Bab 28

50.2K 1.5K 8
                                    

"Sayang, tunggulah biy.." laung Faliq setelah aku meninggalkannya di porch kereta.

Sewaktu kami hendak keluar, Faliq menerima panggilan dari umminya. Kami diundang untuk makan makan di rumahnya. Memandangkan kami belum mempunyai halatuju, aku terus menyuarakan pendapat agar terus ke rumah umminya. Tak perlu singgah mana-mana tempat. Aku sudah terlalu rindu akan ibu mentuaku.

Aku dikira bernasib baik kerana hubungan aku dan ummi agak rapat dari dulu lagi memandangkan aku sudah lama berkawan dengan Farisya. So tak adalah aku nak mengelat or kekok bila pergi sana.

Banyak kes pasangan yang baru bernikah masih kekok dengan keluarga mentua. Bahkan ada yang tidak disukai dan dilayan seperti orang asing. Bukan senang ingin menyesuaikan diri dalam keluarga baru. Dapat keluarga mentua yang supporting dan baik, itu satu rezeki. Tetapi kalau sebaliknya, anggap saja itu dugaan dari tuhan.

Baru saja mulut ini ingin memberi salam, aku terkejut saat tangan Faliq mula melingkar dipinggangku.

"Apa peluk-peluk ni?" ujarku dengan nada yang sengaja digarangkan.

Sebelum sempat Faliq ingin buka mulut, pintu rumah ummi terbuka dadi dalam. Terjonggol muka Farisya adik si Faliq ni merangkap teman baikku. Dulu berstatus kawan baik namun kini aku sudah menjadi kakak iparnya. Kalau dulu, aku sering membulinya kini tiba masanya pula membuli aku. Katanya dia hendak membalas dendam.

"Alamak, menyampah pulak aku tengok korang berdua ni. Asyik nak berkepit saja." ujar si Farisya dengan muka menyampahnya.

Aku hanya tersengih namun Faliq makin eratkan pelukannya dipinggangku. Saja nak menyakat adiknyalah tu.

"Eleh, adik jealous kan? Takpa, nanti along gitau ummi suruh carikan suami untuk adik. Best tau kahwin ni. Boleh peluk, boleh cium. Nak buat apa je boleh." provok Faliq.

"Apa yang best sangat tu?Tak kuasa adik nak kahwin. Eh babe, macam mana kau boleh sangkut dekat abang aku yang muka pecah ni? So pitylah babe.." kata Farisya pula.

Aduhai Farisya, dari dulu sampai sekarang mulut kau masih tak ada insurance. Cakap ikut suka kau je.

"Best sebab nanti Isya boleh buat macam ni.." ujar Faliq seraya kiss bibirku sepantas kilat.

'What the heck?!'

Aku menampar dada Faliq kuat. Suka hati dia je nak cium bibir aku depan si Isya kaki buli tu. Sumpah aku segan. Laju saja kaki aku melangkah meninggalkan dua beradik itu.

'Selamber badak je dia kiss aku depan Isya tingtong tu. Mahunya nanti Isya jadikan hal ni sebagai modal untuk dia mengusik aku. Tak mengapa, kau tunggu Faliq, nanti ada hari aku balas balik.'

"Eh Dhiya, bila sampai? Ummi tak dengar bunyi kereta pun." tegur ummi..

"Dhiya baru je sampai. Ummi sihat?" tanyaku lalu mengucup tangan mentuaku.

"Alhamdulillah sihat orang tua. Faliq mana?" soal ummi

"I'm here ummi... Ermm ummi, I miss you so much. Faliq rindu nak peluk ummi." ujar Faliq seraya mendekati ummi lalu tubuh tua itu dipeluk erat.

Tindakan Faliq membuatkan aku teringat akan suatu perkara. Perkara yang pernah arwah mama aku pesan kepada diriku.

'Nak tahu macam mana lelaki itu menjaga kita,tengoklah layanan dia kepada ibunya. Kalau dia dapat bahagiakan hati seorang ibu,maka dia akan bahagiakan juga hati isterinya.'

Lelaki yang baik ialah lelaki yang taat kepada ibunya tapi janganlah terlalu over sangat sampai buta menilai dan menghargai isteri. Ibu adalah pintu syurga buat kaum lelaki namun isteri adalah amanah dari Allah untuk kita didik dan jaga dengan sebaiknya.

"Sayang, ooo sayang. Okay tak ni?" ujar Faliq sewaktu aku tersedar dari lamunan.

"Ya..ya..I'm ok" ujarku sambil tersengih.

"Smell something fishy here, Wanna share with me?" Faliq menarik tangan aku ke bilik tidurnya..

Masuk saja ke dalam bilik tidurnya, Faliq segera mengunci pintu bilik dab tanganku dipimpinya ke sofa yang berada dihujung katil.

"Tell me sayang.." ujarnya dengan suara yang lembut. Tangannya pula ralit membuka lilitan shawl di kepala aku.

"Bagitahu apa? Sayang okaylah biy.." ujarku sambil tergelak..

"Are you sure?" ditanya lagi..

Aku mengusap pipinya..

"100% sure baby. Please stop worries about me. I'm totally fine."ujarku. Faliq tersenyum lalu dahiku dikucupnya lama. Aku mengambil kesempatan untuk memeluk badannya.

"Oh my dear Queen Finaz...kut ye pun nak berprojek, tutuplah dulu sliding door tu. I can see what both of you doing in there." laung satu suara. Siapa lagi kalau bukan si Isya.

Aku baru perasaan yang sliding door di dalam bilik Faliq terbuka agak luas. Memandangkan bilik Farisya yang berada dihadapan bilik Faliq, maka sudah pasti perempuan itu nampak apa yang kami lakukan.

Betul kata orang, dalam setiap perhubungan itu pasti adanya orang ketiga yang suka mengacau kebahagiaan kami. Dalam kes ini, Farisyalah orang ketiga itu.











*****
#pleasesupportme

#votethisstory

#dropyourcommentbelow

#Lotsoflove

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now