Flash back
"Tok..." panggilku perlahan seraya mengetuk pintu biliknya.
"Masuk jah, pintu tok kuci pun" maklum Tok Mek.
Tanpa melengahkan masa aku terus masuk dan kunci pintu biliknya. Aku menghampirinya yang sedang duduk berehat di kerusi kecil dihujung sudut biliknya itu.
Wajah tuanya aku lihat sekilas lalu. Mak aih, serious bebenor muka tok mek ni. Takut pulak aku.
"Mung jangei wak main hal nikoh kahwin ni Dhiya!" ujar tok mek dengan nada tegas..
'Haish..belum apa-apa dah kena sembur, Alahai nasib, tadah jelah telinga'desis hatiku
"Acu oyak ko Tok Mek, mung sebenarnyo sayei dok ko laki mung tu?"soal tok mek.
"Sayeilah, tok laki oghe kut. Mestilah oghe sayei." jawabku perlahan..
"Kalau sayei keno pikat hati suami tu. Bukei duk diam gini. Mung nok ko dio cari tino lain?Mesti tokse kea?" ditanya lagi aku..
'Bukan senang Tok Mek oi nak goda orang. Lagi-lagi jensi yang tak pandai bercinta seperti aku ni.'
Persoalan yang di ajukan Tok Mek aku balas dengan anggukan kecil.
"So Tok Mek nak suruh Dhiya goda Faliq lah ni? Tapi Dhiya mana lah pandai nak goda orang ni"kataku bersahaja..
Awal-awal kahwin lagi aku dah set dalam kepala untuk goda Faliq tu tapi nak goda macam mana tu aku still tengah mencari idea. Nak suruh mata Faliq tu hanya melekat dekat aku jer. Risau ada yang datang menyondol kalau tak pandai jaga suami. Zaman sekarang, suami orang ni laku keras.
" Sebab tu tok mek suruh mung masuk bilik tok mek. Tok mek akan bagi tips untuk goda suami."ujar tok mek sambil tersenyum. Tips dari otai yang berpengalaman. Minda aku dah kosongkan untuk simpan tips yang tok mek akan bagi.
"Dalam rumah tangga ni perlu ada senda gurauan, so banyakkan bergurau manja dengan suami dan elakkan bergaduh atau cari gaduh. Perempuan ni dia kalau tak ada kerja dia mulalah cari topik untuk bergaduh. Attention seekers orang putih kata. Dan yang paling penting, kamu sebagai isteri perlu bijak dalam melayani suami. Lelaki ni dia ada ego dia tersendiri. Jangan dicabar egonya. Kerana sesetenang orang tu, ego melambangkang maruahnya. Tak salah kalau kita yang mengalah. Tak rugi apa-apa pun."
Aku mengangguk faham.
"Lagi satu, jangan sesekali menolak permintaan suami kecuali apabila kamu berada dalam keadaan uzur. Masa uzur jangan pula kamu bedal, berdosa! Bila dengan suami,pakaian tu kenalah seksi biar terdedah sana sini. Tak pakai baju pun tak apa. Barulah aummm gitu..." ujar lantas membuat gaya cakaran kucing.
Terpamer riak wajahku yang geli dan terkejut dengan tutur bicara yang keluar dari bibir tuanya itu.
"Pergerakkan badan kamu tu bagi lentik sikit macam perempuan dekat kelab malam tu. Barulah seronok suami tengok kamu. Biar matanya terbeliak tengok kamu. Bila hari cuti, manfaatkan peluang yang ada, bermesralah sepuas-puasnya. Dan jangan pernah lupa untuk peluk dba cium suami setiap hari. Jadikan amalan. Bahkan kalau tengah bergaduh sekalipun peluk dan cium tetap kena buat. Sentuhan dari isteri membuatkan suami rasa tenang dan selesa. Kamu dengar tak ni?"panjang lebar penerangan tok mek
"Ye dengar tok. Ada lagi tak?" tanyaku. Macam bernas saja idea tok mek aku ni.
"Ajak Faliq tu mandi bersama. Tak payah nak segan atau malu. Paling kurang tiga kali seminggu ke. Dan bila bersama suami tu janganlah tunggu dia saja yang beraksi, kamu pun kenalah belajar mulakan aksi. Aksi macam mana tu pandai-pandailah kamu cari sendiri ye. Yang plaing oenting dalam hidup bersuami isteri ni tak lain tak bukan kena salaing bertolak ansur dalam semua hal. Beralah tak bererti kalah. Minta maaf tak bermakna kita salah. Andai ada masalah, berfikirlah dengan waras. Guna akal yang Allah bagi tu. Jangan membuat keputusan mengikut emosi dan kehendak hati dan nafsu. Jahanam nanti."uja tok mek lagi. Nasihatnya padat dengan isi. Amat berguna untukku.
Kata-kata orang tua ni banyak kebaikannya sebab diorang lebih banyak pengalaman. Terasa rugi kalau tak ikut.
" Terima kasih TokMek atas semua nasihat tu and InshaaAllah Dhiya akan dengar apa yang tok mek bagitau tadi tapi tok mek doakanlah perkahwinan Dhiya ni kekal hingga hujung nyawa"balasku lantas memeluk tok mek. Tangan tuanya mengusap bahuku.
"Kamu bertindaklah secepat mungkin,tahun depan tok mek nak cicit!!" arahnya..
'Ceh, mula dah perangai nenek-nenek dia tu. Nak buat anak memang senang tapi nak dapatkan hasil tu yang masalah. Anak tu kan rezeki. Andai ada, maka adalah. Apalah tok mek ni. 'kutuk aku dalam hati..
Kutuk dalam hati jelah aku berani, kan kalau aku cakap depan-depankan, ada yang makan nasi pakai straw nanti. Tok Mek ni dah lah kasar, sekali kena pelempang dia,fuhhh terus terteleng muka weii..
*******
Kemain TokMek bagi tips kebahagiaan kan?
Sorry kalau cerita ni membosankan...biasalah,saya penulis baru.#Pleasesupportme
#Votethisstory
#Lotsoflove
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...