kanan.

"Alololo buchuk-buchuk biy ni...meh nak kiss meh.." katanya dengan nada yang agak gedik. Pipi kanan dan kiriku diciumnya berulang kali.

Aku pulak yang lemas diperlaku persis budak kecik tapi tak mengapalah. Terasa seronok jugak sekali sekala dilayan macam budak.

"Alaaa...kenapa kiss pipi jer, kisslah sini jugak" ujarku sambil memucungkan bibir.

"Yang ni kena tunggu masuk bilik, nanti Tok Mek nampakkan, tak ke malu" kata Faliq seraya menyentuh bibirku..

"No, I want my kiss right now!!" bentakku..

Sengaja aku ingin mengenakan si Faliq ni. Nak tahu sejauh mana keberanian dia.

"Dalam biliklah sayang...Tak elok lah ka....." belum sempat Faliq menghabiskan berbicaranya, bibirnya disambar aku. Nak suruh kiss pun susah ke? Kiss je pun.

"MashaAllah...Bertuoh punya cucu! Kut ye pun nok berasmara dana, pergilah masuk bilik. Ado ko patut nyo buat drama depea pintu ni. Mung ni Dhiya memei tok malu ko?" terkejut aku dengan teguran itu. Tok Mek berdiri tegak sambil bercekak pinggang. Alamak terkantoi pulak..

Aku toleh memandang seraut wajah insan yang aku sayangi. Merah! Faliq malu.

"Nok malu bakpo? Bukea ado oghe tengok pun." jawabku sambil memeluk badan Faliq. Berkali-kali Faliq berdehem untuk membuang rasa malu.

Alahai cik suami, tak rilex langsung.

"Pah aku ni bukea oghelah? Kut ya pun, masuklah dalam rumah dulu. Ni dok, depea tanggo rumah aku jugak mung nok berprojek. Apo punya peel prangai mung ni. Faliq,kamu jangan layan sangat si Dhiya ni. Kepala dia ni tak berapa nak betul sangat" bebel Tok Mek. Panjang pulak bebelan dia kalini.

Hailah Tok Mek... 24 jam membebel, tak penat ke mulut tu? Aku yang memdengar pun penat.

"Tok Mek,basikal dekat garaj tu siapa punya?" tetiba Faliq bertanya.

"Tok Mek punya. Kalau kamu nak naik,naik jelah Tok mek nak ke dalam dulu tapi ingat, kalau nak buat projek,masuk bilik!!!" arah tok mek..

Hilang saja bayang Tok Mek dari pandangan mata, Faliq mencubitku manja. Manja pun sakit tahu..

"Eeeii..sayanglah ni, tak menyempat betul, tak fasal-fasal dah kantoi dengan Tok Mek. Mesti Tok Mek fikir yang cucu menantu dia ni gatal merenyam. " ujar Faliq. Tergelak aku dengan kata-katanya itu.

'Awak tak gatal sayang, tapi saya yang terlebih gatal'

Bergurau senda dalam rumahtangga sangat disyorkan. Kerana itu merupakan pendekatan ke arah kebahagiaan.







*********

So how this chapter?Author tak ada ideaa...

#Teruskan vote yer

#Lotsoflove

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now