"Sayang, betul ke kita nak mandi sekali ni?" tanya faliq ketika aku sedang mengeluarkan tuala dari beg pakaian.
Aku mengalihkan pandangan memandang tepat pada seraut wajah milik Faliq yang jelas pelik dengan ajakan aku untuk mandi bersama itu.
Pelik sangat ke kalau seorang isteri yang macam aku ni ajak suami mandi bersama?
"Yup. Why? Any problem with that?Or maybe Biy tak sudi?" tanyaku kembali
"Ehh, tak adalah. Biy tanya je. Nak kepastian." ujarnya lalu tersenyum manis.
"Kalau macam tu, jomlah kita mandi."ujarku lantas menarik tangannya menuju ke bilik air.
Di rumah Tok Mek ni, bilik air berada di luar dan juga di dalam rumah. Tetapi untuk kali ini, sengaja aku mengajak Faliq mandi di luar rumah. Biar dia merasa menjadi budak kampung.
"Biy kena pakai boxer tau, tak boleh naked sebab risau ada jembalang yang skodeng Biy nanti." maklumku.
Aku belum gila untuk membenarkan Faliq mandi berbogel di toilet yang berdindingkan zink yang penuh dengan lubang.
Jauh di sudut hati, aku agak segan untuk mandi bersama Faliq ni tetapi aku perlahan-lahan belajar untuk membuang jauh rasa segan tu. Maklumlah, aku sudah pasang niat nak goda dia habis-habisan maka hentam sajalah.
Pakaian yang tersarung ditubuh dilucutkan lalu diganti dengan kain batik. Aku mengemaskan ikatan agar tidak terlucut ketika mandi nanti. Paip air dibuka, aku terlebih dahuku membasahkan diri tanpa menghiraukan Faliq yang kelihatan blur itu. Dia masih berdiri kaku dan wajahnya kemerahan. Air di dalam kolah dicebok lalu sebelah tanganku menarik Faliq agar mendekati diriku dan zashhh.......
Segayung air kolah yang agak sejuk itu aku curahkan pada tubuhnya.
"Erghh, sejuklah sayang!" adunya. Dah nama pun air kolah, mestilah sejuk. Satu kenikmatan tau bila daoat mandi air kolah ni. Situasi agak janggal tetapi cepat-cepat tepis perasaan itu.
Usai membersihkan diri, aku segera menyusun langkah ke bilik meninggalkan Faliq yang masih mengeringkan badannya. Sesudah solat isyak berjemaah bersama Faliq, aku terus melompat ke katil. Terasa lenguh satu badan.
Faliq hanya sekadar menggeleng kepala melihat karenah aku. Lantas dia menukarkan baju melayu dan kain pelikatnya kepada seluar pendek hitam tanpa baju.
Remote televisyen yang berada di atas meja sisi katil aku capai lalu menghidupkannya. Channel yang menyiarkan rancangan kartun menjadi pilihanku memandangkan tiada cerita best yang menarik minatku. Smartphone milikku turut diambil lalu applikasi Instagram aku buka dan jari mula scroll sambil meniarap.
Faliq melabuhkan punggung dihujung katil dan aku sengaja mengalihkan kakiku lalu aku meletakkannya diatas ribaannya. Tanpa bicara, kakiku diurutnya lembut.
"Sayang.." panggilnya"Ermm.." jawabku pendek
"Biy tengok sayang ni macam fluent je cakap guna dialek Kelantan. Mana sayang belajar?" soalnya
Aku menarik kakiku sebaik jer terasa tangannya makin liar menjalar bermain dibetisku.
"Sayangkan pernah duduk di sini setahun. Masa tu arwah Tok Ayah ada lagi. Dia and Tok Mek lah yang banyak ajar sayang bertutur menggunakan dialek Kelantan ni. Awal-awal tu terbelit lidah tapi kelamaan tu makin sebati." jawabku
Faliq merangkak mendekatiku dan tubuhku ditariknya ke dalam pelukkannya yang hangat itu. Asyikkkk.......
"I see that. Anyway, tadi time kita mandi, Biy ternampak something dekat perut sayang. Something like a scar. If you don't mind, parut apa tu?" ujarnya sambil bermain dengan rambutku.
Aku memandangnya sekilas sebelum aku menyembamkan muka didadanya yang terdedah. Bau tubuhnya menjadi pujaanku.
"Parut kena dera" ujarku bersahaja.
"Hah?Dera?Seriouslah?"tanya faliq dengan nada terkejut.
"Yup. Parut kena dera. Biy ingat lagi tak betina yang buat kecoh time wedding kita tu? Dialah yang dera sayang dulu tapi nasib baiklah parut ni dah mengecil.." ujarku sambil bermain dengan six packnya
Tetiba fikiran aku mula terimbau pada kenangan lalu. Kenangan yang sangat menyakitkan.
Flash back
"Oi budak, kau buat apa tu? Aku tengah lapar ni, kau pergi buatkan aku something yang sedap. Nasi goreng ke apa ke." ujar Siti Hasmida merangkap mak tiriku.
Aku sengaja berpura-pura tak mendengar apa yang dia katakan. Apa dia ingat aku ni bibik dia ke? Suka hati suruh aku masak untuk dia bagai. Namun sesaat kemudian lenganku ditarik kasar dan dahi aku ditunjalnya kasar.
'Aishh ni dah lebih ni'desis hatiku
"Kau ada tangan kan so masak la sendiri! Apa kau ingat aku bibik kau?" balas aku dengan nada kasar.
"Kau ni memang kurang ajarkan. Perangai sama macam mak kau yang bodoh tu!" marahnya
"Kau tak payah nak kaitkan mama aku dalam hal ni. Kau tu yang patut sedar diri! Dasar betina sundal. Tak tahu malu!!" tengking aku..
Dek kelantangan aku bersuara, perempuan durjana itu mengambil sebuah termos yang berisi air panas lalu dicurahnya ke tubuhku. Kena tepat pada bahagian abdomen.
Mengelupur persis monyet aku ketika itu menahan rasa sakit dan pedih yang amat itu. Melihat aku yang terseksa sedemikian rupa, perempuan itu pantas melarikan dirinya ke dalam biliknya. Masa tu, aku beruntung memandangkan abangku berada di rumah. Dialah yang menghantar aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Pulang dari hospital, abang menceritakan hal yang berlaku pada baba namun baba langsung tidak mempercayainya. Bahkan pipi abang menjadi mangsa tamparan baba. Aku dan abang di label sebagai anak yang langsung tidak mengenang budi dan biadap.
Bermula dari hari itu perasaan benci aku terhadap perempuan sundal itu makin membuak-buak. Rasa marah, benci dan meluat memenuhi jiwaku.
Betul kata orang, apabila seseorang itu telah diguna-gunakan, tiada apa yang boleh dibicarakan kerana semua yang didengarinya ibarat suatu hasutan kepada kebencian yang langsung tidak boleh dipercayai. Mereka persis lembu yang dicucuk hidungnya.
Flash back end
*********
Jangan sesekali menjadikan iblis dan syaitan sebagai batu loncatan demi mencapai segala impianmu. Percaya pada yang SATU. Mohonlah padaNYA, In Shaa Allah dia pasti akan menolongmu.#Keepsupportingme
#Voteyaaa
#Thankyou
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...