Usai pulang dari solat terawih,Faliq segera menghilangkan diri di bilik kerjanya. Otak aku masih ligat memikirkan macam mana harus aku memujuk hati tuanya itu. Manusia ni, semakin meningkat umurnya, makin sensitif.
"Mommy,daddy ada masalah ke?"soal Izqian prihatin dengan keadaan daddynya.
Aku melemparkan sebuah senyuman.Banyak pasang mata yang memandang aku meminta jawapan.
"Tak adalah lah,daddy penat je tu. Mommy nak naik kejap. Kalau kamu semua lapar, mommy ada sediakan kuih petang tadi. Makanlah buat moreh, Alana dan Zayra hidangkan suami kamu makan."ujar aku lalu kaki mula memanjat anak tangga menuju ke bilik.
Selesai menyimpan telengkung ditempatnya, aku berjalan dengan iringan selawat dan doa menuju ke bilik kerja Faliq yang terletak tidak jauh dari bilik kami. Berdoa memohon agar Allah lembutkan hati Faliq.
Pintu bilik kerjanya yang terbuka sedikit tu aku intip. Tersentuh hati tua aku melihat Faliq sedang merenung ke arah bingkai gambar anak-anak kami sewaktu diorang masih kecil. Daun pintu kayu itu aku tolak perlahan dan kaki melangkah menuju ke arah Faliq.
"Biy.."panggilku lembut
"Sayang ingat tak dulu,waktu anak-anak kita kecil, rumah ni selalu riuh dengan suara mereka semua. Setiap hari ada saja yang menangis sebab kena sakat. Bila keluar shopping, ada saja yang merenggek dan bergayut di kaki biy memujuk supaya biy belikan mainan untuk diorang. Setiap hari bila biy balik dari kerja, sayang dengan anak-anak selalu sambut biy tapi..."
"Biy.."
Belum sempat aku ingin habiskan ayat,Faliq menyambung kata-katanya.
"Tapi sekarang semuanya sudah meningkat dewasa. Masing-masing sudah ada kehidupan mereka sendiri. Zayra dan Zayyan sudah bahagia dengan keluarga kecil diorang. Izzqian pula tak lama lagi dah nak kahwin dan Izzara......biy tak sanggup nak lepaskan anak manja kita tu dekat tangan orang lain. Mampu ke lelaki tu bahagiakan Izzara macam mana kita bahagiakan dia?"soal Faliq dengan linangan air mata.
Bahunya aku peluk erat menyalurkan kekuatan. Ya, aku faham perasaannya sekarang. Bapa mana sanggup melepaskan anak mereka lebih-lebih lagi anak perempuan mereka ke tangan lelaki lain?Pelbagai persoalan akan bermain di minda seorang bapa. Mampukah lelaki itu bahagiakan anak dia,mampukah lelaki itu sayangi anaknya,bolehkan lelaki itu setia dengan anaknya hingga hujung hayat..
"Biy,anak-anak tak selamanya dengan kita. Diorang perlu bina keluarga mereka sendiri supaya mereka kenal erti kehidupan dan kebahagian dalam hidup mereka. Kita sebagai ibu bapa ni sentiasa kena berdoa supaya Allah lindungi anak-anak kita dan berikan mereka kebahagian di dunia dan akhirat. Sayang yakin, lelaki pilihan Zara mampu berikan bahagiakan Zara macam mana kita bahagiakan dia."pujuk aku lembut
Anak itu amanah Allah yang tak ternilai. Suatu pemberian yang sangat membahagiakan. Dibelai dari kecil,disayangi, dijaga bagai menatang minyak yang penuh dan dididik dengan sempurna dengan harapan mereka semua akan jadi manusia yang baik dan berguna. Melihat anak-anak bahagia adalah harapan paling utama bagi ibu bapa.
"Anak-anak kita semuanya baik-baik berkat dididikan biy sendiri. Sayang yakin,diorang pasti akan teliti dalam mencari kebahagian mereka. Biy lupa ke, anak manja biy tu ikut perangai biy sebijik. Teliti dalam membuat keputusan. Before this, dah 10 orang datang merisik dia tapi semuanya dia tolak. Bukan kerana dia memilih taraf dan darjat tapi dia hanya mahukan lelaki seperti biy. Mencintai manusia tak melebihi cinta kepadaNya. Kita bagi peluang dekat dia biy. She deserves someone better. Trust me, she will get someone who have good attitude."ujar aku lagi.
"Tiada lelaki sehebat daddy, tiada sesiapa pun mampu tandingi daddy dalam semua hal. Kasih yang daddy bagi dekat kami semua tak dapat kami cari dekat mana-mana lelaki. Daddy adalah ayah terbaik untuk kami semua. Daddy first love Zara. Even Zara dah berumahtangga sekalipun daddy tetap lelaki terbaik dalam hidup Zara. Kami janji,kami akan jaga mommy dan daddy sampai bila-bila" sampuk satu suara
Faliq segera mengelap air matanya kemudian dia memandang ke arah pintu. Kesemua anak dan menantunya ada di situ. Setiap wajah mereka aku teliti satu persatu. Wajah inilah yang akan jaga aku dan Faliq bila kami sakit nanti, wajah inilah yang akan mandikan jenazah kami, wajah inilah yang akan kafankan tubuh kami dan wajah inilah yang akan doakan kami bila kami sudah meninggal dunia.
Syukur ya Allah kerana kau berikan aku dan Faliq anak-anak dan menantu yang baik akhlaknya. Sesungguhnya tiada apa yang lebih bernilai daripada mereka semua.
Tanpa suara, Izzara berlari mendekati aku dan Faliq lalu memeluk kami seeratnya. Yang lain, tanpa di ajak, terus datang memeluk. Tiada satu kata pun yang keluar dari bibir mereka. Hanya bunyi tangisan kecil yang bergema di segenap ruang bilik kerja Faliq.
Alana dan Thaqiff hanya diam memerhati. Tubuh alana aku pamit ke dalam dakapan manakala Faliq jugak menarik Thaqiff ke pelukannya. Walaupun mereka itu hanya menantu, tetapi mereka juga anak-anak kami.
*********
Nah,Chapter ni dah lama tau tersimpan. Sis main upload je ni🤣Dulu sis karang banyak2 tapi tak terupload dek terlalu sibuk sejak sambung belajar course yang sumpah sis tak minat😎
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...