LAST

21.9K 718 36
                                    

Masa laju berputar tanpa disedari. Bulan Ramadhan pun telah menghilangkan diri memberi laluan kepada muslim dan muslimat untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga serta menahan diri dari dikawal oleh nafsu.Syawal adalah bulan yang sering dinantikan baik yang muda mahupun yang tua. Masing-masing teruja untuk beraya,berkumpul bersama-sama dan saling bermaafan. 

Selepas solat isyak,aku kembali ke dapur untuk membancuh air. Malam-malam dapat secawan teh panas pun sedap tambahan dekat luar sekarang tengah hujan makin terasalah nikmatnya. Faliq pun sudah mengambil tempat di sofa empuk yang terletak diruang tamu menyertai anak-anak dan cucu menonton rancangan yang tersiar di kaca televisyen.

Kaki tua aku laju menyusun langkah menuju ke dapur. Susuk tubuh menantu aku yang sedang membasuh botol susu anaknya aku perhati. Tiba-tiba rasa bertuah kerana kesemua anak menantu aku jenis yang baik akhlaknya. Rajin,sopan,dan pandai mengambil hati tua aku dan Faliq. Sepanjang diorang bergelar menantu,sekalipun aku tak pernah terasa hati dengan apa yang mereka lakukan sama ada dari bicara atau tingkah laku. Semuanya perfect di mata aku.

"Eh mummy,bila turun?"soal Alana isteri kepada Zayyan.

"Baru je,mummy nak buat air untuk daddy sekali untuk kamu semualah. Ammara mana?Dah tidur?"soal aku pula sambil tersenyum.

Teko putih yang tersimpan di dalam kabinet dapur aku keluarkan lalu pantas tangan mengambil balang yang berisi uncang teh dan gula.

"Haah,lepas minum susu terus lena."ujar Alana.

"Mummy nak tanya sikit boleh?"soal aku meminta izin dari menantu.

Alana mengelap tangannya pada tuala kecil yang tersangkut di dinding. Kemudian tubuhnya dipusingkan mengadap aku.

"Boleh je tapi kenapa bunyi macam serious je. Alana ada buat salah ke mummy?" tanya menantu perempuan pertama dalam keluarga ini. Terpancar riak cuak diwajahnya. Takut sangat lah tu.

"Alana menantu mummy yang baik,tak pernah buat salah pun. Mummy cuma nak tanya,kamu okay ke dengan keputusan yang Zayyan buat tu?Minta kamu berhenti bekerja dan focus pada kandungan ni."ujarku

Sejak Alana memberitahu yang kini dia membawa  dua nyawa didalam rahimnya yang berusia hampir 3 bulan itu, Zayyan memintanya untuk meletakkan jawatan sebagai pilot dan memberi perhatian dekat kandungan. Awalnya aku simpati sebab aku tahu itu impian Alana dari kecil. Bukan mudah nak berjaya seperti sekarang. Anak aku pula dengan selamber mintak isterinya itu meletakkan jawatan.

"Honestly memang Alana sedih sebab yelah,jadi pilot ni bukan senang dan Alana pun masih baru lagi dalam dunia awan biru ni,tapi tak pelah maybe ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Alana faham abang mintak Alana buat semua ini pun sebab dia sayangkan kami."katanya.

Kagum aku dengan sikap menantu aku sorang ini. Redha je apa yang berlaku. Kalau aku ni,mahunya protes habis-habisan dulu kalau still tak berjaya protes itu baru aku redha diiringi drama melayu meminta simpati.

"Alana nak mummy pujuk Zayyan?Kalau nak mummy boleh pujuk."kataku cuba mengambil hati.

"Tak apalah mummy,Alana okay. Alana pun nak fokus dekat babies dalam ni. They need more attention."ujar Alana sambil tersenyum

Aku membalas senyumannya dan mengusap pipi putihnya lembut. Sumpah aku sayang dia seperti anak kandung aku sendiri. Tidak pernah terlintas pun dibenak fikiran aku untuk membahagi kasih.

Usai membancuh teh,aku membawa seteko teh panas dan semangkuk kurma balance kurma ketika puasa minggu lepas.

Dulang yang aku bawa,di ambil oleh menantu baru ku,Muhammad. Suami kepada Izzara Mikayla. Muhammad ini merupakan pengurus di sebuah tahfiz. Yang aku hairan,macam manalah si Muhammad ini boleh berkenan dengan anak aku yang perangai tak seberapa megah itu. Dapat suami ustaz yang merupakan seorang hafiz pulak tu. Tinggi jugak taste anak bongsu aku itu.

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now