Bab 44

41.1K 1.1K 27
                                    

Malam itu aku dan Faliq menghabiskan masa dengan berborak  di ruang tamu sambil menonton tv.Kejadian yang berlaku sepanjang hari itu aku ceritakan kepadanya.

"Oh patutlah sayang tak kesah sangat bila biy call bagitahu yang biy tak boleh balik makan tengah hari..rupanya dah ada plan" ujar Faliq sambil menjeling kearahku yang masih berdiri dihadapan tv.

Aku menayangkan sengih yang paling menawan lagi tertawan.Sengihan tak bersalah.

"Kali ni tu jer sayang tak kesah,lepas ni kalau biy tak balik lunch,biy tidur luar.Hahaha" kataku seraya melabuhkan punggung di atas ribanya yang sedang duduk disofa single.

Lehernya aku rangkul dengan tangan kanan.Tangan kiri pula bermain di rambutnya.Bermacam-macam gaya aku buat.Kejap gaya kpop,kejap gaya budak skema,kejap gaya punk.Faliq langsung tak kesah.Matanya masih fokus dekat berita utama yang disiarkan di Tv3.

Satu perangai Faliq yang baru aku tahu sejak jadi wife dia.Dia bila pukul 8 sampai pukul 9 malam,bunyi bom meletup ditepi telinga pun tak dihiraukannya.

"Biy.." panggilku.

"Ermm" jawab Faliq sambil mencapai mug berisi air milo panas dihadapannya.Tubuhku ditahan dari terjatuh dengan tangan kirinya.

"Tadikan sayang plan dengan adik nak kantoinya minah tu depan baba,so apa pandangan biy?ok ke tak?nampak sayang jahat sikit ke jahat banyak?" soalku

"Biy nak tanya sayang,kalau plan sayang tu berjaya,apa sayang nak buat lepas tu?hasut baba supaya ceraikan isteri dia?" tanya Faliq kepadaku.

"First of all sayang nak gelak puas-puas depan baba and betina tu.Apa yang terjadi lepas itu,terpulang kepada baba untuk buat apa yang dia rasa patut buat.Sayang dah malas nak masuk campur" jawabku yakin.

Aku bukan nak jadi penghasut perosak rumah tangga.Tapi aku just mahukan yang terbaik untuk keluargaku.Baba nak kahwin lain lepas itu ke lantak pi lah..aku dah tak heran sebab aku dah ada Faliq..

"Baguslah kalau sayang berfikir macam tu.Bukan apa,cerai-berai ni Allah tak suka."pesan Faliq.

" Ye pak ustaz..saya tahu.Terima kasih atas pesanan itu ya"ujarku main-main

Faliq hanya tergelak kecil.Sebelum dia mengadu sesuatu yang membuatkan mood aku down.

"Asal sayang makin berat erk?dulu tak adalah berat macam ni." ujar Faliq.

Jangan ditegur berat perempuan kalau kau taknak dipulaukan.

Aku terus bangun dari ribaannya.Berpeluk tubuh memandangnya.Terdonggak Faliq memandangku.Pehaku yang terdedah dipegangnya memandangkan aku hanya mengenakan seluar pendek,aku tepis.

"Bencilah biy ni..dah arhh takmau kawan" merajukku.

Sebelum sempat aku mahu melangkah pergi,tubuhku ditarik oleh Faliq sebelum aku terjatuh diatas badannya..

"Alahai,cutenya buat muka macam tu,kiss sikit meh" Faliq berpura-pura mahu mencium wajahku.Namun pipinya aku tepis manja.

"Takpayah kiss..Cakap kita berat sangat." ujarku.

"Alololo..pasal berat pun sayang nak merajuk.Sayang kalau berat macam badak sekalipun biy tetap cinta lagikan kasih kepadamu." ujarnya.

Ceh..ayat sweet mengalahkan gula.Sweet talker punya suami..

"Of course lah..sayang berat sebab menunjukkan sayang bahagia hidup dengan biy." jawabku masih belum mahu mengalah.

Bahagia itu sudah pasti.Meskipun kami masih baru menjadi pasangan suami isteri namun sikap Faliq yang caring,sweet,manja and sometimes rasa menyampah itu ada when sikap annoying dia tu timbul but aku bahagia..Thanks to encik hubby cause memperisterikan aku.

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now