"Sayangg!!!" jerit Faliq yang entah dari mana munculnya tahu-tahu jer sudah terpacak di dapur.
Terkejut aku mendengar jeritan dia.Beginilah nasib aku sejak disahkan mengandung.Kini usia kandunganku sudah mencecah 7 bulan.Perut pun dah memboyot.Twin lah katakan..
"Boleh tak jangan jerit.Sakit telinga tau" ujarku kepada Faliq yang sedang bercekak pinggang dibelakangku
"Dah sayang tak dengar cakap,so biy jeritlah" balas Faliq.
Sejak mengandung ni,satu benda pun aku tak boleh buat,nak makan,dia sibuk nak suap,aku nak mandi,dia sibuk nak tolong mandikan,aku nak kemas rumah pun,dia sibuk nak tolong kemaskan,dia pergi kerja,aku terpaksa kena ikut.
Mula-mula tu rasa seronoklah jugak,yelah everything husband tolong buatkan tapi bila dah semua benda aku tak boleh buat menyampahlah jugak.Kalau orang luar tengok,confirm dikatanya aku ni pemalas tahap dewa.
"Kan biy dah pesan duduk dalam bilik tu diam-diam!,nak apa-apa sayang panggil jer biy" ujarnya sambil memelukku dari belakang.
"Biy kan tengah mandi,so sayang taknaklah menyusahkan,lagipun sayang turun nak minum air jer pun" ujarku pula.
Telingaku ditariknya manja.
"Degilkan mummy ni.Anak-anak daddy jangan ikut perangai mummy tau" katanya Faliq seraya mengusap perutku.
Aku yang malas nak balas kata-katanya terus mencapai mug untuk diisi air kosong..
Kini sudah 7 bulan jugak baba meninggalkan kami semua.Terasa sunyi hidupku dan adik beradikku.Biasanya baba penghibur kami tatkala senang mahupun susah.Kini tiada lagi lawak jenakanya,senyumannya..
Isya dan abangku pun sudah selamat dinikahkan 2 bulan lepas.Cepat diorang kahwin kan?mana taknya si Isya tu gatal merenyam nak berlumba beranak dengan aku dan abang pula sudah mengambil alih syarikat baba,sementara nak tunggu adik so dia uruskan dulu.
Bekas mak tiri aku?Hermm entahlah aku tidak tahu kemana hilangnya,tak dapat dijejak tapi dengar cerita dia sudah bernikah dengan suami orang yang sudah beristeri 3,so dia ke-4 lah kut.
Aku harap dia berubahlah dan kembali kepangkal jalan.
"Jom kita.." ajakku.
Memandangkan hari ini Faliq cuti so aku ajaklah dia shopping barang baby.Meskipun barang baby dah berlambak dalam bilik tu namun entahlah rasa macam tak cukup jer.
"Jom,ni nak biy dukung ke sayang nak jalan sendiri?" tanya Faliq.
Aku memandangnya dengan kerutan didahi..
"Larat lagi ke biy nak dukung?sayang dah berat tau" jelasku kepadanya..
Faliq menyimpan iphone yang dipegangnya kedalam kocek seluar lalu tangannya laju mencempung tubuhku.
Huyoo sado bang Faliq kita..
"Untuk isteri biy,berat 100kg pun biy akan try selagi tulang belakang biy tak patah" merapunya..
Satu sikap Faliq,setiap kali aku nak turun tangga or berjalan jauh dia mesti cempung tapi dalam rumah jelah.Depan publics aku tak benarkan dia buat macam tu..
Time kandungan aku 5 bulan,aku merajuk dengan dia gara-gara dia tak izinkan aku beli asam.So aku boikot taknak jalan sekali dengan dia.Dia apa lagi,tunjuk kesadokan dia tulah.Dicempungnya aku dari dalam shopping complex tu sampai ke tempat parking.Malu kut orang tengok tapi aku acah-acah pengsan so orang ingat aku ni sakit.
--------
"You want this or this?whice one?" soal Faliq sambil menunjukkan baju baby warna pink dan putih..
Aku menggeleng kepala.Semua baju yang dibeli faliq berunsurkan gegirl..dan tak pula pada aku.Aku lebih suka baju baby boy.
Sedang asyik memilih baju,tetiba bahuku dicuit seseorang.Terkejut kemain aku bila pusing,orang gila cuit,confirm terkejut..Faliq yang menyedari itu segera menarik tubuhku menjauhi orang gila tuh.
Tetiba orang gila tu menjerit mengulang perkataan yang sama bila dia ditarik keluar oleh security guard.
"Maafkan makcikkkkkk..maafkan makcikk"
Aku terkedu kejap memandangkan orang gila tu mirip seseorang.
"Sayang ok?ada cedera mana-mana tak?" soal Faliq kalut.
Mamat ni kalau tak kalut,memang tak sah agaknya..
"Sayang ok jelah cuma sayang rasa macam kenal lah dengan orang gila tu" beritahuku kepada Faliq
Faliq menggaru kepalanya.Ada gutu kut..
"Sayang ni,semua orang gila sayang kenal.Siapa jer sayang tak kenal?" ujar Faliq sambil ketawa
Aku menjeling tajam kearahnya.Nak perli aku lah tu
"Dah memang sayang kenal nak buat macam mana!tapi serious biy,muka dia familiar sangat" kataku lagi tanda tidak mahu mengalah
"Hari tu jumpa orang gila dekat simpang nak masuk rumah baba,sayang cakap sayang kenal,orang gila dekat area rumah kita pun sayang kenal.Kat sini pun sayang kenal.Wow,hebat sayang biy ni" perli Faliq seraya tersenyum tu.
Kan aku dah cakap,dia sindir aku.Kurang asam punya laki.Tidur luar kau malam ni.
"Eeeii bencilah cakap dengan biy ni!dah biy shopping sengsorang!" bentakku seraya melangkah pergi meninggalkan Faliq.
"Orang bagitahu dia,dia perli kita pulak" omelku perlahan.
"Alololo..comelnya dia marah.Geram pulak biy tengok,rasa nak cium jer " ujar Faliq ditepi telingaku.
Aku hadiahkannya jelingan maut.
"Auchh..tajamnya jelingan sayang tu sehingga mampu menusuk kalbuku.." buang tabiat rasanya mamat ni..
"Nak apa!?"ujarku cuba untuk jual mahal
" Sudah geharu,cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Biy nak sayang lahh"ujarnya sambil tersengih menampakkan dimplenya yang tak berapa nak kelihatan tu
Aku menonyoh mukanya dengan tapak tanganku.Menyampah tapi tetap cair.Seketika kemudian aku memeluk lengannya erat
"Tapi betullah biy..muka perempuan tadi familiar sangat" ujarku lagi
Faliq sudah menepuk dahi
"Aduhai sayang,tak habis-habis lagi pasal orang gila tu" katanya pula
Aku hanya tersenyum mendengar bicaranya.Seriously macam familiar jer.Cuma mungkin disebabkan mukanya yang kotor dan penuh dengan kudis² menyukarkan aku untuk mengenalinya..
Siapalah agaknya orang tu ye?Adakah dia ada kena mengena dengan hidupku atau ini semua hanya mainan perasaan.
*******
Sorry pendek jer bab malam ni🙆..cukuplah buat lepas rindu😝#Teruskan vote😍
#Thanks
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...