Perjalanan hidup seseorang insan yang bergelar manusia pasti akan ada keindahan dan kesedihan.Tapi kebanyakan manusia tidak mahu mengambil yang sedih itu sebagai penyandar kekuatan kepada diri sendiri.Ramai yang alpa untuk bersyukur dengan keindahan nikmat yang dikurniakan Allah Yang Maha Agung.
"Sayang,sampai mana dah mengelamun tu?" soal Faliq mengejutkan aku dari lamunan
"Sampai dalam hati biy lah..haha" ujarku sambil ketawa.
Faliq memeluk bahuku erat sebelum dia melabuhkan satu kucupan hangat di dahiku.
Syukur ke hadrat illahi kerana aku diberikan kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari ini dan masih mampu melihat dan merasai kebahagian yang terbit dalam keluarga kecilku.
Kini usiaku dan Faliq sudah menjejak angka 50.Begitu pantas masa berlalu dan tak lama lagi keluarga kami akan bertambah dengan masuknya seorang jejaka tampan yang bergelar menantu.
Anak kembarku kini sudah berusia 25 tahun dan pada minggu hadapan Aisya Zayra bakal membina mahligainya sendiri.
Alhamdulillah,ketika si kembar tu berusia 5 tahun,aku selamat melahirkan seorang lagi permata hati yang diberi nama Tengku Izqian Mikhayl dan setelah setahun kelahiran Izqian lahir pula cahaya mata terakhir yang diberi nama Tengku Izzara Mikhayla.
"Mummyyyy!!" Izzara Mikhayla berlari mendapatkan aku yang baru nak manja-manja dengan Faliq di balkoni.
"Kenapa menjerit ni?Pekak telinga daddy!Hah,kenapa pulak menangis ni?" tanya Faliq kepada anak bongsunya.
"Kakak usik lipas!!"adu Izzara Mikhayla seraya memeluk tubuhku.
" Bohong!Bukan kakak yang usik!!Achik yang usik dia"kata Aisya Zayra membela diri.
"Tak!Achik tak buat pun mummy!Abang yang suruh" nafi si Izqian Mikhayla
"Eh bila masa?!Abang tak salah mummy" ujar Aisy Zayyan.Semua tak mengaku bila buat salah.
Faliq sudah menepuk dahinya.Aku hanya ketawa.Begini nasib kami dari dulu.Dapat 4 cahaya mata ibarat seperti 40 orang.Macam² lagak mereka.Ingatkan dah besar ni bolehlah aku kembali sweet² dengan Faliq,tapi hempeh selalu dikacau oleh 4 pengacau ni.
"Mintak maaf dengan adik!Now!!" ujar Faliq tegas
Aisya Zayra,Aisy Zayyan dan Izqian Mikhayl yang tercegat di depan pintu bilik kami menghampiri adik mereka yang masih memeluk tubuhku.
Kesian si adik selalu menjadi mangsa mereka bertiga.Tapi Izzara Mikhayla ni memang jenis banyak air mata.Tengok cerita kelakar pun menangis apatah lagi kalau cerita sedih.Rumah kami ni banjir dengan air mata dia jelah.
"Sorry baby girl" ujar mereka bertiga serentak lalu tubuh Izzara yang masih belum melepaskan pelukan ditubuhku didakap mereka erat.
Ketiga-tiga mereka melabuhkan ciuman di dahi si adik,kemudian dilapnya air mata Izzara.
"Daddy ni tak ada orang nak peluk ke?Tahulah daddy dah tak hensem tapi janganlah abaikan daddy.." rajuk Faliq yang sedari tadi menjadi penonton drama tak berbayar.
Aku dan anak-anak ku ketawa sebelum aku menarik tangan Faliq masuk kedalam dakapan kami semua.
Faliq melabuhkan ciuman kasihnya didahi anak-anak kami.
Tetiba mata Aisya Zayra berair.
"Ni kenapa sayang Daddy nangis pulak ni?" soal Faliq prihatin sambil mengelap air mata Aisya Zayra yang tertumpah
"Nanti kakak kahwin mesti kakak tak dapat rasai semua ni dah" ujarnya sayu.
Faliq tersenyum seraya mata Aisya Zayra dikucupnya lama
"Meskipun kakak dah kahwin,kakak tetap anak kesayangan mummy dan daddy,and kakak tetap kakak terbaik kepada diorang ni" pujukku
Ibu mana yang sanggup melepaskan anaknya.Tetapi aku harus positif.Anak-anak bukan selamanya hak kita.Suatu hari mereka pasti meninggalkan kita demi meraih dan mencipta kebahagian sendiri
"You all always be my babys.Tak kiralah anak-anak daddy ni dah jadi parents or grandparents sekalipun korang tetap kesayangan daddy." ujar Faliq.
Aisya Zayra dan Izzara Mikhayla segera memeluk tubuh daddy mereka manakala Aisy Zayyan dan Izqian Mikhayl memeluk tubuhku.
"Terima kasih daddy and mummy sebab mewahkan kami semua dengan kasih sayang yang melimpah ruah." ujark Aisy selaku abang yang paling matang.
Syukur ada anak-anak yang baik dan soleh serta solehah.Dalam nakal diorang,terselit kebaikan
"Kasih sayang yang daddy curahkan tidak setanding dengan kasih sayang dari mummy.Daddy boleh maafkan korang if one day korang lupakan daddy,tapi daddy tidak akan sesekali maafkan korang kalau korang lupakan mummy.Jasa mummy dekat kita semua tiada tandingan.Mummy sanggup sia-sia degree untuk besarkan dan jaga kita semua sehingga kini,mummy sanggup tahan peritnya nak lahirkan kakak,abang,achik dan adik.Mummy sanggup tahan lapar sebab nak pastikan perut kita semua terisi.Mummy sanggup tahan rasa mengantuk bila anak-anak daddy ni ajak main tengah malam buta.You are the best wife for me and the best mummy for us." ujar Faliq dengan nada yang terlalu sayu
Luaran mungkin kami sudah tua dimamah usia namun cinta aku terhadap Faliq tidak akan pernah tua dan layu.
"Thanks mummy for everything that you have done to us,Sayang mummy sampai syurga" kata mereka lima beranak serentak
"Mummy pun sayang semua." ujarku.
Satu demi satu wajah yang aku kasih aku tenung.Duka,lara,derita semua itu sudah tiada dan sudah diganti dengan kebahagian.
Mama,baba,ummi dan abi,meskipun diorang sudah pergi dan tidak akan kembali,namum mereka tetap dihatiku.
Pengalaman dan ilmu banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.Hasilnya aku berjaya mendapat kebahagian yang tidak pernah disangka.
Terima kasih untuk encik suami Tengku Faliq Dika,yang menjadi tulang belakang aku dalam mengharungi dugaan dunia.Terima kasih anak-anak mummy yang menjadi kekuatan kepada Dhiya Nur Syafinaz dan Terima kasih Allah.
p/s; Hargailah parents kita selagi mereka masih hidup.Kerana pabila mereka sudah tiada kita pasti akan merindui bebelan dan kelembutan kasih sang ibu dan tegasnya serta hangatnya kasih dari sang ayah..Rinduilah mereka sekarang kerana pabila mereka sudah tiada,rindumu sudah tidak berbalas.
*****
Tadaa..special epilog untuk korang😘
Enjoy your reading and don't forget to vote💓
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...