Bab 38

51.3K 1K 14
                                    

Selepas sarapan pagi,Faliq mengajak aku ke rumah baba.Nak tak nak aku kena ikutlah,walaupun aku masih melancarkan perang merajuk dengan baba..

Sampai saja di banglo 2 tingkat itu,aku menonong je masuk kedalam rumah tanpa memberi salam..alang² pintu dah sedia terbuka,aku redah jelah..

Melihat adikku si Zafrian sedang khusyuk menonton tv,aku bergerak mendekatinya..pipi putihnya yang bersih tanpa sebarang bulu dan jerawat aku kiss sampai air liur aku melekat dipipinya..sengaja..Adik aku ni jambu sikit,ikut kulit aku..spesies muka perempuan..

"Eeeii awat yang loqlaq ngat hang ni"marah Zafrian sambil mengelap pipinya yang basah dek air liur tu..haha.

" Amboii..keluaq dah aih loghat utaqa dia..hang tak qindu kami ka?peluk meh"ujarku sambil mendepakan tangan setelah melabuhkan punggung di sisinya..

Zafrian memelukku erat sebelum dahiku dikissnya..kami dah biasa manja macam ni dari kecil..so kalau orang luar yang tak kenal kami memang ingat pakwe and makwe kut..

"Eh baby..bila sampai?sorang je ke?Faliq mana" sapa abangku..

"Baru sampai je ni,Faliq?ermm tak tau ceq,adik ada nampak abang ipaq hang dak?" gurauku..

Zafril a.k.a abangku menghampiriku lalu kepala aku dilukunya..

"Adoii..sakitlah abang,Dia ambil barang kejap..sat lagi dia masuk" kataku..

Dalam keluarga ni,kejap kami cakap guna loghat kelantan,kejap loghat utara and kejap melayu standart..nak buat macam mana,banyak kampung..haha..

"Baby..baby perangai tu tak pernah nak berubah" tutur abangku sambil melabuhkan punggung disebelahku..full sofa 3 diduduki oleh kami tiga beradik..

"Dah nama pun baby,perangai always like a baby lahh..haha" ujarku sambil menyendeh di lengan Zafril..

"Hah..menjawab!!Baby dah jumpa baba ke belum ni?" tanya Zafril

Aku tarik muncung tanda protes..nak tunjuk yang aku masih merajuk dengan baba..

"Merajuk lagi lah ni..baby jangan merajuk lama² tau takut benda yang baby tak nak terjadi lagi sekali" ujar Zafril perlahan..

Perlahan pun still telinga cap gajah aku ni masih mendengar kata-katanya..jelas dan nyata..aku memandang abangku tajam..

"Apa maksud abang?lagi sekali?" soalku.Muka tak puas hati aku tunjuk..

Melihat abangku hanya menjongket bahu sambil tersengih,aku mengalih pandangan tajamku ala² nak makan orang tu kepada adikku..

Melihat jer pandangan ku beralih ke Zafrian,dia terus buat² fokus dan makan jajan..

'Haih..ada jugak yang akan mati ditelan aku ni'

Baru jer nak buka mulut menyoal si adik,kelibat baba dan Faliq kelihatan,Aku berpura-pura tak nampak..mulut aku muncungkan sepanjang yang boleh..bagi baba tau yang aku masih merajuk dengan dia..

"Amboii..panjang bebenor muncung baby kesayangan baba ni,dah boleh buat penyangkut hanger..pi tengok dekat dapur ada apa.." sakat baba..

Aku menjeling sekilas baba sebelum memeluk tubuh..

"Sayang..jangan buat perangai macam tu tak baik..sini salam baba ni" tegur Faliq.

Hailah..dah macam bebudak pulak aku ni kena tegur macam tu dengan Faliq..

"Taknak!baby tak mau kawan dengan baba" balasku..

Adik,abangku dan baba hanya gelak apabila mendengar kata-kataku kecuali Faliq..

Aku melompat dari kerusi lalu berjalan ke dapur..tetiba perut lapar pulak..merajuk-merajuk jugak perut kena diutamakan..

Gaya melompat aku dah serupa katak melompat..Faliq tercenggang melihat perangai aku..haha masih banyak perkara yang belum dia tahu mengenai diri aku..

"Kau masih belum kenal 100% perangai baby..apa yang aku boleh simpulkan dia banyak personaliti..so maybe agak sukar untuk kau teka perangai dia." kata Abangku kepada Faliq..

Aku hanya mencuri mendengar disebalik dinding dapur..aku jadi macam ni pun sebab situasi yang aku kena hadap dahulu..but yang lepas tu lepas,hope sejarah hitam tu tak berulang kembali lah..

Tudung saji aku buka,wow ada nasi lemak,pinggan yang sedia ada di atas meja aku ambil,lalu nasi lemak aku cedok kedalam pinggan diikuti sambal sotong,timun,telur dan ayam goreng..huhu baba memang pandai masak..tapi entah kenapa aku makan banyak mana pun body still maintain.. Untung lerr

"Sayang,tadi dekat rumah ummi sayang dah makan nasi goreng 2 pinggan,now sayang makan nasi lemak pulak" tegur Faliq yang baru sahaja menjejak kaki kedapur sebelum melabuh punggung di kerusi hadapan aku..

Kesah pulak aku,dah perut lapar aku makanlah..

"Lapar" balasku sepatah kemudian menyambung suapanku kembali..

"Nampaknya kau kena puasa seminggu bro..hahaha" balas abangku yang entah dari mana muncul.Tau² sudah berada dibelakangku..

"Puasa seminggu?kenapa pulak?" tanya Faliq dengan kerutan didahi..

Entah,kenapa pulak si Faliq ni kena puasa..

'Eh jap..asal tetiba rasa macam tak selesa jer ni!ohh noooo'desis hatiku

Ketika mulut masih penuh,aku bangun lalu pecut ke bilik air..emergency..

"Sebab bini kau tengah bendera jepunnnnnnnn" kata abangku seakan mengejek gitu..

Aku tahu kenapa dia sengaja buat nada begitu,cause emosi perempuan bila datang bulan kan tidak stabil,kejap baik,kejap manja,kejap marah,kejap gila..so setiap kali aku period yang jadi mangsa kena marah tak tentu pasal dengan aku ialah abang aku lah..kesian dia,kekadang tu bila datang emosi aku yang rasa nak pukul orang,abanglah jadi punching bag aku..hahaha




********
#Ade yg rindu GKHK x?haha
#Sis payung 1 bab malam ni khas untuk reader yg setia😘
#Sorry if hambar sebab sis main redah je ni..
#Teruskan vote
#Abaikan typo


Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now