Pagi yang hening ditemani bunyi kicauan burung yang asyik bernyanyi. Secara tidak langsung ianya mampu mendamaikan hati yang resah.
'Tiba-tiba pulak rindu suasana kampung. Ermm..kan best kalau dapat balik kampung'desia hati kecilku
Sedang asyik aku menggelamun mengenangkan kampung halaman,Faliq muncul dengan senyuman manis dibibirnya.
'Alahai encik suami sorang ni,senyuman tak pernah lekang dari bibir,tak penat ke?'
Bercerita pasal Faliq,teringat pula akan peraturan gila yang dibuatnya yang pasal morning kiss itu. Gara-gara hal itu berperang sakan aku dengan dia.
Flash back
Azan subuh berkumandang. Memandangkan rumah kami terletak tidak jauh dengan masjid, maka setiap kali azan dilaungkan, pasti akan kedengaran ke rumah kami.
Aku menguap sopan*sopan lah sangat,sekali menguap,badak air pun boleh masuk*. Aku cuba bangun tetapi pergerakan aku dihalang oleh tangan Faliq yang elok berlingkar di pinggangku. Aku cuba alihkan tetapi tak berjaya kerana si pemilik tangan tersebut sengaja mengeraskan tangannya.
"Biy..bangunlah, dah subuh ni." kataku sambil cuba mengalihkan tangannya..
"Kiss me first. Lepas tu baru biy lepaskan sayang." ujarnya dengan mata yang tertutup tetapi bibir mengukir senyuman manis.
"Kiss apa benda biy ni,mandi pun belum. Busuk tau tak? Bau macam kambing tahu tak?Bangunlahh" ujarku
"Amboiii,kambing inilah yang sayang peluk tiap kali nak tidur. Time dia nak peluk kita elok je datang menempel, takde complain bau kambing pun. Biy tahu sayang sengaja nak mengelat dari kiss biy kan?" katanya sambil mengacah untuk kiss aku. Segera aku menarik bantal lalu akku tekup ke mukanya.
'Ade hati nak kiss aku dengan gigi tak gosok,mandi pun belum'desis hati kecilku.
Aku segera membuka langkah untuk menuruni katil,namun tidak berjaya apabila Faliq lebih pantas menarik aku. Badan aku kembali jatuh diatas katil.
"Sayang main kasar erk. Okay,lets play it. Biy lagi suka." kata faliq diselangi dengan ketawa
Faliq menarik comforter yang kami guna. Kemudian dililitnya aku menggunakan comforter tersebut dengan sedikit ketat. Selepas melilit aku, Faliq tersenyum sinis dan mencium bibirku sekejap sebelum dia terus berlari masuk ke dalam toilet.
"Biy menang!1-0." laungnya sebelum menghilang dalam toilet.
'Kuang asam punya suami..'gumamku..
Terkial-kial aku cuba lepaskan diri dalam lilitan tu. Tercunggap-cunggap jugak nafas aku nak berjaya melepaskan diri. Nasib kaulah Dhiya dapat suami sama masuk air.
"Ade ubi ade batas,ade hari aku balas. Kita tunggu.." kataku seraya menarik tuala dari penyakutnya..
Teruskan support saya
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...